Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Resepi Kek Coklat

Saya memang minat aktiviti baking ni... last sekali dalam beberapa bulan lalu iaitu membuat mini muffin, itupun menggunakan ready mix yang saya beli dari Bagus Bakery Solutions. Alhamdulillah, menjadi. Lagipun senangkan, tinggal tambah telur, air & minyak.

Sejarah resepi Kek Coklat yang saya nak kongsi ni saya ambil dari owner Alia Cafe, di Technology Park Malaysia, tempat saya bekerja. Saya memang sukakan keknya yang moist & rich of chocolate flavour. Kakak ni memang tak lokek, moga makin murah rezeki akak.

Sempena Birthday Wari 12 June tempoh hari, saya gigihkan diri untuk cuba memasak kek coklat tersebut. Walaupun resepi yang saya dapat tu secara lisan, saya cuba interpratekan secara persis dan jitu gitu.. ye lah, buat kek kan, measurement mesti tepat.

Bahan-bahannya (saya beli dari Bagus):
200g tepung gandum superfine.
200g air sejuk (sangat sejuk ok, tambah ais)
200g butter yang dicairkan. saya gunakan unsalted.
200g susu cair.
300g gula kastur. Pastu blend jadi gula icing.
50g serbuk koko.
2 biji telur. 
3g / 1 sudu teh soda bikarbonat
3g / 1 sudu baking powder

Cara-caranya:
Tak perlu keluarkan mixer, cukup dengan gaul menggunakan whisk (mak saya panggil pukul telor). Saya perhatikan, bahan-bahannya lebih kurang macam nak buat muffin sebab guna minyak, dan caranya pun sama, tak perlu pukul telur & butter sambai kembang. Cuma gaul-gaul sehingga sebati.

Mula-mula mestilah kita ayak tepung, sebuk koko bersama baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian tambah gula icing. Masukkan telur, susu, butter cair dah air sejuk. Gaul sehingga sebati. Panaskan loyang dan bolahlah bakar dalam masa lebih kurang 1 jam, suhu tinggi. 220 darjah celcius. Kalau anda masak dalam loyang yang kecil, mungkin lebih sekejab, yang penting bila kek dah start berbau, itu tanda nak masak. Boleh test dengan lidi, cucuk kat kek, kalau tak melekat, maknanya dah masak.

Kes saya special:


Kek yang dibakar di atas api, saya lapikkan dengan loyang lain untuk mengelakkan dari hangit, atas saya tutup dengan aluminium foil.

Yang ni versi kukus.
Oven saya sangatlah kecil. Yang harga tak sampai RM100 tuh. So saya bahagikan ke dalam loyang kecil, dan nipis-nipis. Sebab saya nak buat layer per layer. Kalau saya buat tebal, hangus pulak sebab dekat dengan pemanasnya. Tapi apakan daya, tengah membakar tu oven saya boleh pulak rosak. Jadi saya bakar direct di atas dapur api. Bakinya saya kukus. Saya pasrah saje. Alhamdulillah, memang rezeki suami saya agaknya, kek yang saya ingatkan tak jadi, menjadi jugak akhirnya. Jadi rasanya resepi ni memang boleh dipercayai, sebab tu nak kongsi bersama-sama. Kawan-kawan yang mencuba, boleh kongsikan hasil anda di sini. Saya pun nak tau juga.

Hasil yang dibakar. Belum terbalikkan lagi.

Hasil yang dikukus. Memang rupa muffin. Len kali saya nak buat muffin guna resepi ni saje.


Babai Abang Philips.

Setelah dihias ngan sos coklat...



Thursday, January 3, 2013

Laku Tak Cerita Tahun Lepas Bawa Ke Tahun Ni?; 4th Anniversary

Itulah dia... haritu saya berkobar-kobar nak buat entry banyak-banyak pastu buat schedule untuk publish. Tapi apakan daya, saya kalau menaip blog, banyak masa yang kelu dari berkata-kata... tengok blog sana-sini, sedar-sedar masa berlalu tapi tiada hasil dari saya.

Takpe, saya nak tulis juga cerita tahun 2012 yang ingin saya kongsikan bersama... tak laku pun takpelah, kalau laku lagilah bagus :D

October 2012... genap 4 tahun usia perkahwinan kami.. alhamdulillah... makin bahagia, makin memahami... Wari bagi saya hadiah... uuu... so touching... sebab dapat food processor (FP)... tak sangka komen-komen saya ketika menonton Foodnetworks Asia & AFC terkesan kat hati Wari walaupun dia tahu saya bukanlah rajin sangat masuk ke dapur. Mungkin sebagai galakan..... buat masa ni saya belum cuba buat resepi yang special menggunakan food processor, ala kalau setakat nak proses bawang, nak hiris lobak, keladi ke apa... yang simple-simple gitu, tak kan lah saya nak tunjuk kat sini. Buat orang gelak jek. Taaaapi... saya ada cuba buat Beef Patty with Basil Leaves... Melayunya.... Daging Burger Dengan Daun Selasih...

(Gambar please..... kunun-kunun cam slide wayang pulak)

Inilah resepi pertama yang saya reka berdasarkan pengalaman menonton rancangan-rancangan memasak. Rasa terkreatif pulak. Hehehe. Beef Patty with Basil Leaves. Wari kata sedap jugak so maknanya sedaplah tuh :) Rasa daun selasih tu agak kuat sebab saya gunakan lebih kurang 6 helai (untuk saya yang tak pernah makan daun selasih segar) jadi untuk cubaan seterusnya, dah boleh agak-agak untuk kurangkan. Bila dah tunjuk gambarni, kenalah kasi tau resepi... kata saya reka kan... ceh ceh ceh.

BEEF PATTY WITH BASIL LEAVES / DAGING BURGER DENGAN DAUN SELASIH

1/2 kg daging lembu - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih
bread crumb - dari 6 keping roti gardenia; saya buat sendiri
herbs de provence secukup rasa (campuran thyme, rosemary, basil, marjoram, oregano & tarragon)
sebiji epal merah - buang kulit & potong dadu.
sebiji telur
garam secukup rasa
2-3 helai daun selasih - hiris kasar.

Nak buat bread crumb senang jek, masukkan dalam FP dan tekan function "pulse" (kejab-kejab) sebab nak kasi hancur tak hancur sangat strukturnya. Pastu dah agak-agak halus tak berapa halus, tuang dalam loyang dan bakar dalam oven. saya guna 170 darjah (maksimum), 5 minit.

Daging yang dah bersihkan, masukkan dalam FP, kemudian bawang besar, bawang putih, rempah, garam, epal merah.... sampai hancur dan sebati... lepastu masukkan bread crump dan telur dan akhir sekali barulah masukkan daun selasih. Mesti ada yang tertanya.. kenapa letak epal? sebenarnya saya nak ada rasa manis, jadi dari letakkan gula, saya cuba ganti dengan epal. Sebelumni saya ada menonton Oprah, daging burger yang diminati Oprah ada dimasukkan epal hijau untuk rasa sedikit masam. Jadi kenapa tidak saya cuba kan... gitulah ceritanya.

Pastu bentukkan bulat-bulat macam yang biasa anda tengok... saya dapat hasilkan 8 keping dengan saiz ikut suka hati saya... pastu boleh masak dengan letak sedikit butter. Wah... sebijik macam daging Mc D bahkan rasanya saya boleh kata sedap dari Mc D.. lalalala.

Pastu, selebihnya boleh disimpan dalam freezer, nak makan baru keluarkan..... seronok tau.... tak sabar nk cuba resepi seterusnya...


Friday, November 16, 2012

Cerita Ayam Penyet dan Resepinya

Alkisah, saya berpindah kerja dari MMHE ke Selangor (Misi Setia) dalam tahun 2009, bulan Ogos. Pindahnya saya membawa titik perubahan dalam selera makan saya. Hehe. Jangan tak tahu, banyak makanan yang saya tak makan sebelum ni, saya mula belajar makan di Johor seperti kambing, yong tau fu dengan sup, goreng pisang cicah kicap, bakso dan kuih karipap.

[Masa saya kecil, saya makan kuih karipap sebab mak saya yang buat, bila saya dah besar sikit, mak saya beli je kat kedai kalau nak makan kuih karipap. Kuih karipap kat kedai tak sedap mengikut selera saya.... dan bertahun-tahunlah saya tak makan kuih karipap kerana persepsi saya tu]

[Yong tau kat KL/Selangor dimakan dengan Sos]

Berbalik pada tajuk, satu makanan yang menjadi kegemaran saya ketika di Johor ialah ayam penyet. Masatu ayam penyet ni tak commercial macam sekarang. Siap ada francais restoran. Mula-mula saya cuba pecal lele (sama macam ayam penyet cuma ayam diganti dengan ikan keli). Masatu makan di kebayan di Masai. Kali ke 2, kawan bawa ke kedai makan di Kg. Pasir Putih. Pergh... sejak tu macam ketagih pulak. Setiap minggu kalau tak pekena ayam penyet macam tak sah. Sambal yang meletop + ayam goreng rangup sampai ke tulang + sup + ulaman + kicap ABC yang kental dan surih + lagu melodi Indon... memang licin pinggan.

[Kebayan maknanya foodcourt]

[Tiap kali makan ayam penyet, mesti belek botol kicap ABC dan baca slogan kental dan surih.. pastu duk berdiskas, surih tu apa? tapi pi mai pi mai tang tu, sampai sekarang pun tak tau]

Bila dah pindah ke sini, tahap kerinduan menjadi-jadi. Mana ada Ayam Penyet AP atau Wong Solo yang boleh manjadi pelepas kerinduan, takde tau... saya kena survive sendiri. Cari resepi kat internet dan cuba sendiri sampai jadi... la ni... saya nak sharelah dengan kawan-kawan resepi ayam penyet saya :)

Bahan-bahan sambal:
[takde sukatan kuantiti.. semua ikut selera sebab mula-mula saya cuba, saya ikut sukatan tapi tak jadi seperti rasa yang saya nak]

Belacan, cili besar dan kecil, tomato, ikan bilis goreng, gula melaka, gula dan garam.

Cara menbuatnya:
Sangai belacan, cili, dan bawang secara berasingan. [Sangai = goreng tanpa minyak].. tapi saya suka letak minyak... tengoklah badan I macam mana kan. Sangai sampai keluar bau dan layu. Pastu asingkan. Kemudian barulah sangai tomato sampai hancur. Kalau setakat 2 biji, kejab jek, tapi kalau sampai 10 biji, boleh tahan jugaklah macam dalam gambar-gambar kat bawah ni. Ni sebab saya nak jamu famili saya dengan ayam penyet. Kuantitnya agak banyak.

Kalau guna 2 biji tomoto, boleh lah amik 6 biji cili api + 2 biji cili besar, bawang putih seulas, bawang merah 5 ulas, sepotong belacan 1cmx1cm, sesudu ikan bilis goreng. Tapi sekali lagi, follow your taste je lah... suka-suka je masuk ikut banyak mana. 
  
Sementara nak tunggu tomoto tu hancur, sediakan lesung dan tumbuk belacan, ikan bilis, bawang dan cili. Sukahatilah nak tumbuk sekali arung atau asing, kalau memlompat-lompat terkeluar lesung pun sendiri yang kutipkan. Ikut keselesaan. Yang penting kasi hancur. Kalau orang makan, biar orang tak tau secret ingredientnya apa... hahaha.

Ngam-ngam siap menumbuk, tomato dikuali pun dah hancur. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan gaul kasi sebati. Masak lah dalam lima minit lagi ke. Ah, ah, ah... belum siap lagi. Jangan lupa perasakan dengan gula melaka yang disagat halus, tak cukup manis tambah gula biasa dan akhir sekali garam. Kasi semua rasanya ngam-ngam, orang kata takde titik pertemuan kat semua rasa tu [tak masin sangat, tak manis sangat, tak masam sangat]. Itulah rasa yang hebat :) subhanallah. 



Perapan ayam:

Ayam, bawang, halia, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, kunyit, garam.
[tak nak susah-susah, ayam goreng biasa pun sedap]


Perapkan ayam dengan bahan-bahan tersebut selama 1-2 jam dan goreng.Pastu bolehlah ketuk-ketuk ayam tu untuk penyetkannya. Tak yah pun takpe.

Siap sambal, siap ayam goreng kira dah boleh makanlahni. Jangan lupa nasi putih panas, sediakan sup ayam, dan ulam seperti timun, kobis dan kacang panjang. Nak extra, boleh goreng tempe dan tauhu... Ummm..... insyaallah sedap. Selamat mencuba :)

Tuesday, July 20, 2010

Cheese Cake (Peach)

Ni bukan gambar hiasan ye... aku ambik 1/2 jam pas aku letak dalam peti sejuk. Kurang kemas... kalau nak beli aku buat lawa punya.

Hai korang... buat apa cuti hujung minggu aritu? Aku try buat cheese cake. Resepi dapat dari kawan office... nyum nyum. Nak cuba? aku tempekkan resepi kat sini.


Bahan-bahan A
Biskut Marrie dalam setengah paket
250g butter
Secawan gula icing (aku guna gula perang)
Biskut marrie tu hancurkan guna tangan kalau rajin.. aku guna blender je. Pastu cairkan butter. Api kecil je ye. dDh siap, gaul 3 bahan-bahan ni sampai sebati.
Lepas sebati tekap atas loyong dan ratakan (Macam dalam gambar). Simpan dalam peti ais dalam 15 minit.





***********

Bahan-bahan B
250g x 2 Cream Chease
1 tin buah peach
Serbuk jelly secukupnya
Susu pekat secukupnya

Biarkan cream cheese dalam suhu bilik dan pukul hingga sebati. Dalam masa yang sama, tapis buah peach dan bahagikan 2 (1 bahagian untuk hiasan, 1 lagi potong dadu). Panaskan air buah peach dalam periuk dan tambah serbuk jelly secukupnya. Kemudian campurkan ngan adunan cream cheese. Tambahkan susu pekat secukup rasa. Kemudian campurkan juga potongan buah peach. Kacau sampai sebati. Pastu tuang atas lapisan biskut tadi dan ratakan. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.


Untuk hiasan, susun buah peach cantik-cantik atas lapisan cheese dan tuang lebihan jeli kat buah tu. Jangan time panas pulak, kang berlubang cheese korang. Pastu korang simpan lah dalam peti ais semalaman. (aku tak nyempat, malam tu jugak cheese kek aku dah terkorban)Selamat mencuba :)

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker