Saturday, January 31, 2009

PD (sambungan 2)

 

PD (sambungan 1)

PD

Ahad & Isnin yang lepas, family Wari, nenek dan Mak Lang menghabiskan masa di PD. Kami menginap di Ocean View Resort. Kak Long (kakak ipar) yang mencadangkan idea bercuti bersama-sama. Bagus juga untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan memberi kesempatan untuk aku menjadi lebih mesra dengan mereka.

Ahad petang, aku mengambil kesempatan mandi di pantai… huh, lama betul tak berendam dalam air masin. Menangis kuman-kuman kat badan aku ni agaknya. Hahaha. Malamnya ada acara sambutan hari jadi untuk Kak Long. Tengok kat kek, dah 37 umurnya. Selamat Hari Jadi ye Kak Long. Aku pulak.. nak masuk 27 tahun… ei.. 3 tahun lagi mencecah 30 tahun. Tua dah rupanya.. tapi muka maintain muda & ayu dalam apa jua keadaan (ni tagline kita Cik Galuh kan)& makin dekat dengan mati ek… jangan lupa diri pula.

Keesokkan harinya, aku ajak Wari ke pantai.. nak ambil-ambil gambar je. Aku rasa cam malas je nak mandi-mandi hari tu. Dah puas hati, balik semula ke apartment… dalam perjalanan singgah ke kolam renang. Ahli famili semua ada disitu. Mana tahan tengok orang berenang dalam air yang tenang, hati aku pun terkinja-kinja nak melompat masuk dalam air. Ajak Wari, dia ok je. So apalagi.. bedebush.. haha.. pakai je apa yang tersarung kat badan. Nasib baik tak de pak guard yang jaga.. kalau tak berenang dalam hati je la.

Hari itu, aku dapat 2 kesimpulan yang diberikan Rasyiq (adik Wari).. 1. Dia kata aku berenang macam nak cari gamat. Hahaha. 2. Aksi Wari-aku dalam air macam belangkas. Hahaha (gelak lagi) Aku saje je bubuh fakta ni.. kasi kauorang buat spekulasi sikit. Fakta no 1 tu, aku anggap  sebagai satu pujian. Fakta no 2 pula, itu adalah lakonan semula watak-watak dalam animasi Jepun.. suka betul diaorang bertenggek-tenggekkan.. so aku dah taulah apa rasanya..

Kalau ada masa lapang pula… main ‘indoor game’.. hmm.. berinteraksi dengan anak-anak buah Wari, banyak kali tersasul.. kena praktis lagi.. Mama Lang, Mama Lang….. Mama Lang (panggilan untuk aku) ~ bukan Ma Malang okay!

Kami bertolak pulang pada sebelah petangnya…. Tamat. (Hmm.. ayat ending tak bestlah pulak)  

Kami bertolak pulang pada sebelah petangnya…. Satu pengalaman yang menyeronokkan. Tamat. (baru okey sikit)

 

 

Thursday, January 29, 2009

Dari Pandangan Si Kecil

Kanak-kanak kecilni kreatif tau berfikir.

Satu hari, aku berborak-borak dengan beberapa orang kawan. Salah seorang menceritakan bahawa semasa kecil, apabila melihat gambar yang terdapat di belakang wang syiling versi lama, dia menginterpretasikan sebagai pistol.

Hahaha.. aku gelak besar.

Tapi apabila aku lihat sendiri.. ya… ada betulnya. Ye lah.. apalah budak kecil tahu tentang Bangunan Parlimen.    

Novel Pertama Suri

Cuti CNY tempoh hari, aku sempat singgah Jusco Cheras Selatan. Adalah beli barang sikit. Sebelum pergi tu, aku dah siapkan list… ye lah, nanti ade je benda yang terlupa kan. Salah satu item yang aku memang dah ‘aim’ lama nak beli ialah novel Virus L karya Suri Mawarne Kaidar.

Aku memang dah lama mengidam nak baca buku tulisan Suri ni.. tapi bila aku cari je, mesti takde lagi kat kedai. Buku ni agak baru lah juga, mungkin sebabtu ambil sedikit masa untuk berada di pasaran. Suri ni penulis baru, Virus L produk yang pertama. Walaupun begitu, aku rasa dia dah selalu praktis menulis dalam blog dan juga apabila mengarang komik “a researcher’s life” . So, aku nak taulah macammana style Suri apabila menulis novel.

Sebenarnya yang buat aku tertarik pada Virus L ialah penulisnya.. Suri. Suri adalah kenalan aku waktu sekolah. Semasa waktu persekolahan.. aku rasa Suri tak “show off” pun bakat dia. Apabila membaca blog Suri, kadang-kadang aku boleh diserang pening-pening lalat sebab tak dapat nak bayangkan kehidupan Suri yang pada aku teramatlah sibuk. Suri bekerja dalam bidang IT. Pejabat adalah rumah utama, Baitul Oren (nama rumah bujang Suri) pula dah ala-ala istana hinggap. Pagi-pagi pergi kerja, keesokkan paginya baru pulang…erk.. macam hari-hari pula tu.

Di celah-celah kesibukan itulah Suri menghasilkan Virus L. Hebat tak hebatnya kawan aku Suri ni. Suri belum berkahwin lagi.. dah berpunya atau belum tu aku tak tahu. Tapi kalau nak kahwin dah boleh sangat, duit banyak beb. Sambil lepak-lepak baca blog Suri, aku siap kira sekali income si Suri. (Hahaha.. jangan marah.) Duit gaji + duit OT + royalti buku Virus L + bisnes jual buku online + hidden income yang aku tak tau = gadis berduit beb.

(Ok, kapten jangan cuba nak kenen-kenen ya)

Aku nak jadikan Suri sumber inspirasiku. Yang baik kita ambil jadi contoh ya.

Wednesday, January 28, 2009

Katakan Ya Pada Menjahit. Peace.

Hai….. akhirnya, sempat juga aku berpoya-poya. Huhuhu.

 

OK, mmm… kat mana ek nak mula. Aku tau aku nak citer pasal projek runcit-runcitan menjahit langsir tu.. tapi ayat pemulanya apa ek…. Tandus dan gersang idea lak.

 

Sebenarnya.. aku bukan nak tukar kerjaya menjadi penjahit langsir secara sepenuh masa, apalagi ingin berbisnes langsir ‘siap-gantung’ sempena CNY. Aku menjahit bukan kerna nama, darjat atau rupa..  Aku juga bukan menjahit kerana mengisi masa lapang.. bukan kerana nak meninggi diri, menunjuk-nunjuk.. hatta, melabel diri sebagai insan serba boleh.. tidak.. tidak.. tidak.

 

Begini…

 

Alkisahnya, ada satu lobang. Orang putih panggil opening. Lobang ini terletak dalam bilik Wari yang kini menjadi bilik aku jugalah.Seringkali pada waktu tertentu,cahaya berlebihan masuk ke dalam bilik. Oh oh oh… silau beb. Kadang-kadang ada susah sikit nak tidur.

 

Maka, aku mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah tersebut dengan menjahit langsir. Dengan mengunakan gerak hati, aku membuat ukuran. Hebat tak hebatnya aku.. Tak mainlah ukur-ukur ngan tali measurement tu (sebenarnya tiada pun benda alah tersebut).. prap prup prep..prap prup prep (bunyi mesin jahit)..  siap.. tapi aku tak sempat nak tengok hasil tanganku digantung sebab aku terpaksa pulang ke Pasir Gudang.

 

“Bang, amacam langsir tu..ok tak?”

“Ok je..”

“Senget tak?”

“Sikit.”

(Di suatu malam, kami berbual-bual)

 

Sabtu lepas, apabila sampai ke rumah..masuk bilik, aku terus bukak lampu.

 

Tadaaaaaaaaaa…..

 

Alamak… ini senget banyak!!!

(Kalau aku dah punya kekuatan diri, aku akan publish juga gambar langsir tersebut)     

 

 

 

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker