Tuesday, May 8, 2012

Buah Dari Mekah Untuk Ikhtiar Mendapatkan Zuriat

Semalam, lepas waktu kerja jiran kami yang saya panggil Kak Ros datang ke rumah. Dia datang dengan memegang sebiji buah yang saya tak kenali. Setelah bersalam-salaman dia pun menerangkan tujuan kedatangannya. Rupanya buah itu untuk saya. Kakak Kak Ros baru balik dari mengerjakan umrah, kata Kak Ros; kakaknya bertanya kalau kenal sesiapa yang sudah lama kahwin tapi masih belum mempunyai anak... terus Kak Ros teringat pada saya. Kak Ros yang perwatakannya selalu teruja menceritakan dengan teruja pada saya yang berasa teruja juga. Saya menyambut dengan gembira tanda ingatan dari Kak Ros. Bukan senang orang nak ingat kat kita, lagi-lagi dengan jiran yang jarang berjumpa. 
 Gambar Hiasan (dengan anak Fatihah (kawan lama) yang diberi nama Shasha Syazwana)
Sebagai usaha, apa salahnya saya mencuba cara ini pula. Lagipun buah ini datang dari tanah Mekah yang penuh barokah. Mudah-mudahan adalah rezeki saya nanti untuk memangku anak sendiri. Cara memakannya pula, buah dibelah dua, kemudian direbus. Begitulah penerangan ringkas Kak Ros. Saya bercadang nak membuatnya hari ini.


Apelah nama kau ye buah... bila saya goncang ada benda melantun-lantun di dalamnya.

Berkulit keras... Wari teka ini buah markisar. Tunggulah saya buka, kalau dalamnya cair.. buah markisarlahtu.

2 comments:

NISA DAHRI said...

mmg keras buah zuiat ni uji...nk bukk sikit punye susah..tp usaha tgga kejayaan :)

blh gk try premium beautiful korset utk dptkn zuriat..mmg ada testi yg berjaya dapatkn zuriat slps gunakan korset ni...it's a lifetime warranty!!blh guna up to 20yrs :)

nana said...

Salam,

Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai

bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.

bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani

cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan

anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker