Lamakan aku tak tulis kat blog.... mmg lama.. bz lah kunun.. hehe. ke wat-wat bz? Biarlah rahsia ek.. Bila mood nak berblog tengah on, tak tulis seminggu pun dah kira lama... tahun lepas bila feeling tu takde, berbulan-bulan tak update pun, ade ku kisah? lebih kurang gitulah.
Bila mood berblog dah on, tulis pun berjela-jela sampaikan kalau tak ingatkan diri ni betol-betol maunye melalut-lalut lari dari tajuk, tp sekali lagi ade aku kisah? hehe..
Harini first time aku check tulang.... secara percuma. Aku (semestinya ngan En. Wari) pergi ke Mid Valley untuk cari hadiah birthday mak dan mentua aku. (Happy birthday to both of you kebetulan jatuh dalam bulan yang sama, harap panjang umur murah rezeki tetap iman) Sedang berjalan-jalan, ada satu Anlene booth untuk check condition tulang. Aku tak melepaskan peluang sebab ye lah bukan senang nak dapat peluang.. first time katakan....
Aku pun duduk, kena selak seluar sikit had buku lali... pastu sorang lelaki ni tak tahulah nak panggil apa yang sesuai... attendance ke? ke consultant assistantke? whatever! Dia spray air kat buku lali, pastu kena letakkan kat machine yang boleh kira ketumpatan tulang kot bercap GE Sensing. Apapun yang mesin tu kira, result tunjukan rate dimanakah tahap kebarangkalian risiko kita terhadap keretakan akibat Osteoporosis (tulang rapuh).
Setelah buat test tersebut, aku kena berpindah ke kaunter konsultansi. Alhamdulillah.... tulang aku nampaknya baik-baik saja... Boleh tengok result dalam gambar kat atas tu. Cik yang konsult aku tu pun recommend produk-produk Anlene yang mana sememangnya aku telahpun menjadi consumer tetap Anlene. Nampaknya habit aku yang rajin minum susu tu menampakkan hasil.. kalau nak tau, sejak kawen baru aku rajin minum Anlene.. waktu bujang aku suka minum Marigold HL Milk sebab aku tak suka susu serbuk sebenarnya... tapi napa aku berubah tu malaslah nak cerita sebab dah boleh buat tajuk lain dah.
Sebelum beredar, dapat free Anlene Concentrate (sedap gak rasanya).. Lepastu, tak sudah-sudah aku menatap result test tu, gembira sangat macamlah dapat 10A1 dalam SPM. Apelah yang aku suka sangat ye?
Sebenarnya bila kita dapat tahu yang salah satu bahagian badan kita ni sihat, kita rasa gembira.. tak tahulah orang lain. Tapi pada aku yang serba kekurangan ni, terlahir rasa gembira dan bersemangat nak teruskan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh. Mudah-mudahan aku dapat beristiqomah, rajin dan berazam tinggi.. insyaAllah.
Bak kata konsultant tu, pada usia 30 sepatutnya tulang dah start merapuh... kalau tak dijaga dengan baik, terjatuh sikit pun dah boleh patah. Sementara nikmat itu belum ditarik balik oleh Allah, jagalah baik-baik.
p/s: Minum susu 2 gelas sehari = 4 sudu segelas.. boleh?
No comments:
Post a Comment