Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Kangaroo dan Koala di Cohunu Park

Di pintu masuk

Tengok koala... asik tido jek kejanya.

sejarah asal usul koala kat Perth

Kangaroo pun tengah lepak2...

kasawari garang

ni burung apa ntah... heee... takut nak jalan.

Impala kot... suara kuat... heee.. takut nak jalan.

Kambing apa ntah... kambing gurun kot.

kuda padi
Boleh pulak tertinggal cerita ni... padahal kalau gi Ausie, tak sah kalau tak gi tengok kangaroo dan koala. Kalau tak salah saya, kami pergi ke Cohunu Park ni pada hari ke 2 akhir di sana. Jauh jugalah tempatnya... kami drive sendiri, pinjam kereta Mirda. Lesen takde masalah, sebab lesen memandu orang Malaysia di terima.

Cohunu Park ni terletak di kawasan sub-urbun.. ala-ala kampung.... hari tu panas terik juga... so rasa macam kat Malaysia. Cuma kalau kat Malaysia, kita nampak kambing, lembu kat kampung-kampung, kat sini pula saya nampak kuda. Rumah pun sebiji-sebiji... jauh-jauh.

Lebih kurang perjalanan dalam 40minit ke 1 jam dari Bandar Perth, barulah tiba ke area ni. Alhamudillah... tak sesat walaupun tempatnya agak masuk ke dalam juga.

Nak masuk kena bayar tiket. Macam perusahan kampung plak, kat tempat kaunter tu ayang berjalan bebas ke sana-sini. hehehe. Kat sini style macam open zoo. So kita dengan binatang ju tak de halangan. Kecuali koala, burung kasawari dan kuda padi tu. Koala tu sebab binatang tu sensitif katanya... bulunya tak leh di pegang sebarang.. karang gugur. Kalau nk pegang, amik gambar gak.. bayar 30 dolar tak silap... boleh plak. Kasawari tu sebab garang... hish.. macam nak patuk orang plak. Kuda tu plak, rasanya kalau kasi open, mau kena tunggang dek pelawat. Bisa patah pinggang kuda tu nak layan. hehe. (agaknya).

Pastu ada banyak burung-burung dalam sangkar...
Ni antara burung yang di biar bebas... gemuk-gemuk.


Dalam 2-3 jam kat Cohunu Park ni... pastu terus balik town sebab nak elak hari gelap..., oh ya, kat Perth masatu, pukul 5.00 dh start nak senja. Lagipun sebab tengok binatang jek pun.. saya pun takut-takut. Takut kena kejar...

Arah jalan... ke arah Mandurah

Kawasan kampung

Swan River

Rumah kat area kampung
Paling best sebab enjoy pemandangan dalam perjalanan.. maklumla... bukan selalu dapat peluang gi melawat negara orang... alhamdulillah.. bertambah juga pengalaman.  


Monday, October 14, 2013

Gambar di Perth

Memang hebat tahap menangguh-nangguhkan kerja saya dari aspek apa pun, ini salah satu contohnya... cerita yang dah terperam lama, baru nak keluarkan semula. Sebenarnya, bukan cerita pun, cuma nak kongsi gambar hari terakhir saya di Perth (hmm.. mood blogging ON).. yezza... jalan-jalan di Fremantle.
Dari bandar Perth ke Fremantle, kena amik train. Bayaran $11 untuk 2 orang.

Cam biasa, guna CAT bas.. pengangkutan awam. FREE.

Jalan-jalan sekitar Fremantle. Banyak bangunan lama.

Fremantle Markets.. tempat anda mendapatkan barang-barang tempatan dan cenderamata. Tp bukak weekend jek.

Bandar pelabuhan....

Kedai bot.. rasa nak beli jek, seb baik takde tempat nak parking.

South Beach... serius panas... kejab jek kat sini. Just ambil gambar.

The Esplanade Reserve

Lunch kat Kailis..

Lunch apa? Ini jek lah...

Muzium

Try angkat...

E-Shed Market.. tempat borong cenderahati.. serius banyak pilihan ngn harga paling murah. Tp bukak weekend jek ok.

Harbour Town.. ala2 JPO kata org (Maaf, saya tak sampai JPO lg) tp harga mmg best.. sedia jek duit..

Ada tempat solat.. tak amik plak gambar dlm Harbour Town tu sebab rasa sama jek cam shopping complex kat Malaysia.

Penggemar kopi. Haruslah try kopi kat sana kan.

Labanese Pizza... tuan rumah belanja untuk dinner. Thanks.
Di sinilah kami tinggal, 418.. Murray Street. Dengan tuan rumah.

Thanks Kong.. jemput dan hantar kami.

Hasil tangkapan dan kiriman...


Friday, June 21, 2013

Kings Park and Botanic Garden


Hari kedua bermula seawal pagi...bagun dan membantu tuan rumah sediakan sarapan dan makan tengah hari untuk bekalan hari tersebut. Perjalanan jauh sikit hari ini.

Puan Mirda & Encik Kong.. Tuan Rumah yang sudi menumpangkan kami di rumahnya sekali ngan pakej makan minum. Terima kasih tak terhingga.

Spegeti kari, sarapan kami di hari ke 2... confirm terliur kan?? kan ??
Hari ke 2, Encik Kong meminjamkan keretanya kepada kami. Tak jadi masalah kerana lesen memandu Malaysia boleh digunakan di sana. Cuma hati-hati, penguatkuasaan undang-undang ketat, jadi jangan sampai anda dapat "surat cinta", tak pasal-pasal 'merit' empunya kereta jadi corot + bayar saman. Pengsan!


Yeay... pilih pilih... mana mau pergi... sangat besar ini taman, 1 hari pun tak cukup.
Lokasi pertama di hari ke 2... Kings Park dan Taman Botanik. Klik disini untuk info lanjut. Taman ini sangat cantik, setandinglah dengan Taman Tasik Perdana (pada padangan mata saya waktu kecil dulu, sekarang dah tak pergi lagi), cuma luasnya memang luas... macam-macam ada. Kalau tak memilih, 3 hari 3 malam pun tak habis. Haaa.. tamanni malam-malam pun buka tapi bukan semua tempat.



Ada macam-macam tugu. Ni tugu peringatan semasa perang dunia ke 2. Tugu ni pasal ke mana Australia hantar askar-askarnya.. salah satunya, tanah kita. Malaysia. (Ooo....). Ada berderet-deret lagi nama negara lain, tapi saya tak tunjuklah.

Boleh tengok pemandangan bandar Perth.
Yeay... mengabadikan kenangan.

Menggunakan Aps Panorama... boleh ambil gambar dengan lebih luas. Promote Nokia Lumia jab. Hehe. 


Tak silap ni kat Kokoda Track.. sejarahnya, jalan ni digunakan askar sebagai jalan pintas untuk ke markas diaorang kat bukit mana ntah. Sambil-sambil tu bersuai kenal dengan semak-samun kat Australia. Sebab jalan-jalan ni pun dikenali sebagai "Bushland Track".
Semak-samun kalau dibiarkan asli pun cantik juga. Kalau kat Malaysia, semak-samun di jadikan tempat buang sampah. Kesiankan? Salah siapa ek kalau suka buang sampah merata-rata? Jom sama-sama muhasabah diri, kot-kot ada terbuat, lain kali jangan buat ok.


Di Lotterywest Federation Walkway... bersambung dengan steel-glass bridge... Jalan-jalan sama ketinggian dengan pokok. Ala-ala filem "Twilight". Hehehe.

Pasangan dalam "Twilight 2013", Belly Swan & Eddy Cullen. Kih Kih Kih.
Kat jambatan kaca... rasa macam Puteri Gunung Ledang pulak.


Water Garden Pavilion... buatan manusia.

Lepak-lepak sambil tengok air pancut...

Gija Jumulu... pokok boabab. Antara spesis pokok berumur panjang sampai beribu tahun. Pokok ni dah berusia lebih 750 tahun.. masyaAllah.
Lunch.... nasi lemak.
Banyaknya gambar, rasa nak kongsi semuanya tapi manalah cukup ruang. Nanti saya sambung lagi cerita hari ke 2 di destinasi seterusnya.

Thursday, June 20, 2013

Bell Tower, Barrack Jetty & Perth Mosque

Sambung lagi cerita jalan-jalan di Perth City pada hari pertama kami sampai. Kami mengambil CAT bas yang "free", dan boleh bawa jalan-jalan satu bandar. Sila rujuk di sini untuk melihat jadual dan "Routes & Stop Information". Ada jalan-jalan yang ditandakan dengan warna merah, biru dan kuning berserta lokasi perhentian. Jadi anda boleh rancang perjalanan anda dengan jayanya. Bandar Perth ni tak besar sangat kalau nak banding dengan Kuala Lumpur, jadi saya ambil ketiga-tiga jalan untuk melihat sisi Bandar Perth dengan lebih hampir. Cewah....

Lokasi seterusnya selepas muzium ialah Barrack St. Jetty. yang terletak di Sungai Swan. Kat sini terletak juga Bell Tower yang menjadi mercu tanda City Perth. Ramailah orang buat kerja kawen kat sini, majlis karporat ke, atau apa-apa saja majlis, janji ko mampu bayar. Nak masuk untuk melawat pun kena bayar jadi kami tak masuklah, setakat tengok dari luar je. Bell Tower ni tak tinggi sangat pun, besar pun tak.. ala-ala comel gitu jek. Info lanjut, klik di sini. Sebab katanya kalau gi Perth, kena gi Bell Tower, so kami pun pergilah jenguk-jenguk.

Barrack Jetty... cam biasalah rupa jeti.
Dekat Barrack Jetty pula, kalau kamu, kamu, kamu dan kamu punyai wang, bolehlah ambil pakej untuk melihat ikan lumba-lumba atau ke zoo di seberang sungai. Ada juga pakej 'cruise' kat Sungai Swan tu. Inipun tidak termasuk dalam budget kami, jadi kami cuma mengambil gambar dan menghayati keindahan ciptaan Allah.

Bell Tower. Namapun "Bell" mestilah sikit-sikit, bunyi loceng. Tapi kami sangat tenteram tidur di hadapannya :)
Puncak Bell Tower, ambil gambar asing. Tak muat dalam camera kami yang kecil.
Angin sepoi-sepoi bahasa dan dingin terasa pabila menyentuh kulit. Haaaa... mata pun terasa berat. Sebenarnya nak cerita, kami ni tertidur semasa lepak-lepak depan Bell Tower. Hehehe. Mengantuk sangat. Apa taknya, turun flight saje, dah start ronda-ronda. Pastu makan spegeti pulak yang dibekalkan oleh Puan Mirda, memang mantap. Saya pun pasrah dan tidur saje. Tak boleh nak buat apa...
Binatang liar kat sini memang jinak lebih-lebih lagi yang jenis unggas. Ni tengah ngecek bekalan makanan kami. Ke sebab kami ada makanan??? Lupa nak ambik gambar spegeti, kalau tak mesti kamu, kamu dan kamu terliur sama.

Ni jubin-jubin sekitar Bell Tower. Penuh ngan signature budak-budak dengan nama sekolah. Agaknya diorang sponsor duit atau tenaga kot. Menarik!!

Gambar kenangan.

Dalam bas, di hadapan Swan River.

Keadaan dalam bas. Sangat selesa. Berbaloi-baloi sebab free. Hehehe.

Ngan skuter dan bangunan lama... On the way nak cari Masjid Perth. 




Masjid Perth terletak di Jalan William, No. 427-429. Jalan William ni ala-ala Petaling Street kat KL
sebab penuh dengan kedai-kedai orang Asia. Yang paling banyak Cina, kemudian Korea, Arab, dan lain-lain tu kira minoriti. Sebenarnya senang nak dapat makanan halal di Perth sebab banyak makanan Arab, Labenon dan Turki. Menurut tuan rumah, En. Kong asal usul orang Arab kat Australia bermula.....

Begini ceritanya....

Pada zaman dahulu, ketika mat saleh baru sampai ke Australia, mereka menghadapi masalah logistik untuk beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ye lah, Ausie ni terkenal dengan kepelbagaian rupa bentuk muka buminya. Kejab-kejab jek jumpa gurun. Jalan-jalan sikit lagi jumpa gurun, tanah gersang, panas, nak jalan kaki penatlah sangat, nak mintak tolong keldai, keldai pun tak mampu. Jadi mereka-mereka pun mengimport unta-unta dari Arab untuk tujuan logistik. Nak handle unta sendiri tak reti, jadi angkutlah sekali dengan tuan-tuan untanya sekali. Secara tak langsung, begitulah caranya agama Islam tersebar di sana.

Pintu hadapan masjid.


Beginilah rupanya belah dalam masjid.
Di hujung lorong itu, terletaknya tempat mengambil wudu' dan tandas.


Di atas pintu masjid... Kalimah Syahadah. Allahuakbar.
Yeah... alhamdulillah, jejak kaki kami di sini.
Alhamdulillah.... luasnya ajaran Islam melangkaui budaya, bahasa dan benua, sampai ke mana-mana pun kita akan berjumpa dengan saudara-saudara Islam kita. Inilah saksi yang Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W telah menjalaskan tugasnya dalam berdakwah, menyampaikan risalah yang benar dan diteruskan oleh para sahabat, tabiin, ulama'. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker