Wednesday, November 21, 2012

HSG - Kaedah X-ray Rahim

Sambung semula kisah dalam I Want To Be A Mom....

3 bulan selepas cubaan kali ke 2 menggunakan clomid... belum ada tanda-tanda saya menjadi bakal ibu. Saya sekali lagi dibekalkan dengan clomid. Kalau tak salah, saya mencuba sehingga 5 kali kitaran haid dalam jarak masa yang tertentu. Masih belum ada apa-apa hasil.

Doktor meminta saya melakukan HSG - Hysterosalpingography iaitu x-ray rahim. Tujuannya untuk melihat keadaan uterus dan tiub follopio samaada berada dalam keadaan baik, abnormal atau tersumbat yang mana boleh menghalang persenyawaan dari berlaku.

Saya diterangkan procedure dan langkah berjaga-jaga jika berlaku masalah (alergik dengan dye) yang mana sangat jarang berlaku. Oleh kerana Hospital Kajang tidak mempunyai fasiliti untuk melakukan HSG, saya dirujuk ke Hospital Serdang. Namun seperti biasa, kenalah tunggu turn dan tak tahulah bila nama saya akan naik.

HSG pula perlu dilakukan terbaiknya sebelum hari ke 12 dalam kitaran haid. Jadi nak dapat appointment yang ngam dengan masa kita memang susah. Tak payah pening-pening, banyak hospital swasta yang boleh melakukan HSG. Saya survey beberapa hospital seperti KPJ Kajang - ada tapi doktor lelaki. Hospital Az-zahrah dan An-nur - tiada. Tak taulah kalau sekarang dah ada. dan beberapa lagi yang saya tak ingat namanya.

Akhirnya, saya memilih Hospital Tawakkal kerana ada doktor wanita dan harga yang paling murah. Maaf, memang saya tak ingat harganya tapi itulah hospital swasta yang paling murah untuk servis tersebut.

Pada hari yang ditetapkan, tentulah selepas membuat temujanji terlebih dahulu, saya berjumpa doktor. Seperti x-ray biasa, saya kena menyalin baju dan baring di tempat yang disediakan. Dye akan diinject ke bahagian dalaman wanita. Dye sebenarnya berwarna jernih tetapi apabila  x-ray, kita akan nampak cecair ni berwarna putih yang akan mengisi uterus dan tiub follopio. Jadi doktor boleh kesan sebarang keganjilan pada bentuk uterus ataupun tiub follopio yang tersumbat. Semasa saya membuat HSG, adalah rasa sakit yang boleh ditahan dan pendarahan. Itu normal, janganlah takut. Nak jadi ibu kenalah beranikan.

Dalam setengah jam, HSG pun selesai. Saya pun dapat keputusan. Rahim ok. Tiub follopio belah kiri ok, belah kanan tersumbat sikit. Oh.. sedihnya... tapi alhamdulillah, untuk mengandung 1 tiub follopio sahaja dah mencukupi. Jadi saya kuatkan semangat dan memotivasi diri dengan cerita kawan saya bernama May (x-misi office) yang ada cuma sebelah tiub follopio dan mendapat anak kembar.

Lagipun dye boleh mencuci dan mengeluarkan kotoran di dalam uterus dan tiub. Manalah tau time saya tulis ni dah tak tersumbat lagi ke kan.... manalah kita tau. Semuanya Allah punya kuasa. 

Oklah, nanti saya sambung lagi. Jangan risau-risau.... insyaAllah ada jalan.



5 comments:

NISA DAHRI said...

aku pun dulu pernah wat hsg..maluuu sangat masa tu..siap request nak org perempuan yg buat..syukurlah ade org perempuan sbb masa tu org sebelum aku lelaki yg buatkan..

insyaallah..usaha sampai berjaya..

Diarihatiku1976 said...

saya pernah buat juga dulu di HUKM.. ok semua ok.. tapi rezeki sampai la ni 9 tahun takde lagi.

~ujicham~ said...

takpe, kita usaha sebaik mungkin, selebihnya tawakkal kpd Allah.

Anonymous said...

sy nak tanya,kalau buat medical check up,mesti ad ujian xtray kan? kalau tgh pregnant,boleh nmpak x janin dlm perut tu? terima kasih :)

~ujicham~ said...

Cik Anon,

Setau saya org yg tgh pregnant tak digalakkan utk x-ray. Apa-apapun cuba tanya yg pakar sbb saya mmg tak pakar dlm hal ni.

I Want To Be A Mom

Catatan pengalaman untuk menjadi seorang mak, ibu, ummi, mama, mommi.. walau apapun nama panggilan, gelaran ini amat istimewa. Mudah-mudahan aku pun punya peluang untuk dipanggil dengan gelaran ini.


Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker