Sabtu lepas, kompeni aku buat satu lagi aktiviti CSR.. kali ini.. derma darah. Punyalah susah nak kumpulkan 50 orang (baru boleh panggil Pusat Darah Negara). Biasalah.. ada macam-macam sebab... kesihatan tak mengizinkan, takut kena cucuk, susukan anak, makan ubat dan sebagainya (termasuk bekas pelacur, bertukar-tukar pasangan dan pembawa virus HIV). Aku memang tak kisah bab derma darah ni, maka aku pun register nama aku. Sebelum ni, aku dah pernah cuba derma darah sebanyak 2 kali.. tapi tak berjaya.
Bukan senang nak terpilih menjadi penderma. Berat badan perlu sesuai, zat besi dalam darah
perlu melebihi 12.5(lupa apa unitnya), sejarah kesihatan kita akan diteliti, tekanan darah yang normal. Senang cerita yang sihat serba-serbi barulah layak menjadi penderma. Macam sorang kawan tu, dia diserang migrain setiap bulan.. pun tak layak. Paling kurang, hanya 2 kali migrain setahun ok. Sebab apa? Sebab ditakuti migrain akan menyerang selepas proses derma darah dilakukan.. atau pening kepala yang dialami selepas menderma darah lebih lama dari yang normal (normal = 10 minit). Jadi lepas disaring-saring, hanya 31 orang yang layak.. itupun ada yang tak mendaftarkan diri dalam list pada mulanya.
Teringat aku kat MMHE, derma darah merupakan aktiviti tahunan. Memang ramai sangat yang layak.. kiranya orang hospital memang tersenyum puas ajelah. Kalau agak-agak bekalan darah tak cukup je, buat ajelah kempen derma darah kat MMHE.. gerenti meriah.
Aha, cerita aku pula... aku tak layak menderma darah sebab kandungan besi dalam darah aku kurang dari yang sepatutnya. (sebab yang sama seperti sebelum ini). Walaupun kadarnya adalah normal untuk perempuan, tapi untuk berkongsi dengan orang lain.. kenalah lebih dari 12.5(lupa apa unitnya)... orang yang selalu kandungan zat besi kurang dalam darah ialah perempuan mengandung, datang bulan, nak datang bulan, vegetarian.... aku bukan dalam golongan tersebut tapi besi aku cuma 11.3 (lupa apa unitnya).
Dulu aku pernah wat detail blood test.. saje je lah nak tau kan napa.. lagipun, kompeni tanggung... sampai dua kali tau.. siap masuk hospital. Masa tu cam dah lali-lali kena cucuk ni. Seb baik tak tinggal parut kat tangan ni. Ahh.. nantilah aku sambung citer pasal ni.
Hmm, oklah... masa untuk sambung keja lak... time off.. babai...

