Showing posts with label I Want To Be A Mom. Show all posts
Showing posts with label I Want To Be A Mom. Show all posts

Wednesday, June 17, 2020

Temujanji Pertama Dengan Gyne

Temujanji pertama saya berlaku lebih kurang pada penghujung tahun 2010. Sebenarnya, selepas cerita saya dalam entri ke 2 “I Want To Be A Mom”, saya tak terus pergi jumpa doktor pun. Al-kisahnya, Pn. P saya kembali teratur pula. Saya punya serius memang ikut bulan. Hehehe.

Di hujung tahun 2010 tersebut, Pn. P saya missing in action lagi dan mulalah saya kekwat semula. Seingat saya, tahun 2010 paling kerap sekali Pn. P saya tenggelam – 3 kali rasanya dan macam setiap 4 bulan; dah ada patern disitu. Apabila dah sampai ke D40 dan PTK saya negatif, saya mengambil keputusan untuk pergi ke Poliklinik Az-Zahrah yang terletak dekat dengan rumah saya.

Doktor menasihati saya untuk mengambil ujian darah untuk memastikan saya mengandung atau tidak. Ini lebih tepat dari PTK. Saya pun bersetuju. Dalam masa 2-3 hari, keputusan pun keluar, memang betul saya tak mengandung tapi ada satu hormone yang lebih tinggi dari biasa. Saya tak ingat namanya (kalau saya ingat, saya aku semak semula keputusan ujian darah tersebut).
Doktor bertanya jika saya hendak dirujuk ke hospital. Ya, saya mahu. Setelah berbincang dengan Wari, saya memilih untuk ke hospital kerajaan memandangkan kos untuk rawatan agak tinggi di hospital swasta. Ujian darah saya sahaja sudah +-RM200 (kalau tak silap saya) tak masuk konsultansi.

Satu surat rujukan di buat dan saya diminta ke klinik kesihatan kerajaan untuk diperiksa. Keesokkan harinya, saya pergi ke Klinik Kesihatan Kajang di Jalan Semenyih, seperti prosedur biasa, saya dikehendaki mendaftar dan menunggu sebelum berjumpa doktor. Giliran saya tiba dan seorang doktor perempuan India yang melayan saya. Sekali lagi saya diberi surat rujukan untuk ke hospital dan saya memilih Hospital Kajang memandangkan ianya dekat dengan
rumah saya.

Hari yang sama, saya terus ke Hospital Kajang untuk pendaftaran dan seterusnya membuat temujanji. Saya telah di rujuk ke Infertility Klinik, yang berjiran (sebenarnya sama tempat) dengan Klinik Ibu Mengandung dan Klinik/Wad Bersalin. Saya teringat masatu, cuma saya seorang yang berperut kempis. Oh tak juga, ada juga wanita lain yang berperut kempis
tapi sudah berusia dari saya, rupanya ada Klinik untuk Menopause. Bayaran untuk pertama kali adalah percuma, murahkan? Berbaloi-baloi untuk servis specialist tapi kena tunggu lamalah.

Suasana sangat sibuk dengan ibu-ibu mengandung keluar masuk bilik pemeriksaan. Sementara menunggu giliran, saya hanya berbual-bual kosong dengan Wari. Ya, Wari sentiasa menemani saya.. Thanks Dear J Sebenarnya saya agak takut-takut, sebabtu saya memang berharap Wari dapat teman saya. Saya dipanggil jururawat bertugas yang agak berusia dan bermulut sarkastik yang beberapa kali highlight KES saya ni. Well, abaikanjelah.

Doktor yang merawat saya agak muda… saya tengok identiti kad, ada nombor IC disitu… muda setahun dari saya. Ish, takkan dah jadi specialist. Rupanya dia MO (Medical Officer) dan belum kahwin lagi (saya teka) sebab dia kurang ‘hubungan emosi’ dengan saya. Sebenarnya ada 4 orang specialist (Gyne) di situ. MO yang agak senior ialah Doktor Maheran memandangkan Doktor yang muda ni kerap bertanya dengan Doktor Maheran. Fail dibuka, sejarah saya ditanya. Ujian darah yang saya bawa dari ujian sebelum ini dibelek-belek. Saya dikehendaki untuk mengambil ujian darah lagi keesokkan harinya. Wari pun turut dipanggil. Rupanya Wari kena buat sperm count. Orang lelakini senang, ujian yang perlu dibuat hanyalah sperm count je, kalau ok, oklah. Tapi kalau perempuan… ini baru langkah pertama.

p/s: Fuh.. jauh lagi rupanya perjalanan.

1st Step… Jangan Terlalu Memikirkannya (I want to be a Mom)

Ini adalah langkah pertama saya

Saya mulakan dengan berkongsi cerita mengenai keinginan saya menjadi seorang ibu disini… banyak kali saya berfikir, wajarkah tindakan saya ini? Saya berfikir panjang kerana ‘Perjalanan-Untuk-Menjadi-Seorang-Ibu’ saya melibatkan pengalaman-pengalaman yang sangat personal, namun apabila memikirkan yang ianya tentu bagus untuk memberi panduan dan gambaran kepada mereka-mereka yang senasib dengan saya… apa salahnya. Yang penting, saya akan cuba sedaya upaya menapis cerita yang keluar agar sesuai dibaca oleh semua orang.

Ramai orang yang menasihati saya, jangan fikir sangat… kalau ada rezeki insyaAllah ada… betul.. saya setuju. Tapi sangat sukar untuk menghindar diri dari berfikir saban hari… ini adalah keinginan saya (dan suami saya). Saya tak bertujuan menbuktikan apa-apa seperti saya adalah wanita sempurna dan ideal, ia cuma keinginan dengan level ‘sangat ingin’.. itu sahaja.

Saya ingin mengurangkan berfikir tentang ini…. Kenapa? Ramai yang dah tau, stress boleh menyebabkan horman tak stabil (yang mana menjadi asbab saya masih tak hamil) tapi petikan dari satu websiteni memang menarik- linknya saya tak save pula:

“Stress is known to negatively impact the hypothalamus functions. The hypothalamus is a brain gland responsible in regulating your emotions and appetite. Hypothalamus also affects the hormones telling your body to release eggs. So if you are stressed out, the hormones won`t be normal in telling your body to finally release egg cells.”

Di rumah saya, sentiasa ada Pregnancy Test Kit (PTK), saya tak tahulah sama ada sayani ‘addicted’ untuk mengambil PTK. Saya tak tau. Tapi kalau kawan baik saya Pn. P terlewat walau satu hari saje, saya terus berangan yang Pn. P saya akan ‘missing in action for the next 9 months’. Melucukan.. tapi itu adalah harapan saya setiap bulan. Saya jadi tak sabar untuk mengambil PTK tetapi selalunya hasilnya menyedihkan.

Itu tidak begitu menyedihkan, sebab saya selalu berharap ujian itu terlalu awal dibuat dan menyebabkan hanya satu jalur sahaja yang muncul – atau apa yang dikatakan orang ‘false negative result’.

Yang begitu menyedihkan saya apabila Pn. P benar-benar menunjukkan diri beberapa jam atau keesokan harinya (selalunya).. dan saya tahu PTK saya is absolutely negative.

Dah ramai orang manasihati saya… orang-orang yang menasihati saya pun ada pengalaman sukar untuk mendapatkan anak.. selalunya bila kita tak fikir, tiba-tiba aje rezeki tu datang.. tup tap.. mengandung.

Jadi, mulai saat saya menulis ini, saya akan (pura-pura) buat tak tahu saje.. saya tak nak beli PTK dan buat stok dalam laci di rumah. Saya tak mahu stress yang tidah diperlukan.

p/s; 2 langkah pertama yang saya ambil– kongsi cerita & tiada PTK

Retroverted Uterus – Saya Masih Boleh Menjadi Ibu

Saya mula bertemu doktor pada tahun 2010 setelah 2 tahun perkahwinan kami. Tahun pertama kami hidup berjauhan iaitu Selangor-Pasir Gudang, jadi mungkin kerana itu saya pun tak kisah kalau lambat sedikit mendapatkan zuriat.
Selepas setahun duduk berasingan, saya dapat tawaran kerja di Kajang, pucuk di cita ulam mendatang. Tak berfikir panjang saya terus menerima tawaran tersebut, lagipun office baru hanya 5 minit dari rumah yang kami baru beli masatu cuma masih lagi dalam pembinaan.
Saya dan Wari ada berbincang yang jika setahun kami duduk bersama, masih lagi tiada rezeki, kami akan berjumpa doktor. Nampaknya itulah yang terjadi…
Saya mula mencari klinik-klinik gynekologi yang ada berhampiran rumah.. bukan apa, senang nak pergi… adalah 2 klinik di Bangi iaitu Az-Zahrah Islamic Medical Centre dan An-Nur Specialist Hospital. Mula-mula saya terfikir yang saya nak mendapatkan rawatan di klinik-klinik swastani sebab senang nak uruskan masa. Paham-pahamlah nature kerja saya yang sangat sibuk. Saya mula berhubung untuk temujanji. Rupa-rupanya urusniaga specialist pun sama macam waktu pejabat, maknanya saya kena ambil cuti. Sebab kedua.. doktor-doktor specialist ni memang perempuan, nanti kurang sikit malu sebab dah pasti saya akan diperiksa luar dan dalam. Apabila appointment dah tak jadi saya pun diam ajelah.
Kebetulan ada satu bulan, Pn. P saya tak kunjung tiba… rasanya dah masuk D45 (hari ke-45), PTK saya pun negatif. Saya pergi ke Klinik Aziani di Bandar Tun Hussin Onn untuk buat scan sebab saya dah tak sabar sangat nak tau saya ni mengandung ke tak. Saya ingat lagi, masatu waktu malam sebab lepas habis kerja.. sebenarnya Dr. Aziani tu kakak ipar saya, saya panggil Kak Long ajelah kat sini.. Wari selalu ‘recommend’ jumpa dia kerana Kak Long pun dah selalu ‘attend’ pesakit yang nak dapatkan anak. Tapi saya rasa malu pula kalau orang yang saya kenal ‘bega-bega’ saya.. hehe.. saya tak taulah orang lain macam mana…
Ultrasound menunjukkan saya memang tak mengandung.. takpelah. Tapi Kak Long cakap rahim saya terbalik.. haa.. apatu? Istilahnya ‘retroverted uterus’. Kalau masa dulu, ada pendapat yang mengatakan rahim jenis ni susah nak dapatkan anak tapi dah terbukti penyataa ni salah pada zaman sekarang. Saya jadi senang hati semula bila Kak Long terangkan macamtu. Kak Long beri ubat untuk seru Pn. P saya.

Selalu ke Pn. P saya ni merajuk? Kak Long tanya. Saya kata sejak saya kahwin. Sebenarnya tambah lagi dengan masalah jerawat dan emosi tak stabil. Cuma yang bagusnya Pn. P saya cuma merajuk sebulan sahaja dan ia akan kembali semula pada saya selepas itu. Kalau berbulan-bulan merajuk lagilah saya susah hati agaknya. Secara kasarnya macam hormon tak stabil tapi pastikah?
Tapi kenapa selepas saya kahwin barulah saya nak alami semuani? Mungkin sebab lepas kahwin, asyik stress pasal kerja, pasal duduk jauh, pasal nak anak, pasal apa-apalah…. Tapi sumber stress utama saya mestilah pasal kerja. Bermula dari situ, saya dah pasang niat nak cari kerja lain.
Syukurlah, zaman sekarang info. di hujung cari… balik rumah saya terus mencari info-info berkaitan. Namun saki-baki susah hati apabila mengetahui tentang bentuk uterus saya masih ada dan melarut-larut ke mungkinkah saya ada kancer pangkal rahim? tiub follopio tersumbat? dan apa-apa sahajalah yang berkaitan dan menakutkan. Nauzibillah. Saya terus bulatkan nekad untuk jumpa specialist dalam masa terdekat.
p/s: Ini cerita hampir 2 tahun dahulu.. kejab je masa berlalu.

Thursday, September 25, 2014

DIET PCOS : Diet Rendah Glycaemic (GI)

Di petik dari Mingguan Malaysia, Pancasihat, 21 September 2014.


Turunkan berat badan, itulah nasihat yang paling sering diterima oleh penghidap PCOS terutama mereka yang memerlukan zuriat.

Namun, tidak ramai tahu susah-payah seorang penghidap PCOS menurunkan berat badan walaupun mengurangkan makan seperti orang lain kerana gangguan hormon di dalam badannya membuatkan kebanyakkan pesakit PCOS mengalami penentangan terhadap hormon insulin (insulin resistance).

Insulin ialah sejenis hormon di dalam badan kita yang berfungsi untuk membolehkan sel-sel menyerap gula daripada darah untuk kegunaan sel tersebut.

Pesakit PCOS selalunya mengalami "insulin resistance" yang menyebabkan sel-sel di dalam badannya tidak bertindak balas dengan baik dengan hormon insulin lalu mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan hormon testosteron turut meningkat.

Ketidakseimbangan hormon-hormon tersebut akan memberi kesan buruk kepada ovulasi iaitu folikel-folikel di dalam ovari wanita tidak membesar dan matang dan mengakibatkan pesakit PCOS sukar hamil.

Selain itu, hormon insulin yang tinggi boleh meninggikan risiko untuk keguguran berlaku dalam kalangan pesakit PCOS. Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras hormon insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.

Diet rendah lemak dan tinggi karbohidrat boleh menyebabkan paras insulin semakin meningkat, maka diet ideal bagi penghidap PCOS menurut Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan dari Pusat Kesuburan Kuala Lumpur ialah diet rendah indeks glycaemic (GI).

Menurutnya makanan yang mempunyai GI rendah akan dihadam dan diserap dengan kadar lebih perlahan berbanding GI tinggi.

Oleh itu, paras gula dah hormon insulin akan naik perlahan-lahan.

Kajian membuktikan yang diet rendah GI berupaya mengawal paras gula dan kolestrol bagi kalangan pesakit yang menghidap kencing manis dan berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan serta pesakit merasa kenyang lebih lama.

Selain itu, ia boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawat masalah rintangan insulin (insulin resistance).

Salah satu cara ialah dengan melebihkan pemakanan GI rendah  dan sederhana ataupun mengkombinasikan makanan rendah GI dan tinggi GI.

Contoh makanan yang mempunya GI rendah ialah muesli yang tidak bergula, roti pitta, buah epal, pear, plum, oren, makaroni, pasta, brokoli, lobak merah dan kekacang.

Memakan lima kali sehari dan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap juga bagus bagi memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti 'yo-yo' tetapi stabil sepanjang hari selain mengelakkan kita kelaparan.

Satu kajian juga menunjukkan pesakit PCOS yang memakan sarapan pagi yang besar diikuti dengan kuantiti yang semakin berkurangan untuk waktu makan yang seterusnya terutamanya waktu makan malam dapat mengawal paras insulin dalam darah mereka dengan lebih berkesan.

Di samping itu, pesakit PCOS digalakkan mengambil makanan berserat tinggi, makanan organik dan pengambilan makanan tambahan seperti mutivitamin dan minyak ikan Omega 3.  

Dilema si wanita PCOS

Hmm... lamanya saya tak cerita perjalanan TTC saya kan... bukan sebab tak ada cerita tapi cerita dan prosesnya sama je kan.. kalau saya cerita juga, dah macam Astro.. asik ulang-ulang. Tapi untuk update dan catatan diri sendiri, saya baru je buat IUI kali 2 di HKL (tapi yg ke 4 dalam hidup saya). Result negative... it is ok. Belum rezeki lagi, dan jangan putus asa. Saya memang tak suka nak FOKUS cerita perasaan frust tu, sebab tujuan saya share cerita TTC kat sini adalah untuk berkongsi pengalaman... mana tau boleh membantu dan memberi inspirasi kapada wanita TTC di luar sana.. jangan sesekali berasa kecewa dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada kita. So insyaAllah memang tak kan ada cerita pengalaman diperli, sentap dan seangkatan dengannya. Kalau ada... sila tegur saya. Hihi.

Nak berkongsi ilmu pun, saya bukan ahlinya... tapi kalau ada info yang saya rasa menarik dan berguna... saya akan kongsikan di sini untuk dipanjang-panjangkan lagi. Sebenarnya inilah tujuan saya untuk entry ni. 21 September yang lalu, ada artikel mengenai dilema wanita PCOS di Mingguan Malaysia, selitan di Pancasihat yang di kongsi oleh Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur. Saya rasa info. yang diberikan sangat detail dan ada juga ilmu baru yang saya dapat pelajari iaitu... Diet Rendah Indeks Glycaemic (GI). Kena buka topik khas untuk diet rendah GI ni sebab saya pun masih tak familiar.

Keratan akhbar 21 September 2014
   
4 info wanita PCOS... tapi saya tahu 2 je sebelum ni.

  • Saya tahu pesakit PCOS mempunyai hormon lelaki yang tinggi dan cenderung untuk tumbuh bulu pada badan seperti lelaki.
  • Saya tahu DIET perlu disertakan dengan senaman bagi pesakit PCOS melawan kegemukan.

  • Tapi saya TAK tahu yang rambut gugur merupakan antara simptom PCOS
  • dan saya TAK tahu yang wanita PCOS yang mengandung perlu sentiasa menjaga makanan dan bertemu doktor kerana kemungkinan keguguran tinggi.
 So masa baca tu... mulut saya pun berkata "ooo.. ok, patutla rambut banyak gugur.."

Sebagai ulangkaji... (hehe..), tanda klasik wanita PCOS adalah period yang tak teratur, tumbuhnya bulu-bulu di badan seperti lelaki dan ovari polisistik. Individu mungkin tak mengalami semua simptom ni, mungkin hanya satu atau dua saje simpton yang terdapat pada diri anda. Anda lebih tahu yang mana satu.

Rupa-rupanya PCOS ni ada nama lain juga. Dikenali juga sebagai sindrom Stein-Levanthal, penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, yang mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan pesakit. 

Perenggan seterusnya... saya copy paste sahaja...


Selain mengganggu masalah kesuburan, PCOS juga boleh menjadi sebab pelbagai masalah kesihatan lain yang serius seperti obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolestrol. Kira-kira 10%-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis, terutama kepada sesiapa yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

Dalam keaadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi dan malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

Dianggarkan 5%-10% wanita berada dalam umur reproduktif mengalami PCOS. PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya dari menjadi lebih parah serta rawatan untuk mereka yang mahu hamil.

Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
 

Monday, November 11, 2013

Prosedur IUI di HKL + cara inject hormon.



Assalamualaikum...
Gambar di atas saya ambil dari pamphlet di Infertility Clinic, HKL. Memang ada perbezaan di antara Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur, dari segi ubat dan prosedurnya. Secara general, anda boleh refer kepada maklumat yang diberikan di atas. Saya cuma akan tambah beberapa perkara yang tak disebutkan.

1) Di HKL, TVS pertama akan dilakukan pada hari ke 2 menstrual. Memang agak tak selesa, sebab masa tu tengah heavy flow. Sediakan pad lebih kalau anda nak tukar selepas TVS. Buang air kecil sebelum TVS di lakukan. Di HKL, TVS start pukul 730 pagi sampai 830 sahaja. So pandai-pandai arrange waktu.

2) Doktor akan beri preskripsi ubat hormon yang akan disuntik bermula pada hari ke 2 juga. Selalunya diambil setiap hari, quantiti berbeza mengikut individu. Ubatni perlu penjagaan yang rapi kerana perlu disimpan dalam keadaan sejuk, bawah 20 darjah celcius. Jadi selalunya, nurse dah pesan untuk bawa "bekas tahan sejuk" mcm brand Coleman dan DI ISI AIS. Kenapa huruf besar? Sebab orang selalu lupa nak bawa ais, terpaksa pula cari ais kat medan selera berdekatan. Lagipun kadang-kadang untuk yang 1st timer, memang tak tahu apa-apa. Selalu bawa bekas kosong. Jadi saya nak ingatkan kat sini...

3) Bab inject-menginject ubat. Haritu saya ada janji nak ajar cam mana nak inject kan.. tapi sorry sesangat, saya lupa nak ambil gambar. Bukanlah tak boleh cerita, tapi takut susah nak paham kalau takde gambar. Kalau dah selalu buat, memang takde masalah. Tapi bagi yang pertama kali nak inject diri sendiri, mesti berdebar-debarkan.

Selalunya hospital akan bekalkan ubat-ubatan dan accessorinya sekali macam jarum, syringe, kapas berstrile... simpan baik-baik. 
Ni bekalan untuk 6 hari, bekalan untuk selepas itu, kena ambil di hospital semasa 2nd TVS.
Saya citer secara general, macam mana nak buat. Jangan risau, nurse akan tunjukkan cara, tapi sekali jek sebab tak kan nak cucuk kita 2 3 kali pulak kan.

  1. Ubat yang di bekalkan ada 2 botol. Satu cecair, satu lagi serbuk. Ubatnya actually yang serbuk, cecair tu digunakan untuk larutkan ubat. Mula-mula, buka penutup botol, tekan dah patahkan kat bahagian bertanda dengan warna.
  2. Guna jarum yang panjang (warna biru) - siap dipasang pada syringe untuk sedut air dan transfer ke botol serbuk. Ubat akan cepat larut. Kemudian sedut larutan ubat ke dalan syringe. (Double handling kalau QS punya terms)
  3. Tukar jarum panjang dengan jarum pendek (warna coklat).
  4. Buang buih-buih udara dengan menjentik hujung syringe.
  5. Tekan syringe sehingga ubat terpancut sedikit. Ini untuk memastikan tiada udara di hujung jarum.
  6. Ubat ini hendaklah dicucuk di bahagian lemak di perut. Cara nak mencari tempat yang sesuai ialah dengan anggaran 2 jari di sebelah pusat, kanan atau kiri selepas 2 jari ini.
  7. Basahkan/strile bahagian yang hendak dicucuk. Picit/cubit besar bahagian perut yang hendak dicucuk. Cucuk jarum ke perut dalam keadaan menegak 90 darjah permukaan perut. Sedut sedikit, jika ada darah, tukar ke bahagian lain. Jika tiada darah, picit syringe perlahan-lahan untuk keluarkan ubat ke dalam lemak perut tadi.
  8. Ikut pengalaman saya, kalau time cucuk tu sakit, selalunya kat situ ada darah. So tukar tempat ye. Cucuk jarum perlahan-lahan... memang tak sakit langsung. Kena cubit lagi sakit. Sakitnya datang bila kita picit syringe tuh, masa ubat masuk dalam perut. Ada rasa sakit sikit.
  9. Pastu, sapu strile kat tempat kena cucuk tu. Dah siap... simple kan? huhu.
  10. Selalunya injection di ambil di waktu pagi, pada masa yang sama setiap hari. Saya ambil dalam kul 730-800 pagi sebelum pergi kerja.
  11. Pastikan anda menjaga kebersihan. Cuci tangan sebelum dan selepas. Tempat untuk anda menjalankan suntikan pun, pastikan bersih.
  12. Buang alatan yang digunakan. Jangan simpan jarum atau syringe yang sudah digunakan.    
4) Datang temujanji TVS yang ke 2. Maybe hari ke 8 atau ke 10, seperti mana yang doktor arahkan. Doktor akan tengok pembesaran telur. Seperti yang saya pernah cerita dlm folicular tracking di Hospital Kajang. Doktor akan tambah stok ubat injection. Dan injectlah setiap hari lagi.

5) TVS hari ke 14... dalam kes saya, saiz telur telah melebihi 20mm. Jadi malamnya dalam pukul 10.00 mlm saya kena ambil suntikan pubergen. Kalau di Hospital Kajang, saya kena ambil di wad bersalin. Di HKL, saya kena cari sendiri. Saya buat di DEMC, bayaran dalam RM35 satu suntikan. Pubergen untuk apa? Saya pernah cerita dahulu, pubergen untuk tetaskan telur 36 jam selepas suntikan. In sya Allah. Tak boleh suntik sendiri, sebab pubergen kena di suntik di bahagian otot.

6) Bersedia untuk IUI lusanya. HKL tak bagi MC pun, setakat time-off separuh hari. Pandai-pandailah awak suma nak amik cuti awal. Saya recommend ambillah cuti, jangan rushing-rushing. Lagipun nak kena mandi wajib kan selepas IUI itu.  

7) Semasa IUI, mungkin ada rasa sakit sakit, atau tak sakit langsung. Selepas IUI, anda akan berehat dalam 1/2jam sebelum boleh bangun dan beredar. Sabar banyak-banyak.. banyakkan berdoa.. tenangkan diri. Pastu tak yah gi keja... lepak jek kat umah jadi mem besar. Hihihi. Tp doktor tak kisah pun kalau awak nak kerja, takde effect pun katanya. So terpulanglah...

8) IUI ke 3 saya tak berjaya... saya tengah peod ni. Nampaknya, rezeki anak belum tiba lagi. Takpe... doa banyak-banyak. Kita bawa ke tahun hadapan pula harapan ini. In sya Allah.



Wednesday, October 23, 2013

IUI Kali Ke 3

Kali ni lain sikit, selalunya saya buat entri yang sudah terjadi... tp kali ni, insyaAllah rancangan yang bakal terjadi. Ye.. ceritanya esok saya akan lakukan IUI yang ke 3.. kalau yang tak tau, kali ni saya buat di HKL, bukan di Hospital Kajang lagi.

Sebab utama saya bagitau sebelum buat, sebabnya tak lain dan tak bukan.. saya nak mohon saudara-saudari pembaca blog saya yang tentunya baik hati, agar dapatkan doakan saya. Moga lebih ramai yang doakan, lebih cepatlah makbul. Kalau sesiapa yang baca kemudian, pun harap tolong doakan.

Itu ajelah yang saya nak kongsikan buat masa ni. Sebenarnya, ada 3 entri yang saya nak kongsikan kepada anda. 1) Dilema Semalam. 2) Cara Suntik Diri Sendiri. 3) Operate Buang Cyst

1) Dilema Semalam just luahan hati saya bila banyak sangat benda nak kena buat dalam masa yang sama. Basically antara IUI-Kerja-Study. Semuanya penting sampai saya tak tahu nak pilih mana satu. Memang berkobar-kobar nak tulis kat sini, tp saya tahan diri saya sbb confirm jadi emotional. Paham-pahamlah kalau jiwa kacau, nanti ayat yang kuar semuanya macam nak mintak kesihan, mintak paham dari kalangan pembaca sekalian di mana dah larilah dari objektive saya kenapa nk share cerita atau usaha untuk mendapatkan anak. But, Alhamdulillah, at the end of the day, semuanya saya dapat. Cuma confirm klas hari Khamis ni terpaksa dikorbankan.

2) Cara suntik diri sendiri.. just nak share knowledge dan experience macam mana nak suntik ubat kat perut bagi first timer yang baru nak wat IUI/IVF.. actually, ni pengalaman baru juga buat saya, so bila dah bape belas kali buat, macam dah tau plak tips supaya masa inject tu tak berapa sakit.

3) Operate buang cyst.. sebenarnya, 24 September haritu, saya baru menjalani operation membuang cyst di bahagian.... kira luaranlah, bukan dalam badan. miahaha... yg ni just cam nak promote awareness kat diri wanita-wanita di luar sana tuh, kalau ada rasa lain macam jek kat badan, cepat-cepatlah gi klinik untuk check.

Ok, tu jek lah... kalau diberi kelapangan insyaAllah, saya akan tulis pasal 3 benda ni. InsyaAllah.

Apapun terima kasih kepada insan-insan yang sudi mendoakan utk saya & wari. Hanya Allah yang boleh membalas jasa anda..

Dari Abu Ad-Darda R.A. dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)

Sesungguhnya mendoakan sesama muslim tanpa pengetahuannya termasuk dari sunnah hasanah yang diamalkan turun-temurun oleh para Nabi alaihissalam dan juga orang-orang soleh. Dan ini menjadi sebab tersebarnya kasih sayang dan kecintaan antara kaum muslimin. Moga kita pun begitu jua. Wallahua'alam.



Thursday, May 23, 2013

Temujanji Seterusnya...

Bukan cerita temujanji dengan kekasih hati... tapi temujanji dengan doktor.

Kelmarin, Hospital Kajang dah telefon, kata surat rujukan untuk dibawa ke HKL dah ada, tarikh appointment pun dah ada... Memang saya tak jangka, saya ingatkan tahun depan jek baru nak sambung balik rawatan.

Kisahnya... saya rasa nak berehat sekejab dari berulang alik gi hospital selepas IUI terakhir haritu. Sebabnya, takdelah spesifik, cuma rasa nak hold dan 'bertenang-tenang' saje. Jadi saya pun diam dan buat don't know jek bila HKj pun diam, takde lah follow-up bagai.

Semalam, Waripun dah tolong collect surat, dah confirm appointment 2 Julai 2013.

Dan saya pun perasan tentang diri sayani, bila dah start ada appointment, saya selalu terfikir pasal baby, period dan apa-apa yang seangkatan dengannya termasuklah berangan-angan saya dah pregnant semasa temujanji tu... saya selalu bayangkan apabila saya jumpa doktor, saya beritahu urine test positive dan dah terlewat period beberapa minggu. Dan doktor dengan sukacita akan scan perut saya sahaja.

No more TVS!!!!

Kalau boleh, dah tak nak 2nd HSG!!!

Sabarkan hatiku Ya Tuhan...

Tuesday, March 5, 2013

IUI - Intrauterine Insemination


Salam bertemu kembali dalam sesi luahan perasaan kat “I Want to Be A Mom”..

Lama tak bercerita jadi saya nak terus pendekkan… Lepas buat X-ray rahim (HSG) yang saya ceritakan, tibalah masanya untuk saya mencuba kaedah IUI - Intrauterine Insemination ataupun disebut pemanian berhadas.

Banyaklah liku-liku hidup yang kena dihadapi sehinggalah akhirnya pada bulan December 2012, barulah saya dapat menjalani IUI. Kalau tak, plan asal bulan April 2012. Persedian untuk IUI seperti biasa, clomid untuk D2-D6 ketika menstrual diikuti TVS pada hari D10, D12, D14 seperti yang dinasihat doktor. Jadi, kita cuma datang dan ukur pembesaran telur. Kalau saiznya ok i.e. 20mm dia. ke atas barulah proceed untuk IUI.

Oh ya… just nak berkongsi hukum sedikit kalau ada yang tak tau… kalau TVS tak perlu mandi wajib ye… selepas proses IUI WAJIB mandi hadas besar.

36 jam sebelum procedure IUI, iaitu 2 hari sebelum IUI pada waktu malam lebih kurang pukul 10.00, kena ambil suntikan pubergen 10000ml. Ubat ni untuk menetaskan telur dalam 36 jam seterusnya i.e. pada waktu IUI dilakukan. Di Hospital Kajang, selalunya waktu petang selepas buat TVS, doktor akan terus suruh saya amik pubergen di farmasi dan hantar terus ke wad bersalin. Jadi saya terus ke wad bersalin malamnya untuk disuntik. Ada yang saya baca di blog lain, kena inject sendiri. So terpulanglah sama ada pergi ke klinik dan minta tolong doktor suntikkan (bayaran dlm RM15) atau kalau berani inject sendiri.

Sehari selepas injection, saya mula rasa sengal-sengal di kaki, pinggang dan rahim saya terasa sakit… apabila balik kerja, sakitnya semakin teruk dan saya terus demam. Badan saya memang tak larat dan mulalah rasa risau sebab esoknya IUI akan dilakukan. Macam mana kalau saya masih tak sihat. Doa sahaja yang dapat saya panjatkan agar semuanya ok esok paginya.

So.. harinya ialah 5 December 2012… Bangun sahaja pagi, badan saya terasa ringan. Alhamdulillah, saya dah sihat. IUI pertama buat diri saya. 8.30 pagi kami dah ada di hospital… procedure dimulakan dengan mengambil semen suami untuk di proses, dibersihkan dan dipilih yang berkualiti sahaja. Proses ini ambil masa dalam satu jam lebih. Lepas tu TVS untuk lihat telur saya, Alhamdulillah dah ada tanda-tanda telur menetas. Tup tap tup tap dalam pukul 12, baru ready untuk IUI. Proses IUI ni tak lama, dalam 15 minit dah siap dan kena baring setengah jam selepas itu. Dapat MC 3 hari untuk berehat. Pada saya tak sakit, tapi selepas itu ketika berjalan baru terasa pedih dan ada sedikit bleeding.

IUI pertama tak berjaya… Cik P mendatangi saya 3 minggu selepas itu. Dan doktor rancang untuk buat IUI kali ke 2, February 2013. Berdasarkan pengalaman kali pertama, saya merancang untuk mengambil cuti sehari sebelum IUI memandangkan kesan pubergen ke atas diri saya. Tapi kekangan kerja membantutkan hasrat saya. Alhamdulillah, kali ni saya tak kena pun kesan sampingan pubergen tu.

6 February 2013, IUI kali ke 2. Procedure yang sama cuma kali ni agak menyakitkan. Oho… ok! Saya ingatkan sama sahaja dengan yang mula-mula. Dan ada bleeding ketika IUI… rupanya normal. Namun hasrat kami suami isteri masih tak kesampaian. Ketika saya menulis ni, Cik P dah pun menjadi teman saya. Takpelah, belum rezeki kami. Sedih memang sedih, tapi kenalah reda dengan ujian dari Allah.

Wednesday, November 21, 2012

HSG - Kaedah X-ray Rahim

Sambung semula kisah dalam I Want To Be A Mom....

3 bulan selepas cubaan kali ke 2 menggunakan clomid... belum ada tanda-tanda saya menjadi bakal ibu. Saya sekali lagi dibekalkan dengan clomid. Kalau tak salah, saya mencuba sehingga 5 kali kitaran haid dalam jarak masa yang tertentu. Masih belum ada apa-apa hasil.

Doktor meminta saya melakukan HSG - Hysterosalpingography iaitu x-ray rahim. Tujuannya untuk melihat keadaan uterus dan tiub follopio samaada berada dalam keadaan baik, abnormal atau tersumbat yang mana boleh menghalang persenyawaan dari berlaku.

Saya diterangkan procedure dan langkah berjaga-jaga jika berlaku masalah (alergik dengan dye) yang mana sangat jarang berlaku. Oleh kerana Hospital Kajang tidak mempunyai fasiliti untuk melakukan HSG, saya dirujuk ke Hospital Serdang. Namun seperti biasa, kenalah tunggu turn dan tak tahulah bila nama saya akan naik.

HSG pula perlu dilakukan terbaiknya sebelum hari ke 12 dalam kitaran haid. Jadi nak dapat appointment yang ngam dengan masa kita memang susah. Tak payah pening-pening, banyak hospital swasta yang boleh melakukan HSG. Saya survey beberapa hospital seperti KPJ Kajang - ada tapi doktor lelaki. Hospital Az-zahrah dan An-nur - tiada. Tak taulah kalau sekarang dah ada. dan beberapa lagi yang saya tak ingat namanya.

Akhirnya, saya memilih Hospital Tawakkal kerana ada doktor wanita dan harga yang paling murah. Maaf, memang saya tak ingat harganya tapi itulah hospital swasta yang paling murah untuk servis tersebut.

Pada hari yang ditetapkan, tentulah selepas membuat temujanji terlebih dahulu, saya berjumpa doktor. Seperti x-ray biasa, saya kena menyalin baju dan baring di tempat yang disediakan. Dye akan diinject ke bahagian dalaman wanita. Dye sebenarnya berwarna jernih tetapi apabila  x-ray, kita akan nampak cecair ni berwarna putih yang akan mengisi uterus dan tiub follopio. Jadi doktor boleh kesan sebarang keganjilan pada bentuk uterus ataupun tiub follopio yang tersumbat. Semasa saya membuat HSG, adalah rasa sakit yang boleh ditahan dan pendarahan. Itu normal, janganlah takut. Nak jadi ibu kenalah beranikan.

Dalam setengah jam, HSG pun selesai. Saya pun dapat keputusan. Rahim ok. Tiub follopio belah kiri ok, belah kanan tersumbat sikit. Oh.. sedihnya... tapi alhamdulillah, untuk mengandung 1 tiub follopio sahaja dah mencukupi. Jadi saya kuatkan semangat dan memotivasi diri dengan cerita kawan saya bernama May (x-misi office) yang ada cuma sebelah tiub follopio dan mendapat anak kembar.

Lagipun dye boleh mencuci dan mengeluarkan kotoran di dalam uterus dan tiub. Manalah tau time saya tulis ni dah tak tersumbat lagi ke kan.... manalah kita tau. Semuanya Allah punya kuasa. 

Oklah, nanti saya sambung lagi. Jangan risau-risau.... insyaAllah ada jalan.



Friday, August 3, 2012

Clomid Untuk PCOS

Apatu Clomid? Tunggu dulu.. kejab lagi cerita.


Selepas pertemuan dengan doktor, saya dibekalkan ubat clomid. Clomid adalah salah satu ubat subur yang biasa untuk sesiapa yang mengidap PCOS. Walaupun ubat ni saya kata biasa, tapi pengambilan kenalah dibawah pengawasan doktor. Kalau suka-suka makan dan kerap ada side effects, macam kanser. Ini yang doktor terangkan pada saya bila saya tanya tak boleh bagi lagi ke? At least dalam setahun cuma 6 cycles je boleh ambil clomid (Tak pasti sangat berapa cycle, sebab ni soklan dah lama. hehe. Kena tanya doktor anda)

Dalam masa yang saya, saya diberi satu carta (follucular tracking). Carta ni untuk melihat kesan dari pengambilan clomid samaada berhasil untuk mengeluarkan telur atau tak. Cycle pertama saya dibekalkan dengan 50g Clomid dimakan selama seminggu, bermula hari kedua period.

Hari ke 12 saya dikehendaki pergi ke hospital untuk TVS - trans-vaginal scan (untrasound). Nampaknya dos ini tidak memberi kesan. Saya dibekalkan lagi dengan Clomid 100g untuk cycle seterusnya. Alhamdulillah, pada hari ke 10, ada sebiji telur yang terbentuk di ovari kiri saya. Saya dikehendaki ke hospital untuk hari ke 12, 15 dan 18. Saiz telur telah membesar ke 2.1cm pada hari ke 15 yang bermakna bagus. Dah ini masa yang sesuai untuk hubungan suami isteri. Pada hari yang ke 18, telur tu masih 2.1cm.. hmm.. doktor yang scan kata tak pecah telur awakni. Saya pun paham sendirilah, kurang berjaya agaknya.

Apa guna carta yang saya cerita tadi, kat situlah aktiviti "tumbesaran" telur saya di catat.. bermula dari makan pil sampailah ke hari yang saya dikehendaki untuk membuat ultrasound. Hari ke 10, saiznya besar mana, hari ke 15 besar mana.... bla bla. Lebih kurang macam buat ujian lab masa sekolah dulu.

Doktor bekalkan lagi saya dengan 100g clomid untuk cycle seterusnya. Kali ni doktor tak setkan pun temujanji untuk ultrasound. Dia cuma kata dos yang diberini sesuai untuk saya, dan lihatlah hasilnya nanti insyaAllah kalau ada rezeki. Doktor yang attend saya tu bertukar-tukar, datang hari ni orangnya lain, hari lusa doktor lain pula. Maklumlah buat ultrasound je jadi kekadang termasuk dengan slot ibu mengandung yang datang scan 7, 8 bulan usia kandungan. Saya cuma kenal Doktor Maheran jek kalau kena turn dia :)    

Hasilnya... saya masih belum mengandung lagi... takde rezeki lagi. Tak dinafikan bila makan ubat tu, tinggi juga harapan saya sebab peratus orang yang mengandung dengan makan ubat clomid tinggi juga. Semuanya ketentuan Allah.. yang penting kita berusaha. Saya tau, Allah dah rancangkan yang terbaik untuk saya cuma ilmu kita sebagai manusia amat terbatas untuk mengetahui hikmah-hikmah yang terselindung.

Temujanji saya selepas itu adalah 3 bulan seterusnya. Apa lagi pula ya selepas itu?

Thursday, June 7, 2012

PCOS.. That is What Doc Called.

Ya Allah ya Tuhanku... seronoknya bile tender tak jadi hantar... haha.. apalagi saya terus mengorak langkah untuk update blog... kebetulan... bile tengok schedule... minggu depan pun cam free sket.. alhamdulillah....

Sebenarnya banyak sangat yang saya nak update lebih-lebih lagi cerita dalam "I Want to Be a Mom". Kalau kawan-kawan ingat, saya pernah cerita pasal temujanji pertama saya dengan doktor pakar di entry no 2. (kliklah kat atas tu kalau nak cari). Ni pulak cerita seterusnya... Temujanji kedua saya masih bersama Wari, macam biasa selepas pendaftaran (saya kena bayar RM5 kali ni), kami menunggu giliran sambil menonton tv cerita senetron dari Indonesia.

Waktu giliran saya, doktor pun meneliti ujian darah saya.. tak tahulah apa isi kandungannya sebab pesakit tak boleh tengok. Stabil ke tidak? Teringin juga nak tau. Ujian darah untuk infertility study yang pertama saya buat memang menunjukkan hormon tak stabil. Kalau anda ingat, saya ada terlupa nama hormon yang terlebih sangat kat saya dan janji nak bagi tahu (dalam entry no. 2)... saya dah cari.. rupanya prolaktin. Hormon yang terkurang pula progestron.

Doktor suruh saya menyalin kain untuk membuat ujian imbasan - vaginal untrasound (masuk dari bawah). Sebelumtu saya dah buat ultrasound yang normal (scan kat perut) tapi carani susah nak nampak apa yang ada kat dalam. Rule of thumb, kalau puan-puan sekalian nak buat ultrasound yang kat perut, minum air banyak-banyak. Kalau nak buat vaginal ultrasound pula, kena kencing dulu sebab kalau pundi kencing penuh, susah nak tengok ovari. Kalau scan kat perut pula, pundi kencing penuh baru senang nak tengok ovari.

Oh ya, kalini Doktor Maheran yang buat imbasantu. Hasilnya, kat ovari saya penuh dengan cyst-cyst kecil dikedua-dua belah kilang. Cyst kecil ni macam belon-belon udara. Ianya bukan cyst yang merbahaya atau ketumbuhan yang perlu dibuang. Macam saya kata tadi cuma belon-belon udara. Tapi saya masih risau. Oh ya.. Wari tunggu diluar sebab memang suami tak boleh temankan isteri buat pemeriksaan.

Doktor kata, belon-belon tu sebenarnya adalah telur-telur yang tak matang. Dalam kes saya (mengikut kefahaman saya), telur saya tak matang ke saiz yang sepatutnya, jadi telur tu tak menetas dan keluar ke tiub follopio. Cuba tengok gambar kat atas antara normal ovari dengan policistik ovari kalau nak buat perbandingan. Subhanallah... inilah kuasa Allah yang kita tak boleh nak lawan... saya anggap saya insan terpilih untuk melalui ujian ini. Dan saya tau ujian yang saya lalui ini adalah mengikut kemampuan diri saya.. Insyallah.. saya akan bersabar.

Doktor kelaskan keadaan saya sebagai PCOS. Tanda-tanda yang kebiasaannya kita boleh lihat seperti :
- Cik P yang tak teratur
- Selalunya orang yang PCOS terlebih hormon androgen (yang terdapat pada lelaki) jadi ada bulu-bulu berlebihan yang tumbuh (seperti misai atau janggut)
- Jerawat
- Masalah berat badan
- Masalah kesuburan
- Pre-diabetes / diabetes

Walaupun tak semestinya orang yang menghidap PCOS mempunyai kesemua tanda-tanda di atas, ianya boleh disahkan dengan hasil ujian darah dan ultrasound. Macam saya ni :) Berhati-hati ye PCOSian semua, risiko anda untuk mendapat kecing manis amat tinggi, jadi jagalah kesihatan dari sekarang.

Macam mana pula rawatannya? Rawatannya... terpulang pada diri kita.. apa yang kita nak? Macam saya nakkan zuriat, jadi rawatan yang diberi semuanya untuk mendapatkan zuriat. Kalau PCOS tu menyebabkan kencing manis, rawatan yang diberi adalah untuk kencing manis.

FOQ about PCOS

Boleh pulih? Kata doktor, tak boleh.... cuma boleh dikawal.

Boleh diwarisi? Tak taulah..

Merbahaya? Tidak. Tapi kalau tak dikawal boleh merbahaya. Hmm, yelah, kalau menjadi obes boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain juga. Kalau terlebih bulu yang tumbuh, dah kacau penampilan pula.

Macammana PCOS terjadi? Sebab hormon tak stabil di kelenjar pituitari yang menyebabkan ovari kacau-bilau. Hormon yang tak stabil ini juga menyebabkan pankreas mengeluarkan lebih insulin dan dapatlah masalah pre-diabetes / diabetes pula.

Oklah... sekian. Nanti sambung lagi...

Wednesday, May 16, 2012

Followup Cerita Buah Dari Mekah

Alkisah, saya dahpun masak buah yang saya dapat dari Mekah tu... punyalah susah nak bukak sebab keras macam kayu. Bila dah bukak, dalamnya lebih kurang macam buah kelapa. Korek isi putih yang keras tu dan rebus. Dah siap, saya bancuh dengan madu sikit dan minum. Rasanya macam air kelapa laut. Oklah, tak lah seperti saya sangka; pahit sebab warnanya coklat-coklat jernih.

p/s: Kawan saya Khairun Nisa' kata nama buah ni buah Zuriat.

Tuesday, May 8, 2012

Buah Dari Mekah Untuk Ikhtiar Mendapatkan Zuriat

Semalam, lepas waktu kerja jiran kami yang saya panggil Kak Ros datang ke rumah. Dia datang dengan memegang sebiji buah yang saya tak kenali. Setelah bersalam-salaman dia pun menerangkan tujuan kedatangannya. Rupanya buah itu untuk saya. Kakak Kak Ros baru balik dari mengerjakan umrah, kata Kak Ros; kakaknya bertanya kalau kenal sesiapa yang sudah lama kahwin tapi masih belum mempunyai anak... terus Kak Ros teringat pada saya. Kak Ros yang perwatakannya selalu teruja menceritakan dengan teruja pada saya yang berasa teruja juga. Saya menyambut dengan gembira tanda ingatan dari Kak Ros. Bukan senang orang nak ingat kat kita, lagi-lagi dengan jiran yang jarang berjumpa. 
 Gambar Hiasan (dengan anak Fatihah (kawan lama) yang diberi nama Shasha Syazwana)
Sebagai usaha, apa salahnya saya mencuba cara ini pula. Lagipun buah ini datang dari tanah Mekah yang penuh barokah. Mudah-mudahan adalah rezeki saya nanti untuk memangku anak sendiri. Cara memakannya pula, buah dibelah dua, kemudian direbus. Begitulah penerangan ringkas Kak Ros. Saya bercadang nak membuatnya hari ini.


Apelah nama kau ye buah... bila saya goncang ada benda melantun-lantun di dalamnya.

Berkulit keras... Wari teka ini buah markisar. Tunggulah saya buka, kalau dalamnya cair.. buah markisarlahtu.

Tuesday, March 13, 2012

Doa Nabi Zakaria Untuk Mendapatkan Anak

Lama entri “I Want To Be A Mom” tertangguh, sebabnya apabila saya dah balik rumah, malas sangat nak buka PC dan menaip walaupun idea berkepuk-kepuk hinggap di kepala saya. Sudahnya begitu sahaja idea tersebut berterbangan bak burung-burung liar yang singgah untuk
minum air sahaja.

Kali ni saya nak berkongsi mengenai doa Nabi Zakaria A.S. yang berdoa agar Allah S.W.T mengurniakan anak kepadanya. Sebenarnya Nabi Zakaria A.S. dan isterinya telah tua, namun tidak ada apa yang mustahil jika Allah S.W.T berkehendak. Dalam sejarah, Nabi Zakaria A.S. adalah penjaga kepada Maryam yakni ibu kepada Nabi Isa. A.S. Maryam pula adalah anak kepada Imran yang terkenal dengan ketaatannya dalam beragama.

Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin, dan doa juga dikira satu usaha. Peringatan ini untuk diri saya dan teman-teman yang menghadapi masalah yang sama. Jangan sesekali putus
harapan.

Saya letakkan nama ayat supaya anda boleh cari di rumah, cari di internet pun boleh. Ayatnya ialah:

1) Surah Al-Anbiya’ ayat 89 yang bermaksud Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

2) Surah Ali-Imran ayat 38 yang bermaksud Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Adab-adab Berdoa:

1. Dilakukan pada saat-saat yang mulia, seperti hari ‘Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, antara dua khutbah solat Jumaat, antara azan dan iqamah dan sebagainya.

2. Dilakukan dengan penuh khidmat

3. Menghadap ke kiblat dan menadahkan kedua-dua belah tangan.

4. Merendahkan suara, sekadar dapat didengar oleh telinga sendiri.

5. Menggunakan bahasa yang sederhana atau lebih diutamakan menggunakan doa-doa yang berasal daripada Rasulullah saw, para sahabat dan tabiin.

6. Khusyuk dan merendahkan diri.

7. Meyakini bahawa doanya akan dikabulkan dan tidak merasa kecewa atau berputus asa apabila doanya belum dikabulkan.

8. Mengulang-ulangi doanya dengan penuh keyakinan.

9. Memulai doanya dengan menyebut nama Allah, memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, serta diakhiri dengan bacaan hamdalah atau kalimah yang memuji Allah.

10. Melaksanakan adab batin, yakni:
i. Bertaubat sebelum berdoa.
ii. Menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah.
iii. Makan dan minum serta berpakaian dari barang yang halal.
iv. Tidak meminta perkara-perkara yang mustahil.
v. Tidak meminta untuk mencelakakan orang lain, kecuali orang yang zalim.

Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa:

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
3. Doa selepas solat fardhu
4. Doa di dalam sujud
5. Sesaat pada hari Jumaat
6. Ketika Lailatulqadar
7. Ketika Hari Arafah
8. Doa antara Azan dan Iqamah
9. Ketika Hujan

p/s: Adab-adab dan waktu mustajab untuk berdoa saya copy-paste saje. Tujuan saya, mudahan-mudahan sebelum berdoa kita akan teringat dengan perkara yang patut atau tak patut dibuat semasa berdoa.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker