Friday, June 21, 2013

Kings Park and Botanic Garden


Hari kedua bermula seawal pagi...bagun dan membantu tuan rumah sediakan sarapan dan makan tengah hari untuk bekalan hari tersebut. Perjalanan jauh sikit hari ini.

Puan Mirda & Encik Kong.. Tuan Rumah yang sudi menumpangkan kami di rumahnya sekali ngan pakej makan minum. Terima kasih tak terhingga.

Spegeti kari, sarapan kami di hari ke 2... confirm terliur kan?? kan ??
Hari ke 2, Encik Kong meminjamkan keretanya kepada kami. Tak jadi masalah kerana lesen memandu Malaysia boleh digunakan di sana. Cuma hati-hati, penguatkuasaan undang-undang ketat, jadi jangan sampai anda dapat "surat cinta", tak pasal-pasal 'merit' empunya kereta jadi corot + bayar saman. Pengsan!


Yeay... pilih pilih... mana mau pergi... sangat besar ini taman, 1 hari pun tak cukup.
Lokasi pertama di hari ke 2... Kings Park dan Taman Botanik. Klik disini untuk info lanjut. Taman ini sangat cantik, setandinglah dengan Taman Tasik Perdana (pada padangan mata saya waktu kecil dulu, sekarang dah tak pergi lagi), cuma luasnya memang luas... macam-macam ada. Kalau tak memilih, 3 hari 3 malam pun tak habis. Haaa.. tamanni malam-malam pun buka tapi bukan semua tempat.



Ada macam-macam tugu. Ni tugu peringatan semasa perang dunia ke 2. Tugu ni pasal ke mana Australia hantar askar-askarnya.. salah satunya, tanah kita. Malaysia. (Ooo....). Ada berderet-deret lagi nama negara lain, tapi saya tak tunjuklah.

Boleh tengok pemandangan bandar Perth.
Yeay... mengabadikan kenangan.

Menggunakan Aps Panorama... boleh ambil gambar dengan lebih luas. Promote Nokia Lumia jab. Hehe. 


Tak silap ni kat Kokoda Track.. sejarahnya, jalan ni digunakan askar sebagai jalan pintas untuk ke markas diaorang kat bukit mana ntah. Sambil-sambil tu bersuai kenal dengan semak-samun kat Australia. Sebab jalan-jalan ni pun dikenali sebagai "Bushland Track".
Semak-samun kalau dibiarkan asli pun cantik juga. Kalau kat Malaysia, semak-samun di jadikan tempat buang sampah. Kesiankan? Salah siapa ek kalau suka buang sampah merata-rata? Jom sama-sama muhasabah diri, kot-kot ada terbuat, lain kali jangan buat ok.


Di Lotterywest Federation Walkway... bersambung dengan steel-glass bridge... Jalan-jalan sama ketinggian dengan pokok. Ala-ala filem "Twilight". Hehehe.

Pasangan dalam "Twilight 2013", Belly Swan & Eddy Cullen. Kih Kih Kih.
Kat jambatan kaca... rasa macam Puteri Gunung Ledang pulak.


Water Garden Pavilion... buatan manusia.

Lepak-lepak sambil tengok air pancut...

Gija Jumulu... pokok boabab. Antara spesis pokok berumur panjang sampai beribu tahun. Pokok ni dah berusia lebih 750 tahun.. masyaAllah.
Lunch.... nasi lemak.
Banyaknya gambar, rasa nak kongsi semuanya tapi manalah cukup ruang. Nanti saya sambung lagi cerita hari ke 2 di destinasi seterusnya.

Thursday, June 20, 2013

Bell Tower, Barrack Jetty & Perth Mosque

Sambung lagi cerita jalan-jalan di Perth City pada hari pertama kami sampai. Kami mengambil CAT bas yang "free", dan boleh bawa jalan-jalan satu bandar. Sila rujuk di sini untuk melihat jadual dan "Routes & Stop Information". Ada jalan-jalan yang ditandakan dengan warna merah, biru dan kuning berserta lokasi perhentian. Jadi anda boleh rancang perjalanan anda dengan jayanya. Bandar Perth ni tak besar sangat kalau nak banding dengan Kuala Lumpur, jadi saya ambil ketiga-tiga jalan untuk melihat sisi Bandar Perth dengan lebih hampir. Cewah....

Lokasi seterusnya selepas muzium ialah Barrack St. Jetty. yang terletak di Sungai Swan. Kat sini terletak juga Bell Tower yang menjadi mercu tanda City Perth. Ramailah orang buat kerja kawen kat sini, majlis karporat ke, atau apa-apa saja majlis, janji ko mampu bayar. Nak masuk untuk melawat pun kena bayar jadi kami tak masuklah, setakat tengok dari luar je. Bell Tower ni tak tinggi sangat pun, besar pun tak.. ala-ala comel gitu jek. Info lanjut, klik di sini. Sebab katanya kalau gi Perth, kena gi Bell Tower, so kami pun pergilah jenguk-jenguk.

Barrack Jetty... cam biasalah rupa jeti.
Dekat Barrack Jetty pula, kalau kamu, kamu, kamu dan kamu punyai wang, bolehlah ambil pakej untuk melihat ikan lumba-lumba atau ke zoo di seberang sungai. Ada juga pakej 'cruise' kat Sungai Swan tu. Inipun tidak termasuk dalam budget kami, jadi kami cuma mengambil gambar dan menghayati keindahan ciptaan Allah.

Bell Tower. Namapun "Bell" mestilah sikit-sikit, bunyi loceng. Tapi kami sangat tenteram tidur di hadapannya :)
Puncak Bell Tower, ambil gambar asing. Tak muat dalam camera kami yang kecil.
Angin sepoi-sepoi bahasa dan dingin terasa pabila menyentuh kulit. Haaaa... mata pun terasa berat. Sebenarnya nak cerita, kami ni tertidur semasa lepak-lepak depan Bell Tower. Hehehe. Mengantuk sangat. Apa taknya, turun flight saje, dah start ronda-ronda. Pastu makan spegeti pulak yang dibekalkan oleh Puan Mirda, memang mantap. Saya pun pasrah dan tidur saje. Tak boleh nak buat apa...
Binatang liar kat sini memang jinak lebih-lebih lagi yang jenis unggas. Ni tengah ngecek bekalan makanan kami. Ke sebab kami ada makanan??? Lupa nak ambik gambar spegeti, kalau tak mesti kamu, kamu dan kamu terliur sama.

Ni jubin-jubin sekitar Bell Tower. Penuh ngan signature budak-budak dengan nama sekolah. Agaknya diorang sponsor duit atau tenaga kot. Menarik!!

Gambar kenangan.

Dalam bas, di hadapan Swan River.

Keadaan dalam bas. Sangat selesa. Berbaloi-baloi sebab free. Hehehe.

Ngan skuter dan bangunan lama... On the way nak cari Masjid Perth. 




Masjid Perth terletak di Jalan William, No. 427-429. Jalan William ni ala-ala Petaling Street kat KL
sebab penuh dengan kedai-kedai orang Asia. Yang paling banyak Cina, kemudian Korea, Arab, dan lain-lain tu kira minoriti. Sebenarnya senang nak dapat makanan halal di Perth sebab banyak makanan Arab, Labenon dan Turki. Menurut tuan rumah, En. Kong asal usul orang Arab kat Australia bermula.....

Begini ceritanya....

Pada zaman dahulu, ketika mat saleh baru sampai ke Australia, mereka menghadapi masalah logistik untuk beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ye lah, Ausie ni terkenal dengan kepelbagaian rupa bentuk muka buminya. Kejab-kejab jek jumpa gurun. Jalan-jalan sikit lagi jumpa gurun, tanah gersang, panas, nak jalan kaki penatlah sangat, nak mintak tolong keldai, keldai pun tak mampu. Jadi mereka-mereka pun mengimport unta-unta dari Arab untuk tujuan logistik. Nak handle unta sendiri tak reti, jadi angkutlah sekali dengan tuan-tuan untanya sekali. Secara tak langsung, begitulah caranya agama Islam tersebar di sana.

Pintu hadapan masjid.


Beginilah rupanya belah dalam masjid.
Di hujung lorong itu, terletaknya tempat mengambil wudu' dan tandas.


Di atas pintu masjid... Kalimah Syahadah. Allahuakbar.
Yeah... alhamdulillah, jejak kaki kami di sini.
Alhamdulillah.... luasnya ajaran Islam melangkaui budaya, bahasa dan benua, sampai ke mana-mana pun kita akan berjumpa dengan saudara-saudara Islam kita. Inilah saksi yang Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W telah menjalaskan tugasnya dalam berdakwah, menyampaikan risalah yang benar dan diteruskan oleh para sahabat, tabiin, ulama'. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Friday, June 14, 2013

Resepi Kek Coklat

Saya memang minat aktiviti baking ni... last sekali dalam beberapa bulan lalu iaitu membuat mini muffin, itupun menggunakan ready mix yang saya beli dari Bagus Bakery Solutions. Alhamdulillah, menjadi. Lagipun senangkan, tinggal tambah telur, air & minyak.

Sejarah resepi Kek Coklat yang saya nak kongsi ni saya ambil dari owner Alia Cafe, di Technology Park Malaysia, tempat saya bekerja. Saya memang sukakan keknya yang moist & rich of chocolate flavour. Kakak ni memang tak lokek, moga makin murah rezeki akak.

Sempena Birthday Wari 12 June tempoh hari, saya gigihkan diri untuk cuba memasak kek coklat tersebut. Walaupun resepi yang saya dapat tu secara lisan, saya cuba interpratekan secara persis dan jitu gitu.. ye lah, buat kek kan, measurement mesti tepat.

Bahan-bahannya (saya beli dari Bagus):
200g tepung gandum superfine.
200g air sejuk (sangat sejuk ok, tambah ais)
200g butter yang dicairkan. saya gunakan unsalted.
200g susu cair.
300g gula kastur. Pastu blend jadi gula icing.
50g serbuk koko.
2 biji telur. 
3g / 1 sudu teh soda bikarbonat
3g / 1 sudu baking powder

Cara-caranya:
Tak perlu keluarkan mixer, cukup dengan gaul menggunakan whisk (mak saya panggil pukul telor). Saya perhatikan, bahan-bahannya lebih kurang macam nak buat muffin sebab guna minyak, dan caranya pun sama, tak perlu pukul telur & butter sambai kembang. Cuma gaul-gaul sehingga sebati.

Mula-mula mestilah kita ayak tepung, sebuk koko bersama baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian tambah gula icing. Masukkan telur, susu, butter cair dah air sejuk. Gaul sehingga sebati. Panaskan loyang dan bolahlah bakar dalam masa lebih kurang 1 jam, suhu tinggi. 220 darjah celcius. Kalau anda masak dalam loyang yang kecil, mungkin lebih sekejab, yang penting bila kek dah start berbau, itu tanda nak masak. Boleh test dengan lidi, cucuk kat kek, kalau tak melekat, maknanya dah masak.

Kes saya special:


Kek yang dibakar di atas api, saya lapikkan dengan loyang lain untuk mengelakkan dari hangit, atas saya tutup dengan aluminium foil.

Yang ni versi kukus.
Oven saya sangatlah kecil. Yang harga tak sampai RM100 tuh. So saya bahagikan ke dalam loyang kecil, dan nipis-nipis. Sebab saya nak buat layer per layer. Kalau saya buat tebal, hangus pulak sebab dekat dengan pemanasnya. Tapi apakan daya, tengah membakar tu oven saya boleh pulak rosak. Jadi saya bakar direct di atas dapur api. Bakinya saya kukus. Saya pasrah saje. Alhamdulillah, memang rezeki suami saya agaknya, kek yang saya ingatkan tak jadi, menjadi jugak akhirnya. Jadi rasanya resepi ni memang boleh dipercayai, sebab tu nak kongsi bersama-sama. Kawan-kawan yang mencuba, boleh kongsikan hasil anda di sini. Saya pun nak tau juga.

Hasil yang dibakar. Belum terbalikkan lagi.

Hasil yang dikukus. Memang rupa muffin. Len kali saya nak buat muffin guna resepi ni saje.


Babai Abang Philips.

Setelah dihias ngan sos coklat...



Monday, June 10, 2013

Perth City

So, bila yek saya pergi Perth aritu... 22hb April 2013 sampai 25hb April. Dah lama berlalu. Oleh kerana, percutian saya bertemakan percutian budget, so mana-mana yg boleh diminimumkan, diminimumkan serendahnya. Macam.... perjalanan kami ke LCCT, saya nekad untuk naik public transport. Yang bagusnya flight malam, so tak risau naik public transport sebab masih siang. kalau flight di awal pagi atau sebelum tengah hari... minta maaflah, tak sesuai. Caranya, kami park kereta di UKM sebelah stesen komuter tu. Free sebab husband ada sticker UKM. Naik komuter sehingga Nilai. Stesen komuter Nilai tu dekat jek dengan stesen bas. Amik bas untuk ke LCCT, ada tukar bas kat KLIA. Total cost untuk 2 orang, baru 12 ringgit lebih kurang. Keluar dari rumah dalam pukul 530 petang, alhamdulillah hari cuti, so tak padat sangat kat dalam kenderaan-kenderaan awam itu. Sampai airport dalam kul 8.00 malam. Memanglah time consuming, tapi murah kan. 

Flight pukul 1200 malam, jadi kami ada banyak masa untuk solat, makan dan membaca. Saya bawa novel Ramlee Awang Murshid bertajuk "Aku Bercerita"... layan, bestlah pada saya. Hadiah dari SIL masa birthday saya Mac aritu.

Di Stesen Komuter UKM.
Esoknya dalam pukul 6 pagi dah sampai kat airport. Selepas melalui pemeriksaan kastam dan imegresen, kami menunggu Kong (suami Mirda) untuk pick-up kami. Sementara tu cari tempat untuk solat Subuh. Jangan terkejut, kat Airport Perth tu ada surau, tapi nak amik wuduk, kat toilet. Takpelah, itupun dah senang sangat, tak payah pening-pening kepala fikir nak solat kat mana.

Ngantuk ke bang?? Suhu masa ni bape ek?... tapi sejuklah ala-ala Cameron Highland.
Sampai aje di rumah Mirda, Mirda tengah masak. Masak ape ek... masak spegeti. Mirda pergi kerja, dan kami pun bersiap-siap nak keluar rumah. Maklumlah percutian singkat. Tak boleh buang masa.
Mikail & Raqip yang peramah, ni kat bilik kitorang yang tuan rumah sediakan.

Apartment Mirda terletak di Murray Street, di tengah bandar Perth. Public Transport sangat mudah, turun dari apartment, jalan sikit dah jumpa stesen bas. Destinasi pertama, Muzium Perth. Kami jalan kaki saje instead of naik bas.

Cik Puan Bam Bam... pucat jek muka. sejuk ke?
Tenang jek. Perth bukan bandar sibuk seperti Melbourne atau Sydney ya Tuan-Puan.
Gambar wajib! Nape ek orang suka amik gambar ngan signboard jalan... we all pun buat jugak. hehe. walaupun style tangkap gambar tu biasa2 jek....

Berhampiran dengan underground station... mcm LRT tu.

Destinasi pertama, muzium.
Sesiapa yang pergi bulan May aritu, boleh tengok mumia.

Pada saya, bestlah pergi muzium... sebab first time saya jumpa Bison. Apa tu bison? Saya pun mula2 tak tahu gak. Bison ni sejenis binatang adik beradik ngan bovinae, mcm lembu saya tengok, tp ada darah kerbau sikit. lebih kurang gitu. Dah pupus atau hampir pupus pun - tak pasti. Yang buat saya teruja sama macam kanak-kanak tadika tu, sebab saiznya... masyaAllah... besar. Tinggi daripada saya. Hanya kerana bisonni, saya rasa best sangat pergi muzium. Sila klik disini untuk ke laman web Western Australia Museum.
Bison ni dah hampir/lebih seratus tahun diawet. Tengoklah muka dia, muka Cik Puan Bam Bam yang lebar pun tak bole lawan.
Ni rangka kuda baka apa ntah... tinggi kan? Tak tahulah cam mana saya nak naik.. sekali kena tendang, 5 kali terpelanting agaknya.
Saya memang suka kat part-part binatang ni... bahagian dinosaur pun layan, bahagian orang Asal Australia pun layan, bahagian rupa bentuk muka bumi, garam galian pun layan, yang TAK boleh layan, bahagian rama-rama dan kupu-kupu. Hehe, tak tahulah kenapa saya nak gelak-gelak pulak.

Ni belakang muzium, katanya muzium ni bekas penjara. tak tahulah part mana. cantik jek saya tengok.

Makan roti yang dibekalkan oleh tuan rumah tempat kami menginap sebagai alas perut.

Cuti sekolah ke apa tak tahulah... memang ramai kanak-kanak di sana sini.

Kat luar muzium, ada culture centre kot namanya... so saya pun cuba-cuba main.
Sekitar Muzium

Sekitar Muzium.. saya suka landskap buatan yang nampak sangat natural.

Cantik, boleh buat idea landskap sesiapa yang ada ruang laman luas dan budget besar.

State Library pun di sekitar Muzium.

Eh, panjangnya pulak bercerita. Hari pertama pun tak habis lagi ni... camne? Boleh tak kalau saya sambung kemudian. Mestilah bolehkan... so, nanti saya sambung lagi. insyaAllah.


Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker