Showing posts with label PCOS. Show all posts
Showing posts with label PCOS. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

DIET PCOS : Diet Rendah Glycaemic (GI)

Di petik dari Mingguan Malaysia, Pancasihat, 21 September 2014.


Turunkan berat badan, itulah nasihat yang paling sering diterima oleh penghidap PCOS terutama mereka yang memerlukan zuriat.

Namun, tidak ramai tahu susah-payah seorang penghidap PCOS menurunkan berat badan walaupun mengurangkan makan seperti orang lain kerana gangguan hormon di dalam badannya membuatkan kebanyakkan pesakit PCOS mengalami penentangan terhadap hormon insulin (insulin resistance).

Insulin ialah sejenis hormon di dalam badan kita yang berfungsi untuk membolehkan sel-sel menyerap gula daripada darah untuk kegunaan sel tersebut.

Pesakit PCOS selalunya mengalami "insulin resistance" yang menyebabkan sel-sel di dalam badannya tidak bertindak balas dengan baik dengan hormon insulin lalu mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan hormon testosteron turut meningkat.

Ketidakseimbangan hormon-hormon tersebut akan memberi kesan buruk kepada ovulasi iaitu folikel-folikel di dalam ovari wanita tidak membesar dan matang dan mengakibatkan pesakit PCOS sukar hamil.

Selain itu, hormon insulin yang tinggi boleh meninggikan risiko untuk keguguran berlaku dalam kalangan pesakit PCOS. Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras hormon insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.

Diet rendah lemak dan tinggi karbohidrat boleh menyebabkan paras insulin semakin meningkat, maka diet ideal bagi penghidap PCOS menurut Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan dari Pusat Kesuburan Kuala Lumpur ialah diet rendah indeks glycaemic (GI).

Menurutnya makanan yang mempunyai GI rendah akan dihadam dan diserap dengan kadar lebih perlahan berbanding GI tinggi.

Oleh itu, paras gula dah hormon insulin akan naik perlahan-lahan.

Kajian membuktikan yang diet rendah GI berupaya mengawal paras gula dan kolestrol bagi kalangan pesakit yang menghidap kencing manis dan berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan serta pesakit merasa kenyang lebih lama.

Selain itu, ia boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawat masalah rintangan insulin (insulin resistance).

Salah satu cara ialah dengan melebihkan pemakanan GI rendah  dan sederhana ataupun mengkombinasikan makanan rendah GI dan tinggi GI.

Contoh makanan yang mempunya GI rendah ialah muesli yang tidak bergula, roti pitta, buah epal, pear, plum, oren, makaroni, pasta, brokoli, lobak merah dan kekacang.

Memakan lima kali sehari dan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap juga bagus bagi memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti 'yo-yo' tetapi stabil sepanjang hari selain mengelakkan kita kelaparan.

Satu kajian juga menunjukkan pesakit PCOS yang memakan sarapan pagi yang besar diikuti dengan kuantiti yang semakin berkurangan untuk waktu makan yang seterusnya terutamanya waktu makan malam dapat mengawal paras insulin dalam darah mereka dengan lebih berkesan.

Di samping itu, pesakit PCOS digalakkan mengambil makanan berserat tinggi, makanan organik dan pengambilan makanan tambahan seperti mutivitamin dan minyak ikan Omega 3.  

Dilema si wanita PCOS

Hmm... lamanya saya tak cerita perjalanan TTC saya kan... bukan sebab tak ada cerita tapi cerita dan prosesnya sama je kan.. kalau saya cerita juga, dah macam Astro.. asik ulang-ulang. Tapi untuk update dan catatan diri sendiri, saya baru je buat IUI kali 2 di HKL (tapi yg ke 4 dalam hidup saya). Result negative... it is ok. Belum rezeki lagi, dan jangan putus asa. Saya memang tak suka nak FOKUS cerita perasaan frust tu, sebab tujuan saya share cerita TTC kat sini adalah untuk berkongsi pengalaman... mana tau boleh membantu dan memberi inspirasi kapada wanita TTC di luar sana.. jangan sesekali berasa kecewa dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada kita. So insyaAllah memang tak kan ada cerita pengalaman diperli, sentap dan seangkatan dengannya. Kalau ada... sila tegur saya. Hihi.

Nak berkongsi ilmu pun, saya bukan ahlinya... tapi kalau ada info yang saya rasa menarik dan berguna... saya akan kongsikan di sini untuk dipanjang-panjangkan lagi. Sebenarnya inilah tujuan saya untuk entry ni. 21 September yang lalu, ada artikel mengenai dilema wanita PCOS di Mingguan Malaysia, selitan di Pancasihat yang di kongsi oleh Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur. Saya rasa info. yang diberikan sangat detail dan ada juga ilmu baru yang saya dapat pelajari iaitu... Diet Rendah Indeks Glycaemic (GI). Kena buka topik khas untuk diet rendah GI ni sebab saya pun masih tak familiar.

Keratan akhbar 21 September 2014
   
4 info wanita PCOS... tapi saya tahu 2 je sebelum ni.

  • Saya tahu pesakit PCOS mempunyai hormon lelaki yang tinggi dan cenderung untuk tumbuh bulu pada badan seperti lelaki.
  • Saya tahu DIET perlu disertakan dengan senaman bagi pesakit PCOS melawan kegemukan.

  • Tapi saya TAK tahu yang rambut gugur merupakan antara simptom PCOS
  • dan saya TAK tahu yang wanita PCOS yang mengandung perlu sentiasa menjaga makanan dan bertemu doktor kerana kemungkinan keguguran tinggi.
 So masa baca tu... mulut saya pun berkata "ooo.. ok, patutla rambut banyak gugur.."

Sebagai ulangkaji... (hehe..), tanda klasik wanita PCOS adalah period yang tak teratur, tumbuhnya bulu-bulu di badan seperti lelaki dan ovari polisistik. Individu mungkin tak mengalami semua simptom ni, mungkin hanya satu atau dua saje simpton yang terdapat pada diri anda. Anda lebih tahu yang mana satu.

Rupa-rupanya PCOS ni ada nama lain juga. Dikenali juga sebagai sindrom Stein-Levanthal, penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, yang mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan pesakit. 

Perenggan seterusnya... saya copy paste sahaja...


Selain mengganggu masalah kesuburan, PCOS juga boleh menjadi sebab pelbagai masalah kesihatan lain yang serius seperti obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolestrol. Kira-kira 10%-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis, terutama kepada sesiapa yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

Dalam keaadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi dan malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

Dianggarkan 5%-10% wanita berada dalam umur reproduktif mengalami PCOS. PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya dari menjadi lebih parah serta rawatan untuk mereka yang mahu hamil.

Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
 

Monday, November 11, 2013

Prosedur IUI di HKL + cara inject hormon.



Assalamualaikum...
Gambar di atas saya ambil dari pamphlet di Infertility Clinic, HKL. Memang ada perbezaan di antara Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur, dari segi ubat dan prosedurnya. Secara general, anda boleh refer kepada maklumat yang diberikan di atas. Saya cuma akan tambah beberapa perkara yang tak disebutkan.

1) Di HKL, TVS pertama akan dilakukan pada hari ke 2 menstrual. Memang agak tak selesa, sebab masa tu tengah heavy flow. Sediakan pad lebih kalau anda nak tukar selepas TVS. Buang air kecil sebelum TVS di lakukan. Di HKL, TVS start pukul 730 pagi sampai 830 sahaja. So pandai-pandai arrange waktu.

2) Doktor akan beri preskripsi ubat hormon yang akan disuntik bermula pada hari ke 2 juga. Selalunya diambil setiap hari, quantiti berbeza mengikut individu. Ubatni perlu penjagaan yang rapi kerana perlu disimpan dalam keadaan sejuk, bawah 20 darjah celcius. Jadi selalunya, nurse dah pesan untuk bawa "bekas tahan sejuk" mcm brand Coleman dan DI ISI AIS. Kenapa huruf besar? Sebab orang selalu lupa nak bawa ais, terpaksa pula cari ais kat medan selera berdekatan. Lagipun kadang-kadang untuk yang 1st timer, memang tak tahu apa-apa. Selalu bawa bekas kosong. Jadi saya nak ingatkan kat sini...

3) Bab inject-menginject ubat. Haritu saya ada janji nak ajar cam mana nak inject kan.. tapi sorry sesangat, saya lupa nak ambil gambar. Bukanlah tak boleh cerita, tapi takut susah nak paham kalau takde gambar. Kalau dah selalu buat, memang takde masalah. Tapi bagi yang pertama kali nak inject diri sendiri, mesti berdebar-debarkan.

Selalunya hospital akan bekalkan ubat-ubatan dan accessorinya sekali macam jarum, syringe, kapas berstrile... simpan baik-baik. 
Ni bekalan untuk 6 hari, bekalan untuk selepas itu, kena ambil di hospital semasa 2nd TVS.
Saya citer secara general, macam mana nak buat. Jangan risau, nurse akan tunjukkan cara, tapi sekali jek sebab tak kan nak cucuk kita 2 3 kali pulak kan.

  1. Ubat yang di bekalkan ada 2 botol. Satu cecair, satu lagi serbuk. Ubatnya actually yang serbuk, cecair tu digunakan untuk larutkan ubat. Mula-mula, buka penutup botol, tekan dah patahkan kat bahagian bertanda dengan warna.
  2. Guna jarum yang panjang (warna biru) - siap dipasang pada syringe untuk sedut air dan transfer ke botol serbuk. Ubat akan cepat larut. Kemudian sedut larutan ubat ke dalan syringe. (Double handling kalau QS punya terms)
  3. Tukar jarum panjang dengan jarum pendek (warna coklat).
  4. Buang buih-buih udara dengan menjentik hujung syringe.
  5. Tekan syringe sehingga ubat terpancut sedikit. Ini untuk memastikan tiada udara di hujung jarum.
  6. Ubat ini hendaklah dicucuk di bahagian lemak di perut. Cara nak mencari tempat yang sesuai ialah dengan anggaran 2 jari di sebelah pusat, kanan atau kiri selepas 2 jari ini.
  7. Basahkan/strile bahagian yang hendak dicucuk. Picit/cubit besar bahagian perut yang hendak dicucuk. Cucuk jarum ke perut dalam keadaan menegak 90 darjah permukaan perut. Sedut sedikit, jika ada darah, tukar ke bahagian lain. Jika tiada darah, picit syringe perlahan-lahan untuk keluarkan ubat ke dalam lemak perut tadi.
  8. Ikut pengalaman saya, kalau time cucuk tu sakit, selalunya kat situ ada darah. So tukar tempat ye. Cucuk jarum perlahan-lahan... memang tak sakit langsung. Kena cubit lagi sakit. Sakitnya datang bila kita picit syringe tuh, masa ubat masuk dalam perut. Ada rasa sakit sikit.
  9. Pastu, sapu strile kat tempat kena cucuk tu. Dah siap... simple kan? huhu.
  10. Selalunya injection di ambil di waktu pagi, pada masa yang sama setiap hari. Saya ambil dalam kul 730-800 pagi sebelum pergi kerja.
  11. Pastikan anda menjaga kebersihan. Cuci tangan sebelum dan selepas. Tempat untuk anda menjalankan suntikan pun, pastikan bersih.
  12. Buang alatan yang digunakan. Jangan simpan jarum atau syringe yang sudah digunakan.    
4) Datang temujanji TVS yang ke 2. Maybe hari ke 8 atau ke 10, seperti mana yang doktor arahkan. Doktor akan tengok pembesaran telur. Seperti yang saya pernah cerita dlm folicular tracking di Hospital Kajang. Doktor akan tambah stok ubat injection. Dan injectlah setiap hari lagi.

5) TVS hari ke 14... dalam kes saya, saiz telur telah melebihi 20mm. Jadi malamnya dalam pukul 10.00 mlm saya kena ambil suntikan pubergen. Kalau di Hospital Kajang, saya kena ambil di wad bersalin. Di HKL, saya kena cari sendiri. Saya buat di DEMC, bayaran dalam RM35 satu suntikan. Pubergen untuk apa? Saya pernah cerita dahulu, pubergen untuk tetaskan telur 36 jam selepas suntikan. In sya Allah. Tak boleh suntik sendiri, sebab pubergen kena di suntik di bahagian otot.

6) Bersedia untuk IUI lusanya. HKL tak bagi MC pun, setakat time-off separuh hari. Pandai-pandailah awak suma nak amik cuti awal. Saya recommend ambillah cuti, jangan rushing-rushing. Lagipun nak kena mandi wajib kan selepas IUI itu.  

7) Semasa IUI, mungkin ada rasa sakit sakit, atau tak sakit langsung. Selepas IUI, anda akan berehat dalam 1/2jam sebelum boleh bangun dan beredar. Sabar banyak-banyak.. banyakkan berdoa.. tenangkan diri. Pastu tak yah gi keja... lepak jek kat umah jadi mem besar. Hihihi. Tp doktor tak kisah pun kalau awak nak kerja, takde effect pun katanya. So terpulanglah...

8) IUI ke 3 saya tak berjaya... saya tengah peod ni. Nampaknya, rezeki anak belum tiba lagi. Takpe... doa banyak-banyak. Kita bawa ke tahun hadapan pula harapan ini. In sya Allah.



Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker