Saturday, October 11, 2008

Diari Syawal 5: Open House MMHE

Gambar sumbangan Hanis.

"Fuh." Harini masuk kerja semula setelah dua hari merewang sebagai committee sambutan hari raya yang diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang. Ini adalah kali pertama aku mengambil bahagian dalam majlis yang dianjurkan kompani tempat aku bekerja. Seronok juga bergaul-mesra dan menambahkan kenalan. Yelah, siapa sangat yang aku selalu berjumpa. Ini baru dapat tengok kepelbagaian rupa-paras pekerja MMHE. Macam-macam ragam. Macam-macam gaya.

Macam-macam makanan yang dihidangkan. Aku cuma rasa kambing golek, sate, kuih-muih yang berasakan talam (talam suji, talam keladi, seri muka, kole kacang dan lain-lain lagi), beriani ayam Batu Pahat & buah duku. Yang aku tak rasa, lemang, ketupat, roti jala, beriani kambing, vegetarian food, teh tarik dan apa lagi ek.. tak ingat. Paling sedap aku berikan pada kambing golek.. dan aku rasa semua orang pun setuju. Kalau tak, takkanlah 17 ekor kambing pun tak cukup.

Kerja wajib aku cuma hias stall yang telah diberikan mengikut suasana hari raya. Kerja tambahan yang banyak, dari tolong mengangkat barang yang ringan-ringan sahaja(almaklum.. perempuan) sehingga ke... ke... ke... oh.. tu je kerja aku. Hihihi.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker