Sunday, March 27, 2016

Menu Atkins Fasa 1 - Sup Telur Bersama Kobis Bunga dan Brokoli

Sekali lagi.. telur dan brokoli. Tambah bahan baru, bunga kobis. 3 bahan ni memang bahan 'popular' dalam berAtkins. Tak lupa juga pada cikti mun... (Senyum). 

Semangkuk sup untuk lunch.

Semasa berAtkins, saya suka masakan berkuah, bukan apa.. airkan mengenyangkan. Maklumlah... tak boleh makan nasi, mee, meehun dan yang seangkatan dengannya. So makanan berkuah boleh motivate 'mental kuat' (bi iznillah ) sebab bila kita makan dan kenyang, kita lebih relax. Compare makan telur sebiji, tak kenyang, 2 biji pun tak berapa kenyang... 3 biji??? 5 biji kot baru kenyang. Hihihi.

Lagipun kalau makan kuah-kuah ni, boleh cover 'water intake' untuk sehari. Dan jimat dah kat situ, sebab kuah sup tu ada rasa dibandingkan minum air masak semata-mata. Bijak tak? (Senyum lagi)

Ok, kita terus pergi pada bahan-bahannya:
Sebiji telur ayam
Brokoli secukupnya
Kobis bunga secukupnya
Seulas bawang kecil
Seulas bawang putih
Hirisan daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya:
Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian letakkan garam. Masukkan sayur dan pecahkan telur. Masak sekejab saja dan tutupkan api. Kemudian taburkan hirisan daun sup. Siap untuk dihidang.

Tadaa.... masa untuk makan pula. Jangan lupa baca bismillah....

Friday, March 25, 2016

Menu Atkins Fasa 1 - Telur Dadar dengan Bawang Putih dan Daun Sup

Hari ke 5 berAtkins.... alhamdulillah... hampir 3kg berat sudah turun. Yup... diet Atkins memang senang dan cepat nak turun berat lebih-lebih lagi dalam tempoh fasa 1. Memang susuai dengan badan saya. Cuma nak control hawa nafsu tu yang payah sebab dah biasa makan makanan berkarbo. 

Ikut pengalaman dulu, lepas 2 minggu dah susah nak susutkan berat. Kalau mental tak kuat, tu yang kecundang. Harapnya, kali ni saya lebih kuat lagi. InsyaAllah.  

Kalau berAtkins, memang akan berkawan baik dengan telur. Pada saya, resepi menggunakan telur paling senang nak disediakan, dan kalau kena cara, memang sedap. Resepi paling senang, telur 3 suku ataupun telur rebus dimakan untuk sarapan. 

Telur dadar dan teh hijau
Kali ini saya nak kongsikan resepi telur dadar, resepi yang mudah dan boleh dipelbagaikan. Boleh nak letak apa-apa yang dirasakan sesuai atau pun kosong sahaja (kalau yang kosong, sekadar letakkan secubit garam).

Bahan-bahannya:
Sebiji telur
Secubit garam
Sedikit daun sup, dihiris
Seulas bawang putih, dihiris

Pukul semua bahan sehingga sebati. Panaskan kuali, dan letakkan minyak. Masukkan telur dan ratakan. Balikkan telur dadar apabila sudah kekuningan. Apabila kedua-dua belah permukaan telur dadar dah kuning, bolehlah matikan api dan sedia untuk dihidangkan.  


Wednesday, March 23, 2016

Menu Atkins Fasa 1 - Ayam Goreng Luar Biasa

Begitulah namanya diberi, sebab rupanya memang biasa-biasa... tapi bab rasa; ternyata luar biasa sedap. Hihihi.
Ayam Goreng Luar Biasa di riba saya..sedia untuk dimakan. 

Ayam goreng memang senang jek nak buat. Yang asas cuma dilumur dengan kunyit dan garam. Yang luar biasa sikit, begini caranya:

Seketul ayam (tak kira bahagian mana pun):
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Serbuk halia secukup rasa
Daun rosemary kering mengikut selera
Minyak untuk menggoreng
* anda bolehlah adjust kuantiti bahan-bahan yang digunakan berdasarkan pengalaman dan citarasa anda.

Cara-caranya:

Saya menggunakan teknik perapan kering iaitu setelah ayam dibersihkan, lap dengan tisu dapur. Saya tak nak ada lembapan pada ayam sebab saya nak bahan-bahan perapan melekat terus pada permukaan daging ayam. Apabila ayam dah ready, taburkan semua bahan perapan pada ayam,dan lumurkan dengan tangan. Pastikan setiap inci ayam mendapat perapan tersebut. Perap selama satu ke dua jam (letak dalam ruangan chiller peti sejuk anda). Selepas itu, bolehlah goreng degan minyak yang betul-betul panas sehingga masak.

The moment of truth:
Saya terkejut rasanya sedap. Hihi.. bukan nak puji diri sendiri, tapi memang sedap walaupun bahan-bahannya simple. Sebenarnya dapat idea ni selepas menonton banyak rancangan memasak di AFC dan lihat cara-cara perapan mat saleh, pastu kita sesuaikanlah dengan cara kita sebab ada bahan-bahan yang susah nak dapat dan tak halal.

Serbuk-serbuk herba pula saya dapatkan dari Mydin, beli timbang (lebih murah kalau dibandingkan beli botol-botol kecil dari 'rak herba'). Rasanya pun lebih original sebab tak tambah tepung. Rosemary kering saya beli dari kedai bahan bakeri (pun lebih murah).

Daun rosemary pula saya gunakan sedikit sebab rasanya agak kuat pada saya. Serbuk halia saya lebihkan sedikit dibandingkan dengan serbuk lada sulah. So, begitulah caranya ayam gorang tersebut dihasilkan. Selamat mencuba.... (smile).


Tuesday, March 22, 2016

Menu Atkins Fasa 1 - Telur Scrambled bersama Brokoli Ditumis dengan Ikan Masin.

Hmmm... panjangnya nama... saje jek nak macam MasterChef tu,, kalau ada 10 bahan, 10 bahan jugalah dia duk elaborate dalam nama masakan dia.. padahal biasa-biasa ajekan.

Samalah macam apa yang saya masak untuk lunch semalam, biasa-biasa dan senang jek nak jumpa bahan-bahan ni, Preparation pun dalam 10 minit je. Rencahnya guna ikan masin saya dapat kat kenduri. Kadang-kadang lebih-lebih lauk kenduri, orang buat tak kisah.. eh sayang.. amik pastu simpan dalam peti ais. Makin di simpan makin rangup jadinya ikan masin tu. Kalau goreng sayur kailan ke kangkung, atau masak nasi goreng, boleh buat rencah... sedap.

Makan dengan nasi pun sedap.

Bahan-bahan:
2 biji telur ayam
Secawan brokoli
Seulas bawang kecil
Seulas bawang putih
Serbuk halia / halia segar secukupnya
Lada sulah secukupnya
Ikan masin siap digoreng secukupnya
1/3 cawan air panas
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara-caranya: 
Tumis bawang kecil dan besar sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk halia atau hirisan halia segar dan serbuk lada sulah. Masukan ikan masin yang dipatah-patahkan. Setelah naik bau, letak sedikit air panas. Pecahkan telur dan biarkan seketika. Taburkan garam secubit rasa dan kemudian barulah masukkan brokoli. Gaul sehingga sebati. Kalau rasa belum cukup masak, boleh tambah air lagi sedikit. Tunggu sehingga airnya kering dan bolehlah dihidang selepas itu.

Untuk appetizer, saya potong beberapa hirisan timun jepun dan cicah bersama sedikit mayonis.

Garam diletakkan selepas telur dimasak seketika katanya untuk memberi warna kucing yang cantik. Dan garam sebelum brokoli pula, sebab nak mengekalkan warna hijau sayuran tersebut. Ini semua petua, terpulanglah nak ikut ke tak.

Masa makan tu, bila tergigit ikan masin.. Ya Allah... sedapnya. Alhamdulillah... kena dengan tekak jawa saya ni.

So siaplah satu menu Atkins style kampung utk 1st phase - Induction


Monday, March 21, 2016

Rupanya..Inilah Harinya

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pagi-pagi lagi dah buka laptop... tak kerja ke? Tak... Saya dah berhenti kerja... secara rasminya 18 March 2016 hari terakhir saya berkhidmat di SKPB. Sebab apa? Sebab nak fokus kat diri sendiri pula. Nak 'rehat' dari memikirkan deadlines yang tak berhenti-henti.

17 March baru ni kebetulan birthday saya.. so celebration together dengan farewell. Meriah rasanya... terima kasih sahabat-sahabat sekalian. Happy birthday to Lina juga... sebab birthday Lina 18 March so kita celebrate sama-sama.  

Ada 2 celebrations, satu dgn bff, satu lg dengan team.
Kenangan-kenangan yang ada insyaAllah akan sentiasa tersemat dihati. Semuanya manis-manis, Yang pahit saya dah tinggalkan kat meja saya. 
Meja yg sempat duduk tak sampai 2 bulan... dekat office baru.
Niat dihati nak sampai pencen, tapi Allah plan lain untuk saya. Takpe, doakan yang terbaik k. Saya tak risau apa, sebab saya percaya dengan yakin Allah dan rancang yang terbaik untuk diri saya dan famili.   

SO.....

Inilah harinya saya akan mula sekali lagi sebagai full time blogger. Hari baru buat saya, nk start new chapter of my life. Kat kepala macam-macam nak buat... ye lah duk rumah sudah. Pagi tadi seriously, xtau nak start dari apa. Sebab dalam kepala banyak sangat nak buat + nak cover kerja-kerja housewife yang banyak skip dulu.

So saya dah keluarkan bread maker dan mixer..kasi power-up dulu. Ganti balik cas-cas yang dah guna. Tukar topik jab, just nak share tips pasal benda-benda electrical (digital type), jangan biarkan u all punya digital tools xhidup lama sangat. Nanti UPS (internal power) habis, terus tak boleh hidup. Kan biasa dengarkan, kalau kereta dibiarkan lama tak hidup enjin, nanti susah nak hidupkan. Lebih kurang macamtulah teorinya. Benda-benda digitalni memang ada built-in power dalam tu supaya litar menjadi sihat dan kuat untuk berfikir walaupun mesin tu tak jalan. Kalau jenis analog, takpe. So kita kena power-up, macam mana tu? Just switch-on tool tersebut, dan biarkan. Pastu switch-off, dan boleh cabut plug. 

Ok, bila dah keluarkan bread maker, maknanya saya nak buat rotilah tu ye. Gitulah plannya untuk Wari punya dinner malam ni. Saya punya meals, lain plak... sebab ni hari baru buat saya, secara tak langsung, saya pun pasang azam nak start berdiet. Saya nak try diet Atkins, sebab pernah try 2 minggu, memang menjadi... cuma susah nak maintained jek sebelum ni. Ni sebab dah duduk rumah, harapnya lebih senang nak control napsu-napsi makan. InsyaAllah.
Dah start study resepi semula sebab dah lama tinggal bidang memasak secara amatur.
So, cukuplah untuk hari ini. Moga esok saya berkesempatan untuk update lagi. InsyaAllah....   






Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker