Nak berkongsi ilmu pun, saya bukan ahlinya... tapi kalau ada info yang saya rasa menarik dan berguna... saya akan kongsikan di sini untuk dipanjang-panjangkan lagi. Sebenarnya inilah tujuan saya untuk entry ni. 21 September yang lalu, ada artikel mengenai dilema wanita PCOS di Mingguan Malaysia, selitan di Pancasihat yang di kongsi oleh Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur. Saya rasa info. yang diberikan sangat detail dan ada juga ilmu baru yang saya dapat pelajari iaitu... Diet Rendah Indeks Glycaemic (GI). Kena buka topik khas untuk diet rendah GI ni sebab saya pun masih tak familiar.
Keratan akhbar 21 September 2014 |
4 info wanita PCOS... tapi saya tahu 2 je sebelum ni. |
- Saya tahu pesakit PCOS mempunyai hormon lelaki yang tinggi dan cenderung untuk tumbuh bulu pada badan seperti lelaki.
- Saya tahu DIET perlu disertakan dengan senaman bagi pesakit PCOS melawan kegemukan.
- Tapi saya TAK tahu yang rambut gugur merupakan antara simptom PCOS
- dan saya TAK tahu yang wanita PCOS yang mengandung perlu sentiasa menjaga makanan dan bertemu doktor kerana kemungkinan keguguran tinggi.
Sebagai ulangkaji... (hehe..), tanda klasik wanita PCOS adalah period yang tak teratur, tumbuhnya bulu-bulu di badan seperti lelaki dan ovari polisistik. Individu mungkin tak mengalami semua simptom ni, mungkin hanya satu atau dua saje simpton yang terdapat pada diri anda. Anda lebih tahu yang mana satu.
Rupa-rupanya PCOS ni ada nama lain juga. Dikenali juga sebagai sindrom Stein-Levanthal, penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, yang mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan pesakit.
Perenggan seterusnya... saya copy paste sahaja...
Selain mengganggu masalah kesuburan, PCOS juga boleh menjadi sebab pelbagai masalah kesihatan lain yang serius seperti obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolestrol. Kira-kira 10%-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis, terutama kepada sesiapa yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
Dalam keaadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi dan malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.
Dianggarkan 5%-10% wanita berada dalam umur reproduktif mengalami PCOS. PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya dari menjadi lebih parah serta rawatan untuk mereka yang mahu hamil.
Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
No comments:
Post a Comment