Thursday, September 25, 2014

DIET PCOS : Diet Rendah Glycaemic (GI)

Di petik dari Mingguan Malaysia, Pancasihat, 21 September 2014.


Turunkan berat badan, itulah nasihat yang paling sering diterima oleh penghidap PCOS terutama mereka yang memerlukan zuriat.

Namun, tidak ramai tahu susah-payah seorang penghidap PCOS menurunkan berat badan walaupun mengurangkan makan seperti orang lain kerana gangguan hormon di dalam badannya membuatkan kebanyakkan pesakit PCOS mengalami penentangan terhadap hormon insulin (insulin resistance).

Insulin ialah sejenis hormon di dalam badan kita yang berfungsi untuk membolehkan sel-sel menyerap gula daripada darah untuk kegunaan sel tersebut.

Pesakit PCOS selalunya mengalami "insulin resistance" yang menyebabkan sel-sel di dalam badannya tidak bertindak balas dengan baik dengan hormon insulin lalu mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan hormon testosteron turut meningkat.

Ketidakseimbangan hormon-hormon tersebut akan memberi kesan buruk kepada ovulasi iaitu folikel-folikel di dalam ovari wanita tidak membesar dan matang dan mengakibatkan pesakit PCOS sukar hamil.

Selain itu, hormon insulin yang tinggi boleh meninggikan risiko untuk keguguran berlaku dalam kalangan pesakit PCOS. Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras hormon insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.

Diet rendah lemak dan tinggi karbohidrat boleh menyebabkan paras insulin semakin meningkat, maka diet ideal bagi penghidap PCOS menurut Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan dari Pusat Kesuburan Kuala Lumpur ialah diet rendah indeks glycaemic (GI).

Menurutnya makanan yang mempunyai GI rendah akan dihadam dan diserap dengan kadar lebih perlahan berbanding GI tinggi.

Oleh itu, paras gula dah hormon insulin akan naik perlahan-lahan.

Kajian membuktikan yang diet rendah GI berupaya mengawal paras gula dan kolestrol bagi kalangan pesakit yang menghidap kencing manis dan berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan serta pesakit merasa kenyang lebih lama.

Selain itu, ia boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawat masalah rintangan insulin (insulin resistance).

Salah satu cara ialah dengan melebihkan pemakanan GI rendah  dan sederhana ataupun mengkombinasikan makanan rendah GI dan tinggi GI.

Contoh makanan yang mempunya GI rendah ialah muesli yang tidak bergula, roti pitta, buah epal, pear, plum, oren, makaroni, pasta, brokoli, lobak merah dan kekacang.

Memakan lima kali sehari dan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap juga bagus bagi memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti 'yo-yo' tetapi stabil sepanjang hari selain mengelakkan kita kelaparan.

Satu kajian juga menunjukkan pesakit PCOS yang memakan sarapan pagi yang besar diikuti dengan kuantiti yang semakin berkurangan untuk waktu makan yang seterusnya terutamanya waktu makan malam dapat mengawal paras insulin dalam darah mereka dengan lebih berkesan.

Di samping itu, pesakit PCOS digalakkan mengambil makanan berserat tinggi, makanan organik dan pengambilan makanan tambahan seperti mutivitamin dan minyak ikan Omega 3.  

No comments:

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker