Wednesday, August 27, 2008

Kenangan Musim Durian 2008













Dalam bulan lepas aku berkesempatan ikut Kong & Mirda balik Segamat.. mmg sempena musim durian. Turut serta Alin & U'um. Kalau org yg minat mkn durian, dapat pelawa nk rasa yg fresh.. mmg tak patut ditolak.
Sampai aje kat umah Kong di Gemencah, kitorang mmg dah disajikan ngan sebakul durian. pas tido jab, startlah majlis mkn durian.. mmg best.. bukak2 aje kucing tidor.. bukak2 aje kucing tidor. ada juga durian yg baru dikutip.. isinya mmg panas, fresh sungguh. sambil makan tu secara tak langsung sebenarnya, aku dah pandai mengenali rupa durian kg atau durian cina (gelaran org kat situ utk durian yg dah mix). tp kalau masih melekat kat pokok aku still lg tak reti....
Petangtu, kitorang kekenyangan mkn durian.. serius.. bercakap pun bau durian.. tak semegah.. dlm keter sendawa.. lg lah... mmg takde sapa yg ngaku.. haha (itu belum kentut)
Esoknya.. belah pagi kitorg dah gi ke kaki Gunung Ledang nak mandi manda kat situ. bila sampai.. kitorg pun mendaki sbb tak maulah mandi kat belah bawah.. sampai ke Kolam Puteri lebih kurang 940ft tinggi, alahai... ramainya org.. kecewa. mg penatlah.. tp tak larat nak naik lg.. lg pun adik2 kong dah tak sabar sgt nak terjun tiruk. kitorg cari port baik, letak barang & gedebush sorang sorang... (kat sinilah hs aku berenang sekali ngan aku.. huhu)
3 4 jam mandi.. kitorg pun siap2, gerak nak balik... dlm perjalanan balik terjumpa Pak Abu (org keja kat yard juga)... apelagi.. mmg rezeki.. kitorg dijemput gi ke dusun durian dia yg mmg best tu... sekali lg makan durian..
balik umah.. mkn nasi & disajikan sekali lagi ngan durian.. durian.. durian.. mmg best... tahun depan, kalau diajak lg... on je. hehe.






Tuesday, August 26, 2008

Zoo Johor



























































Ramai (model2 part time tu) yg asik tanya aku dr smlm mananye gamba gi zoooo.. so aku plak.. mmglah dah niat nak post semalam, tapi apakan daya tersangkut kat blog sana-sini, almaklum, skrg tgh hangat citer kat PP.
Walaupun hari hujan, still enjoy menghayati makhluk2 ciptaan tuhan. & suasana rintik2 tu mmg mencipta mood yg org kata ada feel la.. speechless!!

Saturday, August 23, 2008

Mengapa?

Kalau ditanya mengapa aku tetiba ada blog kat sini?
1) terpengaruh ngan member2 aku yg asik memblog je skrg
2) saje nk buat cawangan blog sediaada kat friendster

Mengapa nak bukak cawangan plak?
1) besalah, kalau dah maju.. kena lah bukak cawangan
2) kat sini cam best sikit

Mengapa Syok Sendiri II?
1) "Syok Sendiri II" sebab yg pertama kat friendster
2) Khas utk aku rasa syok terhadap2 apa2 jua nukilan yg aku hasilkan sendiri.. tp sesapa yg nak tumpang syok pun dialu2kan.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker