Friday, May 16, 2014

Tempat-tempat Menarik Sekitar Kuching - Kampung Budaya Sarawak / Sarawak Cultural Village

Sebelum ni saya dah tunjukkan gambar-gambar sekitar Kuching Waterfront, sekarang saya nak tunjukkan tempat-tempat menarik sekitar Kuching. Hampir satu hari kami habiskan masa di Kampung Budaya Sarawak yang terletak berhampiran dengan Gunung Santubung. Tak susah nak cari sebab kami menggunakan GPS. Perjalanan dari Kuching mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Lagi satu yang best memandu kat Kuching ni sebab jalan tak sesak dan kereta pun tak laju. Jadi kita boleh memandu kereta dengan santai sambil lihat-lihat pemandangan sekeliling. Aduhai... MasyaAllah... cantik-cantik. Percutian kali ni saya yang kena drive sebab lesen Wari dah expired.

Dalam perjalanan... tenang je... langit biru, pohon hijau... udara segar... alhamdulillah.

Masuk-masuk jek... subhanallah. cantik... nampak Gunung Santubong kat belakang tu.
akibat menulis setelah beberapa bulan berlalu pergi, saya lupa saya ambil gambar apa ni.

lepas bayar tiket berharga RM(tak ingat), anda akan dapat passport. Kat dalam ni ada tempat-tempat yang boleh dilawati. Bila dah sampai kat tempat tu, kita cop.

Pintu masuk & tempat jualan tiket. view dari menara kat bawah ni.

Menara... Kaum Cina punya.
Naik menara.

Jom.. kita start berjalan ikut map ni... bagus utk riadah santai... tak panas sangat sebab banyak pokok. Tapi berpeluh jugalah.

Sepanjang perjalanan, kita akan melalui timber walkway ni. 

Wah... manyak besar abang punya reban... hihi... lawak jek.

naik titi bambu... gayat juga tau.

ini gudang simpanan alat muzik kot, tak boleh masuk. setiap tahun ada festival muzik akan diadakan Kampung Budaya Sarawak.

Ada tempat rehat juga... kalau penat.

Kat Kampung Budayani, ada macam-macam rumah yang mewakili etnik Sarawak. So kita boleh merasai macam mana kehidupan mereka sebab fungsi rumah-rumah kat sini sama macam yang asal. Ada tempat memasak, tidur, bekerja etc. Bila tetamu masuk, kita dihidangkan dengan tarian masing-masing.

Saya amik gambar kat setiap signboard rumah.. kenangan.

Adik Arab dengan kucing Sarawak.

ada juga jual cenderahati kat rumah-rumah ni. atau boleh sewa baju etnik dan ambil gambar.

apa motif ni ye... berehat kot.

confirm la tu berehat melepas lelah kat tangga.

setiap hari ada pertunjukkan budaya kat dewan Panggung Budaya. sehari 2 kali... so kena timing betul-betul. rugi kalau terlepas. tiket dah bayar mahal.

full house


pertunjukkan mewakili etnik Sarawak. setiap kaum ada tarian masing-masing. memang professional... malas nak tunjuk kat sini... biar korang rasa sendiri nanti.



Uiii... berpusing-pusing kat atas tu.


Habis pertunjukkan... sambung balik jalan-jalan.

Mesin menenun.

Bubu.

signboard jek? mana rumahnya... ya ampun.. makcik dah lupa yang mana.

Rumah Orang Ulu

Tinggi nak naik ni...

Penuh ukiran satu rumah. ko mampu?

wah cantik gambar! makcik yang amik. guna camera biasa-biasa je.

Tengah buat alat muzik yang macam gitar. kat rumah Orang Ulu.

Nak beli boleh... buat cenderamata.

bengkel buat parang.

Rumah Melanau.

Rumah merekani tinggi-tinggi... naik tangga kecik macamni. mula-mula makcik rasa seram juga... tapi lama-lama dah sebati. kalau sapa yang seram sampai ke sudah, naikla tangga biasa, ada juga tapi belah belakangla.

hiasan rumah kot. kena tiup angin sepoi-sepoi... layan perasaan...

ni rumah orang melayu.

kat dapur tengah buat kuih kapit... nk buat kudap-kudapan boleh beli.

lepak jab.. ambil gambar bumbung. dah terbiasa kot.. dulu time belajar, lecturer selalu pesan.. awak gi memana, tengok cam mana method of construction tu... baik encik. (penangan duk fakulti senibina....)

Rasa cam balik kampung jek....


apa kes makcik ni... budget cam model kalender tu.

haih... tak tahan... jumpa budak-budak ni terus teringat anak-anak kat rumah.

alo lo lo... comel.

dah kawen kot budak ni sekarang...

kita giling lada hitam.

Kampung Budaya terletak dekat dengan Damai Laut... so sebelum balik... jalan-jalan dalam panas terik.

Tumpang berteduh kat buntut burung ni. Hai.. baguslah pelepah ko panjang.

Tak lama sangat pun sebab panas yang amat.

Menyelit kat mana-mana yang boleh berteduh.






Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker