Saturday, June 12, 2010

Buah Tomato Ku

Ingat tak aku pernah cerita pasal pokok tomato aku yang dah berbunga? Kalau tak ingat leh klik sini. Aku nak tunjuk progress, sebenarnya dah lama amik gambar, tapi tak sempat nak cerita kat sini. So, lebih kurang 3 minggu dari gambar bunga aritu, dah berputik besar duit 20sen cam dalam gambar. Dalam gambar nampak macam besar je kan. Warnanya masih hijau muda.... comelnya... suka aku tengok.. orang kata apa.. titik peluh dah keluarkan hasil. Tapi masatu baru 3 biji.

Semalam aku kira, dah ada lima belas biji.. wah..... yang sedang bunga pun boleh tahan banyaknya... tapi aku tengok, kat batang pokok belah bawah & daun macam ada kena penyakit je lah.. ntahlah... aku pun tak cari kat mana-mana lagi info berkaitan.... oklah, enjoy tengok gambar ye. Aku pun cam enjoy gak tanam pokok... hmm.. adakah aku akan menjadi petani kalau aku tak dapat keja? hehehe.... kita tengok ajelah nanti ye... bye..





Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker