Monday, September 14, 2009

Biskut Raya

Rajin ke buat?
Aku buat tahun ke 3 berturut-turut tak buat kuih raya... beli pun tak meriah sangat. Mak aku dah offer suruh amik biskut kat umah dia. Hehehe.. tinggal aku je nak amik kesempatan ke tak. Tapi ada satu malam tu, aku buat popia mini.. itupun sebab ada serunding dalam peti ais.. di biar tak makan. Gulung-gulung sampai mengantuk.. dapatlah 400 biji je. Tak penuh pun.. serundingnya pun ada baki.. ingat nak beli lagi pastri popia nak sambung... tengoklah cam mana... sempat ke tak.

Balang ni member2 MMHE yang belikan masa aku nak benti aritu.. kat belakang tu, aku dah isi spageti... hehehe. Suka.. cantik je...

Sebenarnya, masa aku kat Johor, terjebak jugalah dalam membeli biskut raya. Jiran kat flet yang jual. Aku memang takde niat nak beli, kunun-kunun tambah lagi barang nak angkut.. tapi demi sokongan pada jiran.. belilah juga 2 jenis. Coconut almond ngan pecan chocolate dari Patmah Cookies. Ni lah yang aku nak citer... betapa sedapnya biskut-biskut ni.. memang kelas. walaupun harganya mahal sikit, memang puas hati.. rupa pun cantik. Nak amik gambar tak sempat sbb aku dan Wari dah habiskan.. hehehe.. buka puasa, sahur, time 'cuti'.... dah jadi pencuci mulut pulak.

Sebab sedaplah sangat.. aku pun orderlah lagi... tepon Ezy suruh belikan. Nanti Mirda balik KL, aku amik. tapi malangnya... 1 jenis je yang tinggal. Jadilah....... walaupun ada sedikit kehampaan di situ.

Kat opis sekarang, aku beli sejenis aje.. ntah apa biskutnya... tp dari Noraini.. nama ni dah familiar... tapi tak tahulah rasa apa.. tertinggal kat opis.

Itu ajelah biskut-biskut yang aku beli.. sikit je kan? Sesuai ngan keadaan ekonomi aku sekarang. Hehehe.

Monday, June 8, 2009

Tabir Senja

Biar beribu kali aku memandangpun, mata ini tak kan jemu,
Tak perlu aku mengubah, aslinya sudah memukau kalbu.

Ku syukuri kesempatan yang ada,
Terlukis di kanvas langit, dirakam dimata, terpotret diminda,
Aku menghayatinya..

Ciptaan-Mu Tuhan yang maha Esa.









Monday, April 20, 2009

Sate Kajang

Medan Sate Kajang

Aku dan Wari

Fir dan Mak

Sabtu yang baru lepas ni, kitaorang (sila lihat gambar di atas) ada urusan di Kajang. Dalam perjalanan balik, sempat singgah di Medan Sate Haji Samuri untuk makan malam. Yang istimewa tentang sate ni ialah sambal kacang pencicah tu. Tapi terpulang pada selera masing-masing. Sebab sate Timah Boyan kat Kg. Subang pun boleh tahan juga rasanya (pendapat aku dan adik aku). Sekarang dah tak susah nak dapat sate Kajang, rasanya dah ada banyak branch dah kat area KL dan Selangor.

Cerita pasal Kajang, kalau korang nak tau, Leftenan Adnan yang femes tu pun berasal dari sini ok.



Thursday, April 9, 2009

----

Lamanya aku tak bersosial kat sini.. bukan setakat takde entry baru, tapi aku juga tak menjengah mana-mana blog. Banyaknya dah ketinggalan cerita kawan-kawan. Nanti aku cubalah catch-up ya.

Minggu ni macam-macam berlaku. Satu yang aku nak kongsi, kawan rumah aku Ezy dapat offer PTD. 24hb ni dia akan report duty kat KL. Haaiiiiii..... terkejutnya aku rasa.. tiba-tiba aje kawan rumah aku nak keluar dalam masa 2 minggu lebih kurang. Bukankah patutnya aku yang kuar dulu? Tu lah kita merancang.. tuhan yang menentukan. Aku jugalah yang jadi penunggu setia. Hmm.. takpelah... ada hikmahnya. Ye tak. Sabarjelah dulu.

Untuk Ezy (silent reader).. aku doakan yang terbaik untuk kau. Isk, banyak pula aku nak cakap, nanti aku cakap kat rumah je lah ye. Siaran langsung gitu.

Monday, March 16, 2009

Al-Fatihah Untuk Suraya


Pagi ini aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.. kawanku Suraya telah pergi menyambut panggilan Ilahi pagi ini. Dia kemalangan.

Suraya adalah kawan serumah malah kawan sebilik aku ketika di Pasir Gudang. Kebetulan rumahnya di Subang Permai, tidak jauh dari rumah aku... jadi kami sering pulang ke Shah Alam bersama-sama. Suraya suka mendaki gunung, kebanyakan hujung minggu akan dihabiskan dengan mendaki. Aku rasa kebanyakkan gunung di Malaysia ini sudah habis diterokainya. Aku kerap menemankannya berjogging waktu petang selepas habis bekerja.. satu latihan untuk meningkatkan staminanya.

Bulan September 2008 lebih kurang, dia kembali ke Shah Alam kerana mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada hari pernikahan aku, dia menggalas beg besar ketika itu.. mungkin akan terus mendaki selepas itu.

Memori aku terhadap Suraya.. dia seorang yang sangat baik... aku sukakan dirinya. Aku tak ingat apa-apa yang tak baik tentangnya... apa yang terhampar dalam ingatan aku.. hanya kenangan manis bersamanya..... Aku sedih. Masih ada yang belum tertunai buatmu Suraya. Aku minta maaf...

Perjalanan Suraya di dunia dah berakhir... perjalanan aku?

Alfatihah untuk Suraya Binti Yahya..

Monday, March 2, 2009

Seram? Kelakar? Sweet?

Ini pula cerita hujung minggu aku. Kali ini turn Wari yang turun ke Pasir Gudang.

Key Point
Sebenarnya hari Sabtu yang lepas, ada family gathering.. dan seperti biasa Wari kenalah hadir pada majlis yang bermula pukul 4 petang. Jadi, mengikut perkiraan, Wari hanya boleh sampai ke Pasir Gudang jam 4 pagi hari Ahad jika dia menaiki bas pukul 11malam hari Sabtu. Alamak, sehari je boleh lepak-lepak dengan aku, pastu dah kena balik KL. Takpe lah, aku redho... janji jumpa, ye tak.

Jumaat Malam
"Abang, dah beli tiket?" Tanya aku yang kerisauan.. Hish.. esok je ni, mana tau tiket habis. Ngeri seh.
"Sudah, pergi-balik." Jawab Wari. Lega aku. Tengok checklist;
sapu bilik - sudah.
susun kotak barang-barang - sudah
basuh baju - sudah.
susun rak - belum. Ok, ini boleh buat lepas kerja esok.
lipat kain - belum. Inipun sama, esok juga kasi jalan.
Ok, semua undercontrol.

Sabtu (1040am)
Nama aku bagai diseru-seru oleh Wari. Dah berapa lama aku renung skrin, tapi hati & minda aku pada Wari sahaja. Hish apa kena ni? Stress bekerja? Aku cuba alihkan pada blog... hasilnya.. hanya entry Transformers yang keluar. Hampeh... Tak boleh jadi. Aku dial nombor Wari. Suara Wari tenggelam dengan bunyi krukk.. krukkk... dussshhhhh... berrrrk....
"Tak dengar Uji cakap apa. Sihat?" Kami bertukar ke mode sms.
"Sihat... sayapun tak dengar. " Dan bla bla bla bla bla..

Sabtu (100pm)
Sampai rumah, aku terus bakar roti. Kemudian makan depan tv. Sunyi. Aku seorang sahaja.. Ezy selalunya OT sampai petang. Tak tahu nak buat apa, aku masuk bilik. Aku berkira-kira nak melipat baju. Tak naklah, rasa malas. Susun rak? hmm.. malam karang pun sempat. Warikan sampai esok pagi. Tidur? Ya.... memang solid idea ni. Cuaca pun mendung-mendung gitu, memang terbaik dari ladanglah.

Sabtu (320pm)

Tidurku tak nyenyak. Sekejab-sekejab aku terbangun. Masa rasanya berjalan terlalu lambat. Lambat nak menanti malam.

Trut trut trut tuuut (bunyi hs aku - mode sms)

"Dah makan?" tanya Wari.
"Tadi makan roti. Abang tak gerak lagi gi umah Mak Long? Abang dah makan?" Rumah Mak Long adalah tempat acara gathering diadakan.
"Dah makan keropok. Sorang ke?"
"Aah, abang buat apa?" Aku terfikir yang Wari masih ada dirumahnya ketika itu.
"Abang ketuk pintu." Jawapan ini menyebabkan aku bertukar fikiran kepada dia sedang berada didepan pintu rumah Mak Long. Ok, dia dah sampai.. kataku dalam hati.
Pada waktu yang sama, samar-samar aku terdengar bunyi ketukan di pintu. Dalam cahaya suram-suram aku mengintai dari bilik ke pintu luar. Sunyi kembali. Mungkin hayalan aku agaknya. Aku pun menyambung kembali sms kami.

"Ooo, dah sampai ek. Abang bawa apa?" Aku ingin tahu makanan apa yang dibawa Wari ke perjumpaan itu. Biasalah.. pot luck.
"Bawa baki keropok." Ish.. tak senonoh.. kataku dalam hati. Di luar, ketukan pintu kedengaran kembali dan makin bertalu-talu. Suasana mendung cuma mengundang mood seram dalam diri aku. Ntah kenapa, aku berdebar-debar. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Kalau penjaja, mesti dia tak ketuk sebab rumah aku sunyi macam takde orang. Kalau ketuk pun, patutnya dia dah pergi, sebab takde respon.

Pada waktu itu, aku mulai rasa takut.

Tiba-tiba telefon berdering. Syukurlah Wari yang telefon. Aku segera angkat..

"Hai abang... nasib baik abang telefon ni.. Saya ada benda nak cakap ni." Dengan cepatnya aku nak mengadu.
"Apadia?"
"Kebetulan, tadi masa abang kata tengah ketuk pintu.. kat rumahni pun ada orang ketuk pintu. Takutlah... macam tiba-tiba je." Kataku dengan sungguh-sunguh.
"Pergilah tengok," Wari memberikan idea.
"Eii.. tak nak.. ." Kemudian bunyi ketukan pintu kedengaran kembali.
"Haa bang, tu dah bunyi balik.. eeiiiii," aku menyambung.
"Tak nak tengok ke?" Soalan Wari membuatkan perasaan ingin tahu begitu menggelojak.

Tingggggg! Jangan kata yang Wari.....

Darah menyerbu ke muka dan spontan aku terasa bahangnya. Aku bangun dan terus meluru ke pintu. Aku buka pintu... Wari tersandar di dinding luar.

"Abang jahat.." Wari tersenyum di luar. Hanya grill yang memisahkan kami.

"Abang bukan amik bas pukul 11malam ke?"
"Abang tak katapun nak amik bas kul 11malam."
"Habistu semalam?"
"Semalam abang cuma kata abang dah beli tiket kan.." Aku cuba ingat kembali. Ya.. pukul 11malam itu, aku yang assume sendiri. Aku yang andaikan Wari akan bertolak selepas majlis tamat.
"Tak nak kasi abang masuk?" Aku membuka grill pintu sambil tersenyum-senyum.

"Rumah Mak Long?" tanyaku.
"Sesekali ponteng." Wari kenyit mata. (ni aku yang tambah, kasi sedap)

Selepas itu apalagi, Wari kena 'belasah'lah.. Hehehe.

Kesimpulan
Aku rasa ada ketiga-tiganya sekali. Seram+kelakar+sweet.


Note:
1) bunyi krukk.. krukkk... dussshhhhh... berrrrk.... ketika Wari dalam bas.
2) nampaknya signal aku-wari makin kuat. makin dia dekat, makin aku teringat. Korang boleh cuba ni.. kalau korang tengah terfikirkan seseorang tu, dalam masa yang sama, dia pun terfikirkan kauorang.. tu maknanya signal korang kuat. Kalau tak, boleh cuba lagi.

Tuesday, February 24, 2009

Festival Layang-layang

Tahun ke 2 aku menikmati Festival Layang-layang. Panjang jodoh aku dengan Pasir Gudang rupanya :)

p/s: Sepetang bersama Kak Hurul. Aktiviti bini-bini nih.

Monday, February 23, 2009

Kuih Penjaram

Semasa aku jalan-jalan di KK baru-baru ini, aku berkesempatan merasa sejenis kuih tradisional Sabah.. pergh.. memang buat aku teringat-ingat. Nama kuih ini kuih penjaram.

Untuk menghilangkan 'mandrem' kuihni, semalam aku pun melayari internet dan mencari resepinya. Sebenarnya, kuih ni ada dua perisa, satu perasa gula merah (rasanya.. sebab warna coklat) dan satu lagi perasa pandan.. tentunya yang warna hijau.

Aku pun mencuba resepi tersebut.. senang je, 1 cawan tepung gandum, 2 cawan tepung beras, 1 cawan gula, dan air secukupnya. Yang tak suka manis, boleh kurangkan gula. Kalau nak buat perasa pandan, perahkan sahaja daun pandan yang dikisar dan ditapis. Adun sampai sebati.. macam yang aku buat kat atas tu.

Ini yang sudah disiap digoreng. Pengalaman aku dalam menghasilkan kuih ni; kuih ni memerlukan kepekatan yang tepat dan minyak yang cukup. Kalau tak.... samaada jadi leper atau jadi cengkodok. Ikut sukatan dengan betul (jangan pandai-pandai ubah cam... hmm... aku :P), kalau tak, tak jadilah seperti rupa bentuk yang sepatutnya. Dalam kes aku, cubaan ke dua sahaja yang lawa.. yang lain.. uhuk uhuk.. paham-paham ajelah ya. Walaubagaimanapun, rasanya sangat tidak mengecewakan. Sebiji cam yang orang Sabah buat. Yay.. berjaya juga!


Friday, February 20, 2009

Dosa Datang Dalam 4 Peringkat

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa di atas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee.. setakat sebotol tak mabuk lagi." Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini. "Rasullah menjawab, "Ya, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap.." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an, al- Hujurat ( 49 ):6 )

Friday, February 6, 2009

Cuti-cuti Malaysia


Wei, keja ke tu? Rerajin la ek. Hehehe. Ni aku post gambar, kasi jeles sikit. Aku on trip gi KK. Nak kirim pape? Kirim salam je lah ye. Hehe.

Tuesday, February 3, 2009

Malam BBQ di Rumah Mirda

Kalau ingat aku pernah bercerita Mirda pindah ke rumah baru, kali ini Mirda menjemput kawan-kawannya ke majlis BBQ sempena rumah baru. Majlis diadakan pada hari Sabtu. Gotong-royong bermula dari Jumaat malam lagi kerana masing-masing bekerja pada hari Sabtu.

Banyak makanan yang dihidang, dan semua di buat sendiri. Lihat sajalah gambar-gambar tersebut… dedikasi yang diberikan mengalahkan tahap bibik.. memang patut dipuji. Ini termasuklah aku, tapi biasalah... aku dah kahwin, promotion kena kurangkankan sikit. Hehehe. AJK-AJK Dapur yang masih bujang tersebut telah memulakan operasi memasak sehabis sahaja waktu bekerja… dan siap berkemas pada jam 12 tengah malam. Nampak, pakej lengkap.. bukan buat kerja main tinggal je lepastu.

Hidangan-hidangan memang mewah.. dari ayam ke kambing panggang, udang, sosej, kentang, meehun, buah-buahan, puding dan sebagainya.

Gambar-gambarni tak menyeluruh.. aku sedikit malu nak keluar rumah nak ambil gambar tetamu yang datang. Jadi kebanyakkannya aku ambil dari port aku duduk.. biasalah.. kat tangga, depan tv, pergh.. memang strategik. Sambil lepak-lepak, berborak-borak kami menjamu selera dengan santai.  

  

 

 

 

 

 

 

Saturday, January 31, 2009

PD (sambungan 2)

 

PD (sambungan 1)

PD

Ahad & Isnin yang lepas, family Wari, nenek dan Mak Lang menghabiskan masa di PD. Kami menginap di Ocean View Resort. Kak Long (kakak ipar) yang mencadangkan idea bercuti bersama-sama. Bagus juga untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan memberi kesempatan untuk aku menjadi lebih mesra dengan mereka.

Ahad petang, aku mengambil kesempatan mandi di pantai… huh, lama betul tak berendam dalam air masin. Menangis kuman-kuman kat badan aku ni agaknya. Hahaha. Malamnya ada acara sambutan hari jadi untuk Kak Long. Tengok kat kek, dah 37 umurnya. Selamat Hari Jadi ye Kak Long. Aku pulak.. nak masuk 27 tahun… ei.. 3 tahun lagi mencecah 30 tahun. Tua dah rupanya.. tapi muka maintain muda & ayu dalam apa jua keadaan (ni tagline kita Cik Galuh kan)& makin dekat dengan mati ek… jangan lupa diri pula.

Keesokkan harinya, aku ajak Wari ke pantai.. nak ambil-ambil gambar je. Aku rasa cam malas je nak mandi-mandi hari tu. Dah puas hati, balik semula ke apartment… dalam perjalanan singgah ke kolam renang. Ahli famili semua ada disitu. Mana tahan tengok orang berenang dalam air yang tenang, hati aku pun terkinja-kinja nak melompat masuk dalam air. Ajak Wari, dia ok je. So apalagi.. bedebush.. haha.. pakai je apa yang tersarung kat badan. Nasib baik tak de pak guard yang jaga.. kalau tak berenang dalam hati je la.

Hari itu, aku dapat 2 kesimpulan yang diberikan Rasyiq (adik Wari).. 1. Dia kata aku berenang macam nak cari gamat. Hahaha. 2. Aksi Wari-aku dalam air macam belangkas. Hahaha (gelak lagi) Aku saje je bubuh fakta ni.. kasi kauorang buat spekulasi sikit. Fakta no 1 tu, aku anggap  sebagai satu pujian. Fakta no 2 pula, itu adalah lakonan semula watak-watak dalam animasi Jepun.. suka betul diaorang bertenggek-tenggekkan.. so aku dah taulah apa rasanya..

Kalau ada masa lapang pula… main ‘indoor game’.. hmm.. berinteraksi dengan anak-anak buah Wari, banyak kali tersasul.. kena praktis lagi.. Mama Lang, Mama Lang….. Mama Lang (panggilan untuk aku) ~ bukan Ma Malang okay!

Kami bertolak pulang pada sebelah petangnya…. Tamat. (Hmm.. ayat ending tak bestlah pulak)  

Kami bertolak pulang pada sebelah petangnya…. Satu pengalaman yang menyeronokkan. Tamat. (baru okey sikit)

 

 

Thursday, January 29, 2009

Dari Pandangan Si Kecil

Kanak-kanak kecilni kreatif tau berfikir.

Satu hari, aku berborak-borak dengan beberapa orang kawan. Salah seorang menceritakan bahawa semasa kecil, apabila melihat gambar yang terdapat di belakang wang syiling versi lama, dia menginterpretasikan sebagai pistol.

Hahaha.. aku gelak besar.

Tapi apabila aku lihat sendiri.. ya… ada betulnya. Ye lah.. apalah budak kecil tahu tentang Bangunan Parlimen.    

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker