Tuesday, April 9, 2013

Jom Mandi Sungai di Janda Baik

Beberapa hari sebelum penghujung cuti sekolah di bulan March, kakak saya SMS dan ajak kami semua ke Janda Baik. Wah! Mandi sungai. Kami putuskan untuk buat 'potluck'. Menu yang dipilih ialah nasi lemak. Pembahagian tugas seperti berikut:

  • Nasi - Kak Lang
  • Sambal tumis udang - Mak
  • Ayam goreng - Along
  • Telur, timun, ikan bilis dan kacang tanah - saya
Hari yang dinantikan, kami berjanji untuk berjumpa di R&R Genting Sempah. Dari R&R Genting Sempah, belok ke kiri, berlawanan dengan Cameron Highland.. itulah arah yang dituju. Saya dari Kajang dalam pukul 830 pagi, dan tiba di Genting Sempah dalam pukul 830 pagi. Kejab jek kan.

Kami pergi ke Pulau Santap, area berdekatan dengan sekolah rendah dan Cheringin Hill Resort (Tempat teambuilding haritu). Kawasan ni memang dedicated area untuk piknik tapi milik persendirian. So kena bayar RM3.00 untuk satu tempat perkelahan. Air memang jernih dah sejuk tapi agak deras, kena jaga-jaga dan extra pemerhatian untuk anak-anak.

Kalau nak sewa pelampung pun boleh tapi tak tahu berapa ringgit. Syok kan anak-anak sedara saya main air.. saya pulak tak bawa baju lebih, sebab dah pasang niat malas nak mandi sebab susah nak tukar baju. Jangan risau, anda boleh menyewa chalet dengan harga RM20 sebiji untuk jadi rumah persalinan. Kalau rate bermalam, lainlah kot. Saya tak ambil gambar pula, saiznya tak besar tapi oklah, ada tandas dan bersih.


Dulu-dulu budak-budak ni penakut air sungai, sekarang, nampak air je dah tak sabar nak terjun.

Sejuk sampai menggigil pun tak nak keluar dari air, perut pun tak lapar... ih ih ih.

 Area piknik kami.. teduh di bawah pokok. Masani belum hidang nasi lemak lagi...



Saya dan anak-anak sedara kecil; Mubin, Ahlam & Kaiyisah

Ahlam dengan haircut baru.. Wan yang potongkan. boyishlah tapi still comel :)

Kami tutup tapak piknik kami dalam pukul 2 petang dan pulang ke rumah masing-masing dengan letihnya. Secara keseluruhan, saya cadangkan Janda Baik sebagai alternative tempat piknik anda bersama keluarga sebab:

1) Tak jauh dari KL, dalam 50km.. boleh pergi balik hari. Kalau nak tidur pun banyak chalet yang murah-murah dah yang mahal pun semestinya ada.

2) Tak  crowded sangat... kalau dibandingkan dengan Sungai Congkak, Gabai, Tekala (sungai-sungai popular di Selangor).. jarak pun lebih kurang sama saje. (Tapi sungai-sungai ni memang dekat dengan rumah saya)

3) Gerenti tak habiskan duit banyak sebab tak ada banyak gerai jual makanan, mainan, baju, pelampung etc. Anda memang kena bawa sendiri barang-barang untuk piknik anda. Memang aktiviti piknik dan mandi sunagi sahaja.





   

Monday, April 8, 2013

Easy ETA ; Dapatkan VISA Pelawat ke Australia Dengan Mudah, Cepat dan MURAH!!

Ya... MURAH tu yang paling penting.... sebab tulah saya nak share dengan kawan-kawan semua.. mungkin ada yang dah tau, dan mungkin ramai lagi yang tak tau...

Kalau nak memasuki Australia untuk tujuan melawat, belajar, bekerja haruslah ada VISA kan. Saya punya entry ni khas untuk VISA pelawat sahaja. Yang lain tu, kenalah tanya ke kaunter lain ye.. hik hik.

Untuk pelawat seperti saya, haruslah ada ETA. Apa ETA tu? ETA ialah Electronic Travel Authority i.e. Australia VISA. Istimewanya kalau kita yang dari Malaysia, tak perlulah ke kedutaan Australia untuk memohon, cukup dengan permohonon online ke Imigresen Australia (klik DISINI). Bayaran yang dikenakan ialah AUD115 seorang (harga selepas 23 March 2013), sebelum ni saya check dalam AUD30. Info harga lebih lanjut klik DISINI. Mahalkan?? terkejut jugak saya sebab harga dah naik. Masa beli tiket dalam awal bulan March baru AUD30 (dalam RM90++), naik hampir 4x ganda. Pengsan!

Disebabkan saya ni memang pesen percutian budget, puaslah saya survey secara online macam mana nak memurahkan lagi kos percutian. Pengalaman kawan-kawan yang pernah ke Ausie, majoriti memohon ETA terus dari Imigresen Australia. Nak dijadikan cerita, saya terjumpa website Easy ETA yang menawarkan VISA pelawat dengan harga sangat MURAH. Cuma AUD9.95!! Klik DISINI untuk ke webpage Easy ETA.

Boleh percayakah? Tawakkal sajelah. Saya bukan buat lawak, memang betul sebab saya dah bayar pun. VISA pun dah approved. Nanti kita tengok, ada problem tak masa nak naik flight.

Sebelum saya pilih untuk mengundi parti... eh, salah topik :D. Sebelum saya pilih untuk menggunakan khidmat Easy ETA, saya dah baca detail kenapa Easy ETA boleh menawarkan harga murah, malaslah saya nak cerita, sebab sampai esok pun tak habis. Dari sini, saya rasa kira boleh percayalah. Pastu bukak pula link di FB, klik DISINI. Banyak komen dari pengguna Easy ETA. Semuanya memuji saje, servis pun cepat kalau kita komen, terus jek dapat reply. Pastu ada gak orang Malaysia yang dah pernah guna... semua kata ok. So why not? Tawakkal sajelah.

Dan... tak payah pening-pening.. Australia ni kira maju sikit lah.. VISA ni check through online jek, masa nak naik flight nanti, dah link pun no. VISA dengan passport. So asalkan recognize, should be no problem.

Worst case, saya kena beli VISA tu kat airport nanti... cuma mahallah. Ya Allah, permudahkan urusan kami ini.... Semoga semuanya murah-murah sahaja. Amin.

p/s: InsyaAllah, saya akan ke Perth dalam hujung bulan April ni, saya akan ziarah Mirda, kawan saya yang sekarang berkerja disana. Sambil-sambil tu mestilah ambil angin dan tengok suasana di sana. Sekarang tengah musim luruh katanya.. tinggalkan cerita ini kerana insyaAllah saya akan update kemudian selepas saya pulang.

26 April 2013
> Saya dah selamat pulang ke Malaysia... alhamdulillah... semuanya lancar jadi terbukti Easy ETA ni memang boleh dipercayai. Dalam kes saya, visa disahkan dalam masa tak sampai 24jam pun setelah bayaran dibuat. Servis boleh beri 5 markah dari 5.


Wednesday, April 3, 2013

Top 2 : Masalah-masalah Yang Selalu Kucing Hadapi

Hah.... jangan ingat manusia je yang ada masalah... semua makhluk pun ada masalah masing-masing.

Kali ni saya nak kongsi masalah yang dihadapi khas pada kucing-kucing saya... memang banyak seperti masalah kesihatan, pemakanan, percintaan, pembuangan najis, pergaduhan, ancaman dan sebagainya. Sebagai penjaga yang telah diamanahkan Allah untuk menjaga kucing-kucingni, saya cuba yang termampu dan terbaik untuk mereka, sebab kadang-kadang memang hilang sabar juga dengan karenah 7 ekor kucing yang macam-macam ragam especially kalau bergaduh di kala larut malam.

1) Kutu

Sebab apa saya letak no. 1... sebab masalah ni datang dan pergi. Macam 'never ending story' pulak.
Macam-macam ubat boleh digunakan misalnya, ubat spray, ubat titis, shampoo dan ubat makan. Pemilihan ubat kena ikut keserasian dan cara hidup kucing tu jugak, barulah berkesan insyaAllah. Pada saya, kalau anda gunakan ubat spray, titis dan shampoo, sebaiknya selepas itu jangan benarkan kucing anda keluar. Sebab, nanti dia akan bercampur gaul dengan kucing lain, akan berjangkitlah semula. Sebabtulah pi mai pi mai tang tu..

Saya selalu menggunakan spray sebab agak murah berbanding ubat titis. Tapi sebenarnya shampoo paling murah, dalam RM18++ sebotol untuk 300ml (lebih kurang). Spray pula dalam RM40-47 sebotol untuk 100ml. Ubat titis pula, RM 40-50 untuk 4 titis (1 titis untuk seekor kucing - letak kat tengkuk). Ada jual dalam bentuk tiub, satu tiub  dalam RM10-15. Dos pula ikut berat kucing tu. Sekali pakai, alhamdulillah kutu pupus sama sekali. Hihihi.

Kalau ikut budget, memanglah shampoo yang paling berbaloi, masalahnya, saya tak larat nak mandikan kucing-kucing saya yang penakut air. Tak pasal-pasal bercalar balar tangan saya nanti.

Saya pernah terbaca, kalau nak hindarkan kutu secara natural boleh beri pil Brewers Yeast with Garlic kepada kucing (ini adalah supplement untuk kucing). Di kabarkan yang kutu-kutu ni tak suka dengan rasa yis dan bawang putih, jadi mereka akan berpindah dan menjauhi si comel anda. Cari ini, saya tak pernah cuba sebab tak pernah lagi jumpa supplement ni. Bila ubat spray saya dah habis nanti, saya nak cuba cara ni dan maklumkan hasilnya bagaimana.

So ikut pengalaman, ubat kutu yang paling mujarab ialah yang jenis titis kat tengkuk. Kalau kucing banyak, memang mahal sikitlah sebab nak kena beli untuk setiap seekor. Kena titis ke semua kucing dalam masa yang sama sebab tak nak berjangkit. Ye lah, kalau sekor jek yang dapat, kutu melompat ke kucing lain. Jadi tak settle masalah.





Di sebelah kanan; ubat cacing jenis cecair untuk di makan. Brand: Troy. Harga RM 27 (50ml)

Di sebelah kiri, ubat kutu jenis spray. Brand: Frontline. Harga RM40 (100ml)





2) Cacing

Eiiii... memang geli. Tapi inipun masalah serius. Kucing-kucing yang mengalami masalah ini selalunya hilang selera makan, tumbesaran terbantut (bagi yang masih kecil), dan kekurangan zat. Kalau lihat kucing anda berperut buncit tapi badan kurus, tak bersemangat i.e. letih dan lesu, kurang bermain, bibir pucat seperti kurang darah... baiklah anda beri ubat cacing. Untuk info, anak kucing boleh mendapat cacing melalui susu ibunya... sebab tu 'Baby' pun ada cacing dalam perut. Setelah saya beri ubat cacing, 4 ekor cacing berjaya di tarik keluar dari b*****nya. Harap lepas ni Baby terus sihat ek.


 Baby lemah... takde mood nak main.

Baby tak bermaya kerana cacing dah curi zat dan tenaga yang di perlukan.

Tak bersemangat nak buat aktiviti nakal.. cuma rasa asyik lapar aje.

Saya gunakan ubat cecair yang dimasukkan dalam mulut. Harga dalam RM27 sebotol (50 ml) Sebelumni, saya pernah gunakan pil. RM10 sebiji untuk seekor. Saya pilih cecair sebab lebih mudah diberikan kepada si comel sebab berperasa daging. Kalau pil, alamatnya saya kena berperang dahululah dengan mereka, itupun belum tentu saya berjaya masukkan pil tu kat dalam mulut.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker