Wednesday, November 21, 2012

HSG - Kaedah X-ray Rahim

Sambung semula kisah dalam I Want To Be A Mom....

3 bulan selepas cubaan kali ke 2 menggunakan clomid... belum ada tanda-tanda saya menjadi bakal ibu. Saya sekali lagi dibekalkan dengan clomid. Kalau tak salah, saya mencuba sehingga 5 kali kitaran haid dalam jarak masa yang tertentu. Masih belum ada apa-apa hasil.

Doktor meminta saya melakukan HSG - Hysterosalpingography iaitu x-ray rahim. Tujuannya untuk melihat keadaan uterus dan tiub follopio samaada berada dalam keadaan baik, abnormal atau tersumbat yang mana boleh menghalang persenyawaan dari berlaku.

Saya diterangkan procedure dan langkah berjaga-jaga jika berlaku masalah (alergik dengan dye) yang mana sangat jarang berlaku. Oleh kerana Hospital Kajang tidak mempunyai fasiliti untuk melakukan HSG, saya dirujuk ke Hospital Serdang. Namun seperti biasa, kenalah tunggu turn dan tak tahulah bila nama saya akan naik.

HSG pula perlu dilakukan terbaiknya sebelum hari ke 12 dalam kitaran haid. Jadi nak dapat appointment yang ngam dengan masa kita memang susah. Tak payah pening-pening, banyak hospital swasta yang boleh melakukan HSG. Saya survey beberapa hospital seperti KPJ Kajang - ada tapi doktor lelaki. Hospital Az-zahrah dan An-nur - tiada. Tak taulah kalau sekarang dah ada. dan beberapa lagi yang saya tak ingat namanya.

Akhirnya, saya memilih Hospital Tawakkal kerana ada doktor wanita dan harga yang paling murah. Maaf, memang saya tak ingat harganya tapi itulah hospital swasta yang paling murah untuk servis tersebut.

Pada hari yang ditetapkan, tentulah selepas membuat temujanji terlebih dahulu, saya berjumpa doktor. Seperti x-ray biasa, saya kena menyalin baju dan baring di tempat yang disediakan. Dye akan diinject ke bahagian dalaman wanita. Dye sebenarnya berwarna jernih tetapi apabila  x-ray, kita akan nampak cecair ni berwarna putih yang akan mengisi uterus dan tiub follopio. Jadi doktor boleh kesan sebarang keganjilan pada bentuk uterus ataupun tiub follopio yang tersumbat. Semasa saya membuat HSG, adalah rasa sakit yang boleh ditahan dan pendarahan. Itu normal, janganlah takut. Nak jadi ibu kenalah beranikan.

Dalam setengah jam, HSG pun selesai. Saya pun dapat keputusan. Rahim ok. Tiub follopio belah kiri ok, belah kanan tersumbat sikit. Oh.. sedihnya... tapi alhamdulillah, untuk mengandung 1 tiub follopio sahaja dah mencukupi. Jadi saya kuatkan semangat dan memotivasi diri dengan cerita kawan saya bernama May (x-misi office) yang ada cuma sebelah tiub follopio dan mendapat anak kembar.

Lagipun dye boleh mencuci dan mengeluarkan kotoran di dalam uterus dan tiub. Manalah tau time saya tulis ni dah tak tersumbat lagi ke kan.... manalah kita tau. Semuanya Allah punya kuasa. 

Oklah, nanti saya sambung lagi. Jangan risau-risau.... insyaAllah ada jalan.



Friday, November 16, 2012

Cerita Ayam Penyet dan Resepinya

Alkisah, saya berpindah kerja dari MMHE ke Selangor (Misi Setia) dalam tahun 2009, bulan Ogos. Pindahnya saya membawa titik perubahan dalam selera makan saya. Hehe. Jangan tak tahu, banyak makanan yang saya tak makan sebelum ni, saya mula belajar makan di Johor seperti kambing, yong tau fu dengan sup, goreng pisang cicah kicap, bakso dan kuih karipap.

[Masa saya kecil, saya makan kuih karipap sebab mak saya yang buat, bila saya dah besar sikit, mak saya beli je kat kedai kalau nak makan kuih karipap. Kuih karipap kat kedai tak sedap mengikut selera saya.... dan bertahun-tahunlah saya tak makan kuih karipap kerana persepsi saya tu]

[Yong tau kat KL/Selangor dimakan dengan Sos]

Berbalik pada tajuk, satu makanan yang menjadi kegemaran saya ketika di Johor ialah ayam penyet. Masatu ayam penyet ni tak commercial macam sekarang. Siap ada francais restoran. Mula-mula saya cuba pecal lele (sama macam ayam penyet cuma ayam diganti dengan ikan keli). Masatu makan di kebayan di Masai. Kali ke 2, kawan bawa ke kedai makan di Kg. Pasir Putih. Pergh... sejak tu macam ketagih pulak. Setiap minggu kalau tak pekena ayam penyet macam tak sah. Sambal yang meletop + ayam goreng rangup sampai ke tulang + sup + ulaman + kicap ABC yang kental dan surih + lagu melodi Indon... memang licin pinggan.

[Kebayan maknanya foodcourt]

[Tiap kali makan ayam penyet, mesti belek botol kicap ABC dan baca slogan kental dan surih.. pastu duk berdiskas, surih tu apa? tapi pi mai pi mai tang tu, sampai sekarang pun tak tau]

Bila dah pindah ke sini, tahap kerinduan menjadi-jadi. Mana ada Ayam Penyet AP atau Wong Solo yang boleh manjadi pelepas kerinduan, takde tau... saya kena survive sendiri. Cari resepi kat internet dan cuba sendiri sampai jadi... la ni... saya nak sharelah dengan kawan-kawan resepi ayam penyet saya :)

Bahan-bahan sambal:
[takde sukatan kuantiti.. semua ikut selera sebab mula-mula saya cuba, saya ikut sukatan tapi tak jadi seperti rasa yang saya nak]

Belacan, cili besar dan kecil, tomato, ikan bilis goreng, gula melaka, gula dan garam.

Cara menbuatnya:
Sangai belacan, cili, dan bawang secara berasingan. [Sangai = goreng tanpa minyak].. tapi saya suka letak minyak... tengoklah badan I macam mana kan. Sangai sampai keluar bau dan layu. Pastu asingkan. Kemudian barulah sangai tomato sampai hancur. Kalau setakat 2 biji, kejab jek, tapi kalau sampai 10 biji, boleh tahan jugaklah macam dalam gambar-gambar kat bawah ni. Ni sebab saya nak jamu famili saya dengan ayam penyet. Kuantitnya agak banyak.

Kalau guna 2 biji tomoto, boleh lah amik 6 biji cili api + 2 biji cili besar, bawang putih seulas, bawang merah 5 ulas, sepotong belacan 1cmx1cm, sesudu ikan bilis goreng. Tapi sekali lagi, follow your taste je lah... suka-suka je masuk ikut banyak mana. 
  
Sementara nak tunggu tomoto tu hancur, sediakan lesung dan tumbuk belacan, ikan bilis, bawang dan cili. Sukahatilah nak tumbuk sekali arung atau asing, kalau memlompat-lompat terkeluar lesung pun sendiri yang kutipkan. Ikut keselesaan. Yang penting kasi hancur. Kalau orang makan, biar orang tak tau secret ingredientnya apa... hahaha.

Ngam-ngam siap menumbuk, tomato dikuali pun dah hancur. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan gaul kasi sebati. Masak lah dalam lima minit lagi ke. Ah, ah, ah... belum siap lagi. Jangan lupa perasakan dengan gula melaka yang disagat halus, tak cukup manis tambah gula biasa dan akhir sekali garam. Kasi semua rasanya ngam-ngam, orang kata takde titik pertemuan kat semua rasa tu [tak masin sangat, tak manis sangat, tak masam sangat]. Itulah rasa yang hebat :) subhanallah. 



Perapan ayam:

Ayam, bawang, halia, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, kunyit, garam.
[tak nak susah-susah, ayam goreng biasa pun sedap]


Perapkan ayam dengan bahan-bahan tersebut selama 1-2 jam dan goreng.Pastu bolehlah ketuk-ketuk ayam tu untuk penyetkannya. Tak yah pun takpe.

Siap sambal, siap ayam goreng kira dah boleh makanlahni. Jangan lupa nasi putih panas, sediakan sup ayam, dan ulam seperti timun, kobis dan kacang panjang. Nak extra, boleh goreng tempe dan tauhu... Ummm..... insyaallah sedap. Selamat mencuba :)

Friday, August 3, 2012

Clomid Untuk PCOS

Apatu Clomid? Tunggu dulu.. kejab lagi cerita.


Selepas pertemuan dengan doktor, saya dibekalkan ubat clomid. Clomid adalah salah satu ubat subur yang biasa untuk sesiapa yang mengidap PCOS. Walaupun ubat ni saya kata biasa, tapi pengambilan kenalah dibawah pengawasan doktor. Kalau suka-suka makan dan kerap ada side effects, macam kanser. Ini yang doktor terangkan pada saya bila saya tanya tak boleh bagi lagi ke? At least dalam setahun cuma 6 cycles je boleh ambil clomid (Tak pasti sangat berapa cycle, sebab ni soklan dah lama. hehe. Kena tanya doktor anda)

Dalam masa yang saya, saya diberi satu carta (follucular tracking). Carta ni untuk melihat kesan dari pengambilan clomid samaada berhasil untuk mengeluarkan telur atau tak. Cycle pertama saya dibekalkan dengan 50g Clomid dimakan selama seminggu, bermula hari kedua period.

Hari ke 12 saya dikehendaki pergi ke hospital untuk TVS - trans-vaginal scan (untrasound). Nampaknya dos ini tidak memberi kesan. Saya dibekalkan lagi dengan Clomid 100g untuk cycle seterusnya. Alhamdulillah, pada hari ke 10, ada sebiji telur yang terbentuk di ovari kiri saya. Saya dikehendaki ke hospital untuk hari ke 12, 15 dan 18. Saiz telur telah membesar ke 2.1cm pada hari ke 15 yang bermakna bagus. Dah ini masa yang sesuai untuk hubungan suami isteri. Pada hari yang ke 18, telur tu masih 2.1cm.. hmm.. doktor yang scan kata tak pecah telur awakni. Saya pun paham sendirilah, kurang berjaya agaknya.

Apa guna carta yang saya cerita tadi, kat situlah aktiviti "tumbesaran" telur saya di catat.. bermula dari makan pil sampailah ke hari yang saya dikehendaki untuk membuat ultrasound. Hari ke 10, saiznya besar mana, hari ke 15 besar mana.... bla bla. Lebih kurang macam buat ujian lab masa sekolah dulu.

Doktor bekalkan lagi saya dengan 100g clomid untuk cycle seterusnya. Kali ni doktor tak setkan pun temujanji untuk ultrasound. Dia cuma kata dos yang diberini sesuai untuk saya, dan lihatlah hasilnya nanti insyaAllah kalau ada rezeki. Doktor yang attend saya tu bertukar-tukar, datang hari ni orangnya lain, hari lusa doktor lain pula. Maklumlah buat ultrasound je jadi kekadang termasuk dengan slot ibu mengandung yang datang scan 7, 8 bulan usia kandungan. Saya cuma kenal Doktor Maheran jek kalau kena turn dia :)    

Hasilnya... saya masih belum mengandung lagi... takde rezeki lagi. Tak dinafikan bila makan ubat tu, tinggi juga harapan saya sebab peratus orang yang mengandung dengan makan ubat clomid tinggi juga. Semuanya ketentuan Allah.. yang penting kita berusaha. Saya tau, Allah dah rancangkan yang terbaik untuk saya cuma ilmu kita sebagai manusia amat terbatas untuk mengetahui hikmah-hikmah yang terselindung.

Temujanji saya selepas itu adalah 3 bulan seterusnya. Apa lagi pula ya selepas itu?

Thursday, June 7, 2012

PCOS.. That is What Doc Called.

Ya Allah ya Tuhanku... seronoknya bile tender tak jadi hantar... haha.. apalagi saya terus mengorak langkah untuk update blog... kebetulan... bile tengok schedule... minggu depan pun cam free sket.. alhamdulillah....

Sebenarnya banyak sangat yang saya nak update lebih-lebih lagi cerita dalam "I Want to Be a Mom". Kalau kawan-kawan ingat, saya pernah cerita pasal temujanji pertama saya dengan doktor pakar di entry no 2. (kliklah kat atas tu kalau nak cari). Ni pulak cerita seterusnya... Temujanji kedua saya masih bersama Wari, macam biasa selepas pendaftaran (saya kena bayar RM5 kali ni), kami menunggu giliran sambil menonton tv cerita senetron dari Indonesia.

Waktu giliran saya, doktor pun meneliti ujian darah saya.. tak tahulah apa isi kandungannya sebab pesakit tak boleh tengok. Stabil ke tidak? Teringin juga nak tau. Ujian darah untuk infertility study yang pertama saya buat memang menunjukkan hormon tak stabil. Kalau anda ingat, saya ada terlupa nama hormon yang terlebih sangat kat saya dan janji nak bagi tahu (dalam entry no. 2)... saya dah cari.. rupanya prolaktin. Hormon yang terkurang pula progestron.

Doktor suruh saya menyalin kain untuk membuat ujian imbasan - vaginal untrasound (masuk dari bawah). Sebelumtu saya dah buat ultrasound yang normal (scan kat perut) tapi carani susah nak nampak apa yang ada kat dalam. Rule of thumb, kalau puan-puan sekalian nak buat ultrasound yang kat perut, minum air banyak-banyak. Kalau nak buat vaginal ultrasound pula, kena kencing dulu sebab kalau pundi kencing penuh, susah nak tengok ovari. Kalau scan kat perut pula, pundi kencing penuh baru senang nak tengok ovari.

Oh ya, kalini Doktor Maheran yang buat imbasantu. Hasilnya, kat ovari saya penuh dengan cyst-cyst kecil dikedua-dua belah kilang. Cyst kecil ni macam belon-belon udara. Ianya bukan cyst yang merbahaya atau ketumbuhan yang perlu dibuang. Macam saya kata tadi cuma belon-belon udara. Tapi saya masih risau. Oh ya.. Wari tunggu diluar sebab memang suami tak boleh temankan isteri buat pemeriksaan.

Doktor kata, belon-belon tu sebenarnya adalah telur-telur yang tak matang. Dalam kes saya (mengikut kefahaman saya), telur saya tak matang ke saiz yang sepatutnya, jadi telur tu tak menetas dan keluar ke tiub follopio. Cuba tengok gambar kat atas antara normal ovari dengan policistik ovari kalau nak buat perbandingan. Subhanallah... inilah kuasa Allah yang kita tak boleh nak lawan... saya anggap saya insan terpilih untuk melalui ujian ini. Dan saya tau ujian yang saya lalui ini adalah mengikut kemampuan diri saya.. Insyallah.. saya akan bersabar.

Doktor kelaskan keadaan saya sebagai PCOS. Tanda-tanda yang kebiasaannya kita boleh lihat seperti :
- Cik P yang tak teratur
- Selalunya orang yang PCOS terlebih hormon androgen (yang terdapat pada lelaki) jadi ada bulu-bulu berlebihan yang tumbuh (seperti misai atau janggut)
- Jerawat
- Masalah berat badan
- Masalah kesuburan
- Pre-diabetes / diabetes

Walaupun tak semestinya orang yang menghidap PCOS mempunyai kesemua tanda-tanda di atas, ianya boleh disahkan dengan hasil ujian darah dan ultrasound. Macam saya ni :) Berhati-hati ye PCOSian semua, risiko anda untuk mendapat kecing manis amat tinggi, jadi jagalah kesihatan dari sekarang.

Macam mana pula rawatannya? Rawatannya... terpulang pada diri kita.. apa yang kita nak? Macam saya nakkan zuriat, jadi rawatan yang diberi semuanya untuk mendapatkan zuriat. Kalau PCOS tu menyebabkan kencing manis, rawatan yang diberi adalah untuk kencing manis.

FOQ about PCOS

Boleh pulih? Kata doktor, tak boleh.... cuma boleh dikawal.

Boleh diwarisi? Tak taulah..

Merbahaya? Tidak. Tapi kalau tak dikawal boleh merbahaya. Hmm, yelah, kalau menjadi obes boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain juga. Kalau terlebih bulu yang tumbuh, dah kacau penampilan pula.

Macammana PCOS terjadi? Sebab hormon tak stabil di kelenjar pituitari yang menyebabkan ovari kacau-bilau. Hormon yang tak stabil ini juga menyebabkan pankreas mengeluarkan lebih insulin dan dapatlah masalah pre-diabetes / diabetes pula.

Oklah... sekian. Nanti sambung lagi...

Wednesday, May 16, 2012

Followup Cerita Buah Dari Mekah

Alkisah, saya dahpun masak buah yang saya dapat dari Mekah tu... punyalah susah nak bukak sebab keras macam kayu. Bila dah bukak, dalamnya lebih kurang macam buah kelapa. Korek isi putih yang keras tu dan rebus. Dah siap, saya bancuh dengan madu sikit dan minum. Rasanya macam air kelapa laut. Oklah, tak lah seperti saya sangka; pahit sebab warnanya coklat-coklat jernih.

p/s: Kawan saya Khairun Nisa' kata nama buah ni buah Zuriat.

Tuesday, May 8, 2012

Buah Dari Mekah Untuk Ikhtiar Mendapatkan Zuriat

Semalam, lepas waktu kerja jiran kami yang saya panggil Kak Ros datang ke rumah. Dia datang dengan memegang sebiji buah yang saya tak kenali. Setelah bersalam-salaman dia pun menerangkan tujuan kedatangannya. Rupanya buah itu untuk saya. Kakak Kak Ros baru balik dari mengerjakan umrah, kata Kak Ros; kakaknya bertanya kalau kenal sesiapa yang sudah lama kahwin tapi masih belum mempunyai anak... terus Kak Ros teringat pada saya. Kak Ros yang perwatakannya selalu teruja menceritakan dengan teruja pada saya yang berasa teruja juga. Saya menyambut dengan gembira tanda ingatan dari Kak Ros. Bukan senang orang nak ingat kat kita, lagi-lagi dengan jiran yang jarang berjumpa. 
 Gambar Hiasan (dengan anak Fatihah (kawan lama) yang diberi nama Shasha Syazwana)
Sebagai usaha, apa salahnya saya mencuba cara ini pula. Lagipun buah ini datang dari tanah Mekah yang penuh barokah. Mudah-mudahan adalah rezeki saya nanti untuk memangku anak sendiri. Cara memakannya pula, buah dibelah dua, kemudian direbus. Begitulah penerangan ringkas Kak Ros. Saya bercadang nak membuatnya hari ini.


Apelah nama kau ye buah... bila saya goncang ada benda melantun-lantun di dalamnya.

Berkulit keras... Wari teka ini buah markisar. Tunggulah saya buka, kalau dalamnya cair.. buah markisarlahtu.

Saturday, April 14, 2012

Check Tulang


Lamakan aku tak tulis kat blog.... mmg lama.. bz lah kunun.. hehe. ke wat-wat bz? Biarlah rahsia ek.. Bila mood nak berblog tengah on, tak tulis seminggu pun dah kira lama... tahun lepas bila feeling tu takde, berbulan-bulan tak update pun, ade ku kisah? lebih kurang gitulah.

Bila mood berblog dah on, tulis pun berjela-jela sampaikan kalau tak ingatkan diri ni betol-betol maunye melalut-lalut lari dari tajuk, tp sekali lagi ade aku kisah? hehe..

Harini first time aku check tulang.... secara percuma. Aku (semestinya ngan En. Wari) pergi ke Mid Valley untuk cari hadiah birthday mak dan mentua aku. (Happy birthday to both of you kebetulan jatuh dalam bulan yang sama, harap panjang umur murah rezeki tetap iman) Sedang berjalan-jalan, ada satu Anlene booth untuk check condition tulang. Aku tak melepaskan peluang sebab ye lah bukan senang nak dapat peluang.. first time katakan....

Aku pun duduk, kena selak seluar sikit had buku lali... pastu sorang lelaki ni tak tahulah nak panggil apa yang sesuai... attendance ke? ke consultant assistantke? whatever! Dia spray air kat buku lali, pastu kena letakkan kat machine yang boleh kira ketumpatan tulang kot bercap GE Sensing. Apapun yang mesin tu kira, result tunjukan rate dimanakah tahap kebarangkalian risiko kita terhadap keretakan akibat Osteoporosis (tulang rapuh).

Setelah buat test tersebut, aku kena berpindah ke kaunter konsultansi. Alhamdulillah.... tulang aku nampaknya baik-baik saja... Boleh tengok result dalam gambar kat atas tu. Cik yang konsult aku tu pun recommend produk-produk Anlene yang mana sememangnya aku telahpun menjadi consumer tetap Anlene. Nampaknya habit aku yang rajin minum susu tu menampakkan hasil.. kalau nak tau, sejak kawen baru aku rajin minum Anlene.. waktu bujang aku suka minum Marigold HL Milk sebab aku tak suka susu serbuk sebenarnya... tapi napa aku berubah tu malaslah nak cerita sebab dah boleh buat tajuk lain dah.

Sebelum beredar, dapat free Anlene Concentrate (sedap gak rasanya).. Lepastu, tak sudah-sudah aku menatap result test tu, gembira sangat macamlah dapat 10A1 dalam SPM. Apelah yang aku suka sangat ye?

Sebenarnya bila kita dapat tahu yang salah satu bahagian badan kita ni sihat, kita rasa gembira.. tak tahulah orang lain. Tapi pada aku yang serba kekurangan ni, terlahir rasa gembira dan bersemangat nak teruskan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh. Mudah-mudahan aku dapat beristiqomah, rajin dan berazam tinggi.. insyaAllah.

Bak kata konsultant tu, pada usia 30 sepatutnya tulang dah start merapuh... kalau tak dijaga dengan baik, terjatuh sikit pun dah boleh patah. Sementara nikmat itu belum ditarik balik oleh Allah, jagalah baik-baik.

p/s: Minum susu 2 gelas sehari = 4 sudu segelas.. boleh?

Tuesday, March 13, 2012

Doa Nabi Zakaria Untuk Mendapatkan Anak

Lama entri “I Want To Be A Mom” tertangguh, sebabnya apabila saya dah balik rumah, malas sangat nak buka PC dan menaip walaupun idea berkepuk-kepuk hinggap di kepala saya. Sudahnya begitu sahaja idea tersebut berterbangan bak burung-burung liar yang singgah untuk
minum air sahaja.

Kali ni saya nak berkongsi mengenai doa Nabi Zakaria A.S. yang berdoa agar Allah S.W.T mengurniakan anak kepadanya. Sebenarnya Nabi Zakaria A.S. dan isterinya telah tua, namun tidak ada apa yang mustahil jika Allah S.W.T berkehendak. Dalam sejarah, Nabi Zakaria A.S. adalah penjaga kepada Maryam yakni ibu kepada Nabi Isa. A.S. Maryam pula adalah anak kepada Imran yang terkenal dengan ketaatannya dalam beragama.

Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin, dan doa juga dikira satu usaha. Peringatan ini untuk diri saya dan teman-teman yang menghadapi masalah yang sama. Jangan sesekali putus
harapan.

Saya letakkan nama ayat supaya anda boleh cari di rumah, cari di internet pun boleh. Ayatnya ialah:

1) Surah Al-Anbiya’ ayat 89 yang bermaksud Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

2) Surah Ali-Imran ayat 38 yang bermaksud Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Adab-adab Berdoa:

1. Dilakukan pada saat-saat yang mulia, seperti hari ‘Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, antara dua khutbah solat Jumaat, antara azan dan iqamah dan sebagainya.

2. Dilakukan dengan penuh khidmat

3. Menghadap ke kiblat dan menadahkan kedua-dua belah tangan.

4. Merendahkan suara, sekadar dapat didengar oleh telinga sendiri.

5. Menggunakan bahasa yang sederhana atau lebih diutamakan menggunakan doa-doa yang berasal daripada Rasulullah saw, para sahabat dan tabiin.

6. Khusyuk dan merendahkan diri.

7. Meyakini bahawa doanya akan dikabulkan dan tidak merasa kecewa atau berputus asa apabila doanya belum dikabulkan.

8. Mengulang-ulangi doanya dengan penuh keyakinan.

9. Memulai doanya dengan menyebut nama Allah, memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, serta diakhiri dengan bacaan hamdalah atau kalimah yang memuji Allah.

10. Melaksanakan adab batin, yakni:
i. Bertaubat sebelum berdoa.
ii. Menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah.
iii. Makan dan minum serta berpakaian dari barang yang halal.
iv. Tidak meminta perkara-perkara yang mustahil.
v. Tidak meminta untuk mencelakakan orang lain, kecuali orang yang zalim.

Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa:

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
3. Doa selepas solat fardhu
4. Doa di dalam sujud
5. Sesaat pada hari Jumaat
6. Ketika Lailatulqadar
7. Ketika Hari Arafah
8. Doa antara Azan dan Iqamah
9. Ketika Hujan

p/s: Adab-adab dan waktu mustajab untuk berdoa saya copy-paste saje. Tujuan saya, mudahan-mudahan sebelum berdoa kita akan teringat dengan perkara yang patut atau tak patut dibuat semasa berdoa.

Thursday, February 16, 2012

Cili Pauh (Nama lama Mango & Chili Thai Restaurant) - Perlu Cuba




Saya jarang mempromote tempat makan yang berkenan di hati... nape ek? mungkin sebab saya jarang ambil gambar makan kot.. hehe...

Tapi kali ni saya nk promote Cili Pauh (Nama lama Mango & Chili Thai Restaurant) yang ada umph masakannya... Yang penting sebab ada gambar.. kih kih. Sebenarnya kawan2 kat ofis baru yang bawa saya keluar lunch ke sini.. saya pula jenis yang takut nak mencuba makan kat tempat baru, bukan apa... takut tak sedap.. (tak sedap pun nk takut ek)

Saya selalu ambil grilled chicken set + tom yam kung... nyum nyum... next time nak cuba menu lain plak... bukan ape dah 3 kali pergi, amik menu yang sama.. seperti biasa takut nk cuba yang baru.

Kalau ada sesiapa nak cuba, restaurant ini ada 3 cawangan:

1) KLCC
2) Wangsa Walk Mall
3) Giant Kinrara - ini tempat saya makan (paling sedap)


Selamat Mencuba...

p/s: sambil menulis dah terliur

Friday, February 3, 2012

Transaksi Tidak Halal Kad Kredit - Aku Telah Dicuri


Pagi ni waktu bangun tidur, ada 3 sms dalam HS aku.. 1 sms peribadi, 1 sms iklan, 1 sms transaksi kredit kad.. what??? transaksi kredit kad???

SMS dari no 66628 itu berbunyi: RM0.00 MBB CARD XXXXXXXXXXXX####: TQ FOR YOUR USAGE AT APPLE ITUNES STORE USD\\L,UXEMBOURG\;03/02/12, 01:00:39 FOR USD40.90

What? Aku nyata terkejut dalam keadaan mamai sebab seingat aku, bila masa plak aku beli barang online ni... pastu ape kejadah barang apple itunes tu? aku ingat kad kredit aku dah tercicir kat mana2, terus cek dalam dompet... tp ade jek tengah tido lagi...

Tak kan lah aku guna dlm mimpi,.... boleh ke bang? aku tanya Wari... Tak boleh, Wari jawab.. (ape daa aku ni?)
(Masa bangun tidor sebelum tu (aku bangun tidor 2x - kih kih), aku citer ngan Wari mlm td aku mimpi aku gi Eropah ngan dia tp takde duit, gunalah kad kredit...)

Wari advice aku telefon Maybank Service Centre... dan tanpa berlengah lagi... aku pun call lah..

Tut.. tut.. tut....

Helo, saya Nabil (nama sebenar).. boleh saya bantu...

Saya Suzi (bukan nama sebenar).... saya nak report, saya dapat sms transaksi kredit card pukul 1 mlm tadi.. tapi saya tak beli apa2pun..

Ok, boleh saya tanya beberapa soalan untuk pengesahan... bla bla bla bla...

Ohh, kalau saya lihat memang ada transaksi sebanyak seratus ringgit ++ (telah diconvert).... cik ada guna i-phone ke?

Takde..

Actually ini adalah bayaran servis untuk i-phone... begini ya cik, saya akan batal kan kad cik, dan dalam masa seminggu kita akan gantikan kad kredit itu... kad kredit yang baru ni menggunakan no yang berlainan. cik boleh ambil di Maybank berhampiran... Di mana ye Maybank berhampiran?

Hm.. TPM, Bukit Jalil....

Ok, selepas ini cik boleh pergi ke Maybank, isi Dispute Form untuk batalkan transaksi tersebut.. borang boleh di download di Maybank2U... kemudian fax atau hantar ke Maybank berhampiran.

Bila saya kena isi Dispute Form ni? Masa amik kad baru ke?

Kalau cik ada akaun Maybank2U, jika transaksi tersebut telah ada di dalam penyata, cik bolehlah hantar borang tersebut...

Saya kena report polis ke?

Boleh, tapi penggantian kad baru nanti tidak dikenakan bayaran..

OO.... boleh ke trace siapa yang buat ni?

Maaf cik, tak bolehlah...

Oo, ye ke.... ok... tu je lah.. terima kasih ye...

Itu sahaja.. terima kasih krn bla bla bla..

Kat opis, masuk ke online akaun, rupanya dah kena cancel pun... tak sempat nak tengok transaksi dah masuk belum.. tp lunch td aku dah isi pun dispute form dan hantar... sekian...

p/s: Tak kan takde pengajaran ke apa ek? Ntahlah... tak tau aku nk kata apa. Bukannya tak berhati2... selalunya transaksi kredit card online akan ada password yg dihantar ke telepon kita sebelum membuat bayaran... tp kali ni, boleh jek... pandai menggodam lah kot.. takpelah, pandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga... kalau tak jatuh, akhirnya yg hidup itu tetap akan mati.. lu piki la sendiri...






Thursday, February 2, 2012

Saya Telah Serbu JB


TQ2.... lunch @ Rahmat

CNY @ JB.. tak happy je bang.. sakit perut lg ek.

Rehat sambil baca paper.... bilek bersepah tuh biarkan jek..

Tempat we all beradu..

Mercu tanda JB.. apakah dia?

Cuti Raya Cina yang lama tu korang gi mana? Aku mengambil kesempatan untuk melawat kawan2 lama di JB sambil2 nak masuk Singapore nak cari fridge magnet. Kalau korang nak tau, ni la 'interest' aku sejak 2 tahun kebelakangan ini i.e. sejak memiliki peti ais sendiri... bila aku kata nak masuk Singapore, ramai yg tanya adekah aku nk masuk USS? oh tidak sama sekali kerana uwang tidak mengijinkan.. tu len kali punyer citerlah... kalau ada rejeki.

Kemana aku pergi? Bila confirmed jek gaji nak masyuk b4 raya cina (belom masuk lg tau).. terus aku wat appoinment ngan kawan2... semuanya ok kata available... so Sabtu 21 Jan 2012, aku (of course bersama Wari) pun terus gerak pepagi dalam kul 830... mak ui yai.. jem le plak dari Nilai ke Seremban.. standard la di musim perayaan...

Dalam kul 100ptg, dah sampai Kg. Pasir Putih kat Pasir Gudang... teringin nak makan ayam penyet yang best tapi berbelah bahagi le plak ngan restoran Rahmat.. akhirnye pilih Restoran Rahmat.. Ni Mirda & Kong yang belanja... time kasih... alhamdulillah... leh la belanja lagi.. kih kih kih.

Dalam kul 2 lebih nak kul 3 gerak ke rumah Kak Hurul lak kat Bukit Dahlia.. serius aku leh cam mamai2 jek jalan kat sini... baru 2 tahun dah loss.. Wari pass kunci keter kat aku sbb dia kata ni 'territory' aku lg pun sian dia tetiba sakit perut masuk angin.. kasi can lah rehat. Tp beberapa ketika, baru dapat feel dan alhamdulillah sampai kat rumah Kak Hurul. Dapat tengok Imran dan Isabel kat rumah.. banyakle borak... oho... syoknye update2 citer.. sambil mkn french fries... hmm, tak tahulah bila lg aku nk dtg jalan2 camni...

Rumah Hanis yg ketiga.. Hanis masak meehun goreng special... rejeki2 lagi... kali ni dapat tgk Hazeeq... borak2 again update citer itu ini... heee... Hanis dah duk umah baru.. cantik tuh.. berkenan aku kat kabinet dapur... jelesnye... eeh, hari pun dah gelap.. kami kena pantas ke JB kerana akan beradu di sana.. pikirnya senang nak mobilise ke Singapore dibandingkan jika ku duduk di PG (bingung mikirkan nape slang aku berubah2 ye) setelah puas beramah mesra.. kami pun berangkat..

Dalam masa yg sama, dah contact En. Mogen dan Pn. Galuh, dah habak nk singgah umah diorg kat JB tp alkisahnya diorg balik kampung Keluang plak.... tp sbb fikiran aku ni cerdas dan pintar, aku pun habak nk mai on the way balik KL sok... tgu sat na...

Esoknya Ahad, 22 Jan 2012... bermalas2an di hotel... i like sangat.... bangun tido tengok tv, gi breakfast yg beraneka.. pastu balik berendam dalam bath tub... kalau i ni tauke hotel kan best... ade org bersihkan bilik, sediakan mkn, keja i asik swimming, main gym, ber-spa, urut bagai... tp siapalah i ni kan, jd tauke blog pun tak bape laku.... tp manalah tau kan.. bermimpi biar sampai ke bintang, betul tak?

Pastu kul 12 tgh hari... i terus jadi diri i yg sebenar... yakni.. bila time checkout.. mulalah terpiki baju kat umah tak sempat nk basuh, dah lari gi bercuti... kucing2 i tu per citer ye.... cukup ke mkn, rumah tak yah kata, bersepah... anak 9 ekor katakan... hmmm...

takpe, layankan lgi citer i ni (nape I?? whatever!) kitorg pun bergegas keluar hantar barang kat keter, pastu jalan kaki sekitar JB amik gambar yg patut. malam sblmtu aku dah jalan2, hmm.. tp tak banyak yg aku amik gambar... dapat 2 3 gambar, haa oklah.. terus naik keter nk gi angsana... terus sesat barat... punyalah lain jalan kat JB, i loss betollah... habistu elevated bridge punyalah banyak, MRR2 pun kalah... maju JB sekarang...

Pas gi Angsana, terus balik KL, on the way tu singgah umah Mogen n Galuh, heee... dpt tgk baby Andika... sungguh serasi ngan aku... kih kih. (psst... manis ek pisang goreng tu, i likeee ~ sambil tersipu, kuih karipap pun sedap).. syok betol dapat pergi umah kawan2, selain nk merapatkan ukhwah... tuan rumah plak menjamu ngan hidangan yg enak... alhamdulillah.

Pastu teringat Su yg tgh berpantang kat Keluang, terus call.. leh tengok baby Umairah... tp Su takde rumah plak... takpelah, takde rejeki... kalau tak agaknya dah hidang roti bakar keluang kot...

Pastu, pe lagi, balik le KL pastu... badan pun dah penat...

p/s: mana citer gi Singapore? tak jadi sbb pasport tertinggal.. habistu fridge magnet? takdelah.. tp aku dapat FM Bandung n Guangzhou masa jalan2 kat Angsana... rupanya rejeki FM ku 2x ganda.. alhamdulillah...








Wednesday, January 18, 2012

Pengalaman Pergi Kerja Baru

Tak pernah aku wat topik macam ni.. yelah sebelum ni kerja dekat jek.. takde masalah langsung nk gi keja. Masalah datang lambat ke tempat kerja adalah...

Tp sekarang lokasi kerja dah kat KL border... paham-paham udahle... tp nak citer gak..

Sebenarnya dah 2 3 hari (actually lebih seminggu) aku asik tukar2 jalan... nk cari jalan paling best dr segi kos n masa... banyakle aku try .. maklumlah, jalan2 kat KL kan berselirat sifat fizikalnya.. masuk sana sini tembus sana sini. Macam itulah aku... sampai ke hari ni aku tak berjumpa lagi jalan yg secocok ngan jiwa raga.. maklumlah aku ni kalau jem jem cepat jek nk emosi, pastu bayar tol mahal.. mmg terover x balance lah karang... (isk sabar2, kan azam tahun baru nk jadi pekerja dedikasi n penyabar)..


Tp aku suka satu jalan ni time waktu pergi kerja, dari umah aku masuk SILK tp ke arah Sg. Long - Belakong - Serdang - Sg. Besi... sblm area Twin Palms... bukan lah sebab tak jem (memang tak jem pun) tp view tu cantik.. nak nak kalau pas hujan semalamnya... berawan2 cam kat cameron... serius ni.. kdg2 tgh hiway tu pun ada awan.. mcm naik flight je langgar2 awan.. hehe.. (korang ada pegi keja macamni?) tp aku tak amik gambar sbb tgh drive kan.. bahya.. plus.. ade plak air terjun comel tepi jalan.. kadang2 aku pernah tengok org benti tepi jalan nk mandi ke main air.. yg pastinya org tu bukan melayu.. aku ade terpiki gak just nk benti dan tgk air terjun tu.. isk, tp cam bahya plak so x buatlah... tp jalan ni jauh le plak.. that's why le aku sibuk nk cari jalan lain.....




P/s: entry tanpa gambar amat tak bererti, so gigih aku nk cari gambar yg related.. jumpapun.. gambar org naik beskal... kalau korang nk tau, jalan ni mmg selalu org naik beskal.. tu ok lg, yg tak laratnye berjogging pun ada.. maybe jalan ni tak bz so selamat kot utk aktiviti sukan..

p/s lg: tak suka tgh jem2 pastu ada ramai org naik beskal mcm nk berlumba kat jalan tuh.. ala2 beriadah. kan skrg ni trend naik beskal - gaya idup urban lah sgt. tp tak safety tauuu. safety first okeh.



Thursday, January 12, 2012

Jugra

Asalnya aku tak tahu nak tulis apa... takde idealah senang citer.. pastu godek2 kat HS.. banyaklah plak gambar yang mendatangkan idea... macam yang aku nak citer sekarang ni...

Korang tau Banting tak? Kalau nk tau, Banting ni area kat Selangor, dekat jugak le ngan KLIA. Alkisahnya, Jugra terletak di Banting. Kalau mengikut sejarahnya, Jugra pada satu ketika dulu adalah bandar di raja kerajaan Selangor sebelum berpindah ke Klang... Tempatnya memang aman damai.. kat sebelah istana, ada sekolah tahfiz kelolaan JAIS.. memang suasana yang kondusif lah utk student.

So hari raya aritu, aku beraya kat umah officemate di Banting.. alang2 dah sampai, aku pun ambil kesempatan untuk mengabadikan gambar.. lagi pun Wari kata nak wat koleksi gambar "batu coklat tempat-tempat menarik kat Malaysia"

Ni Istana Jugra... cantik... tapi terbiar jek.. sebelum ni dijadikan kelas tahfiz tapi mengikut akta warisan, bangunan ini tak boleh digunakan lagi... teringin nak tahu kat dalam tu macam mana...
Di hadapan Masjid Alaeddin... senibina zaman dulu kala.. rendah jek ceiling.. agaknya orang dulu2 rendah kot.
Inilah 'batu coklat tempat-tempat menarik di Malaysia'... sekian, cerita aku di Jugra...

Tuesday, January 10, 2012

Ahlan Wasahlam Ahmad Rafieq


Ini anak buah aku tapi dari side Wari (anak abang Wari)... dilahirkan pada 7 January 2012, Jumaat di HUKM. Seronoknya tengok baby yang comel ni...

Ya Allah, mudah2an pas ni turn aku plak.. amin.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker