Wednesday, November 13, 2013

25 October 2013 - Ulang Tahun ke 5 Perkahwinan dan Salah Satu Kenangan Paling Manis

Abang

Saya.... (...+ng)
Gambar pun asing-asing.. standardlah.. keluar berdua, ko amik gambar aku - aku amik gambar ko. Hehehe.

Alhamdulillah jatuh pada tanggal 25 Oktober 2013, sehari selepas IUI yang ke 3 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Terdedik dalam hati, kalau ditakdirkan saya mengandung, macam bunting pelamin pulak kan.. walaupun lewat 5 tahun. But.. masih tak ada rezeki lagi. Allah dah tentukan segalanya... saya terima dengan reda. In sya Allah.

Bila dah 5 tahun, tahap romantis pun dah makin surut, atau pun tahap kekreatifan dah makin pudar. maklumlah usia pun dah meningkat, otak pun dah slow sikit nak fikir-fikirni. Tak tau nak celebrate cam ne. (Macamlah sebelumni celebrate kaw-kaw kan).. tapi biasanya, yang buat special tu sebab ada 'majlis' makan-makan, tak kisahlah kat rumah ke, kat luar ke. janji makan-makan... I like. Pada diri I, kalau ada makan-makan mesti special, sebabtu setiap hari, I rasa special... hi hi hi.

So kami pun keluarlah ke Tesco Kajang dan makan di Chicken Rice Shop, sebenarnya saya nak makan kari laksa, tapi takde pulak. So makan ajelah nasi ayam. Memang lama dah tak makan kat restoran ni, so macam ok jugaklah kan idea nak celebrate anniversary kat situ. (salute kat orang yang celebrate ulangtahun bulanan.. banyak betol idea).

Kejab jek kan dah lima tahun... memang best lah jadi isterini.. dapat pulak suami Encik Wari tuh. Untung badan. (ayat promo).. tapi biasalah, ada pasang dan surut, pantai mana yang tak ditimpa badai, atau sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri... buang yang keruh, ambil yang jernih,.. banyak rupanya peribahasa yang sesuai untuk suami isterikan.. yang penting sabar, saling memaafkan, terus terang, sentiasalah doa yang terbaik untuk pasangan kita. Kalau kat dunia kita bersama, kan lagi elok kalau kat akhirat pun bersama... kat syurgalah. Macam mana nak ke syurga, tanyalah iman.

Sebenarnya saya sedang selongkar file dalam komputerni tadi, tetiba terjuma file video wari konvo master dulu yang saya telah edit, save dalam cd, dan hadiahkan kat Wari, buat seperais lah kengkunun. Sweeet kan saya masatu. Walau gambar gegar-gegar, sweet jek saya rasa. Masa saya tonton balik, bergenang air mata saya. "Rupa-rupanya macam-macam kita dah lalui bersama, kan bang..."

Saya nak share kat sini video tu... Salah satu Kenangan Paling Manis...





Monday, November 11, 2013

Prosedur IUI di HKL + cara inject hormon.



Assalamualaikum...
Gambar di atas saya ambil dari pamphlet di Infertility Clinic, HKL. Memang ada perbezaan di antara Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur, dari segi ubat dan prosedurnya. Secara general, anda boleh refer kepada maklumat yang diberikan di atas. Saya cuma akan tambah beberapa perkara yang tak disebutkan.

1) Di HKL, TVS pertama akan dilakukan pada hari ke 2 menstrual. Memang agak tak selesa, sebab masa tu tengah heavy flow. Sediakan pad lebih kalau anda nak tukar selepas TVS. Buang air kecil sebelum TVS di lakukan. Di HKL, TVS start pukul 730 pagi sampai 830 sahaja. So pandai-pandai arrange waktu.

2) Doktor akan beri preskripsi ubat hormon yang akan disuntik bermula pada hari ke 2 juga. Selalunya diambil setiap hari, quantiti berbeza mengikut individu. Ubatni perlu penjagaan yang rapi kerana perlu disimpan dalam keadaan sejuk, bawah 20 darjah celcius. Jadi selalunya, nurse dah pesan untuk bawa "bekas tahan sejuk" mcm brand Coleman dan DI ISI AIS. Kenapa huruf besar? Sebab orang selalu lupa nak bawa ais, terpaksa pula cari ais kat medan selera berdekatan. Lagipun kadang-kadang untuk yang 1st timer, memang tak tahu apa-apa. Selalu bawa bekas kosong. Jadi saya nak ingatkan kat sini...

3) Bab inject-menginject ubat. Haritu saya ada janji nak ajar cam mana nak inject kan.. tapi sorry sesangat, saya lupa nak ambil gambar. Bukanlah tak boleh cerita, tapi takut susah nak paham kalau takde gambar. Kalau dah selalu buat, memang takde masalah. Tapi bagi yang pertama kali nak inject diri sendiri, mesti berdebar-debarkan.

Selalunya hospital akan bekalkan ubat-ubatan dan accessorinya sekali macam jarum, syringe, kapas berstrile... simpan baik-baik. 
Ni bekalan untuk 6 hari, bekalan untuk selepas itu, kena ambil di hospital semasa 2nd TVS.
Saya citer secara general, macam mana nak buat. Jangan risau, nurse akan tunjukkan cara, tapi sekali jek sebab tak kan nak cucuk kita 2 3 kali pulak kan.

  1. Ubat yang di bekalkan ada 2 botol. Satu cecair, satu lagi serbuk. Ubatnya actually yang serbuk, cecair tu digunakan untuk larutkan ubat. Mula-mula, buka penutup botol, tekan dah patahkan kat bahagian bertanda dengan warna.
  2. Guna jarum yang panjang (warna biru) - siap dipasang pada syringe untuk sedut air dan transfer ke botol serbuk. Ubat akan cepat larut. Kemudian sedut larutan ubat ke dalan syringe. (Double handling kalau QS punya terms)
  3. Tukar jarum panjang dengan jarum pendek (warna coklat).
  4. Buang buih-buih udara dengan menjentik hujung syringe.
  5. Tekan syringe sehingga ubat terpancut sedikit. Ini untuk memastikan tiada udara di hujung jarum.
  6. Ubat ini hendaklah dicucuk di bahagian lemak di perut. Cara nak mencari tempat yang sesuai ialah dengan anggaran 2 jari di sebelah pusat, kanan atau kiri selepas 2 jari ini.
  7. Basahkan/strile bahagian yang hendak dicucuk. Picit/cubit besar bahagian perut yang hendak dicucuk. Cucuk jarum ke perut dalam keadaan menegak 90 darjah permukaan perut. Sedut sedikit, jika ada darah, tukar ke bahagian lain. Jika tiada darah, picit syringe perlahan-lahan untuk keluarkan ubat ke dalam lemak perut tadi.
  8. Ikut pengalaman saya, kalau time cucuk tu sakit, selalunya kat situ ada darah. So tukar tempat ye. Cucuk jarum perlahan-lahan... memang tak sakit langsung. Kena cubit lagi sakit. Sakitnya datang bila kita picit syringe tuh, masa ubat masuk dalam perut. Ada rasa sakit sikit.
  9. Pastu, sapu strile kat tempat kena cucuk tu. Dah siap... simple kan? huhu.
  10. Selalunya injection di ambil di waktu pagi, pada masa yang sama setiap hari. Saya ambil dalam kul 730-800 pagi sebelum pergi kerja.
  11. Pastikan anda menjaga kebersihan. Cuci tangan sebelum dan selepas. Tempat untuk anda menjalankan suntikan pun, pastikan bersih.
  12. Buang alatan yang digunakan. Jangan simpan jarum atau syringe yang sudah digunakan.    
4) Datang temujanji TVS yang ke 2. Maybe hari ke 8 atau ke 10, seperti mana yang doktor arahkan. Doktor akan tengok pembesaran telur. Seperti yang saya pernah cerita dlm folicular tracking di Hospital Kajang. Doktor akan tambah stok ubat injection. Dan injectlah setiap hari lagi.

5) TVS hari ke 14... dalam kes saya, saiz telur telah melebihi 20mm. Jadi malamnya dalam pukul 10.00 mlm saya kena ambil suntikan pubergen. Kalau di Hospital Kajang, saya kena ambil di wad bersalin. Di HKL, saya kena cari sendiri. Saya buat di DEMC, bayaran dalam RM35 satu suntikan. Pubergen untuk apa? Saya pernah cerita dahulu, pubergen untuk tetaskan telur 36 jam selepas suntikan. In sya Allah. Tak boleh suntik sendiri, sebab pubergen kena di suntik di bahagian otot.

6) Bersedia untuk IUI lusanya. HKL tak bagi MC pun, setakat time-off separuh hari. Pandai-pandailah awak suma nak amik cuti awal. Saya recommend ambillah cuti, jangan rushing-rushing. Lagipun nak kena mandi wajib kan selepas IUI itu.  

7) Semasa IUI, mungkin ada rasa sakit sakit, atau tak sakit langsung. Selepas IUI, anda akan berehat dalam 1/2jam sebelum boleh bangun dan beredar. Sabar banyak-banyak.. banyakkan berdoa.. tenangkan diri. Pastu tak yah gi keja... lepak jek kat umah jadi mem besar. Hihihi. Tp doktor tak kisah pun kalau awak nak kerja, takde effect pun katanya. So terpulanglah...

8) IUI ke 3 saya tak berjaya... saya tengah peod ni. Nampaknya, rezeki anak belum tiba lagi. Takpe... doa banyak-banyak. Kita bawa ke tahun hadapan pula harapan ini. In sya Allah.



Thursday, November 7, 2013

Operation Kecil Untuk Buang Cyst

Selepas operation...
Kaum wanita di luar sana.... kalau anda rasa sesuatu kat tubuh badan anda, cepat-cepatlah pergi check dengan doktor.
Alkisahnya.. raya hari tu, saya dapat rasakan satu bintat kecil di bahagian tubuh badan saya. Saya buat tak peduli pun, tapi menjelang majlis perkahwinan SIL saya, bintat kecik tersebut dah menjadi benjolan pula. Sungguh saya tak perasan rupanya dalam masa yang sekejab, cepat sungguh ia membesar. Mulalah risau sebab macam-macam terlintas kat hati.
Tanpa berlengah (of course Wari pun support) saya terus pergi ke klinik biasa untuk mendapatkan nasihat. Doktor pun tak boleh nak nasihat apapun melainkan membawa kes saya ke specialist. Saya malas nak cerita panjang, di pendekkan cerita cyst tersebut mmg kena dibuang sebab ianya membesar dan takut menyebabkan infection jika pecah. So... (amik nafas)...

24 September 2013, selamatlah saya menjalani operation kecil.. just nak share 2 3 isi penting yang saya nak kongsi:
1) Pls, jangan malu dan segan untuk berjumpa dengan yang pakar jika terdapat "sesuatu" ditubuh badan. Saya paham kalau lokasinya di tempat yang tak strategik yang selalu kita nak sembunyikan.. tp selalulah pikir kesan jangka panjang dengan tindakan yang kita ambil harini.
2) kes saya tak serius pun, yang mana cyst tu bukan cancer.. jd semakin cepat kita memastikannnya, semakin senang hati kita. atau kalau betul cancer, semakin cepat ia dikesan, semakin cerah peluang untuk boleh diubati. degan izin Allah.
3) Susun jadual anda.. sebab selepas operation pasti anda akan bercuti lama. Perlu support dari kawan sekerja juga untuk takeover kerja-kerja anda.
4) Pantang makan - jangan makan makanan yang menyababkan gatal (selalunya makanan laut), ambil makanan tambahan seperti jeli gamat atau lidah buaya untuk mempercepatkan luka sembuh.
5) jaga kebersihan tempat yang dibedah, supaya luka cepat sembuh.

Itulah dia 1 kisah dari beribu kisah harian saya. Sekarang dah selamat. Dalam 2 minggu jugalah baru hilang kesan sakit operation tu. Kalau tak, hilang saje ubat bius... adus.... peritnya. walaupun dah diberi ubat tahan sakit. Tp pas seminggu, dah boleh jalan laju sikit pun. Mungkinkah ini latihan kepada saya? Mana tau nanti saya beranak pun ceaser.... hehehe. Tunggu sajelah... hehe.

Wednesday, October 23, 2013

IUI Kali Ke 3

Kali ni lain sikit, selalunya saya buat entri yang sudah terjadi... tp kali ni, insyaAllah rancangan yang bakal terjadi. Ye.. ceritanya esok saya akan lakukan IUI yang ke 3.. kalau yang tak tau, kali ni saya buat di HKL, bukan di Hospital Kajang lagi.

Sebab utama saya bagitau sebelum buat, sebabnya tak lain dan tak bukan.. saya nak mohon saudara-saudari pembaca blog saya yang tentunya baik hati, agar dapatkan doakan saya. Moga lebih ramai yang doakan, lebih cepatlah makbul. Kalau sesiapa yang baca kemudian, pun harap tolong doakan.

Itu ajelah yang saya nak kongsikan buat masa ni. Sebenarnya, ada 3 entri yang saya nak kongsikan kepada anda. 1) Dilema Semalam. 2) Cara Suntik Diri Sendiri. 3) Operate Buang Cyst

1) Dilema Semalam just luahan hati saya bila banyak sangat benda nak kena buat dalam masa yang sama. Basically antara IUI-Kerja-Study. Semuanya penting sampai saya tak tahu nak pilih mana satu. Memang berkobar-kobar nak tulis kat sini, tp saya tahan diri saya sbb confirm jadi emotional. Paham-pahamlah kalau jiwa kacau, nanti ayat yang kuar semuanya macam nak mintak kesihan, mintak paham dari kalangan pembaca sekalian di mana dah larilah dari objektive saya kenapa nk share cerita atau usaha untuk mendapatkan anak. But, Alhamdulillah, at the end of the day, semuanya saya dapat. Cuma confirm klas hari Khamis ni terpaksa dikorbankan.

2) Cara suntik diri sendiri.. just nak share knowledge dan experience macam mana nak suntik ubat kat perut bagi first timer yang baru nak wat IUI/IVF.. actually, ni pengalaman baru juga buat saya, so bila dah bape belas kali buat, macam dah tau plak tips supaya masa inject tu tak berapa sakit.

3) Operate buang cyst.. sebenarnya, 24 September haritu, saya baru menjalani operation membuang cyst di bahagian.... kira luaranlah, bukan dalam badan. miahaha... yg ni just cam nak promote awareness kat diri wanita-wanita di luar sana tuh, kalau ada rasa lain macam jek kat badan, cepat-cepatlah gi klinik untuk check.

Ok, tu jek lah... kalau diberi kelapangan insyaAllah, saya akan tulis pasal 3 benda ni. InsyaAllah.

Apapun terima kasih kepada insan-insan yang sudi mendoakan utk saya & wari. Hanya Allah yang boleh membalas jasa anda..

Dari Abu Ad-Darda R.A. dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)

Sesungguhnya mendoakan sesama muslim tanpa pengetahuannya termasuk dari sunnah hasanah yang diamalkan turun-temurun oleh para Nabi alaihissalam dan juga orang-orang soleh. Dan ini menjadi sebab tersebarnya kasih sayang dan kecintaan antara kaum muslimin. Moga kita pun begitu jua. Wallahua'alam.



Monday, October 14, 2013

Kuih Raya Buat Sendiri - versi propa.

Cornflakes Madu

Tart.. design baru... design org nak cepat siap namanya.
Amacam? 2 jenis saya buat sendiri.. Cornflakes Madu dan Tart... Kuih tart memang kuih kegemaran saya, tapi sbb rasanya tak meet expectation, saya tak nak share resepi lagi. haah.. mesti semua orang tgh sibuk masak-masak... sebab esok kan hari raya aidil adha... rajin plak saya ni membuat entri. Saya nak ucapkan selamat hari raya aidil adha.. berkorban apa saja kalau untuk agama, tp utk org lain, diri sendiri.. boleh fikir banyak kali, ikut iman. apa yang terbaik..

oh ya.. nape versi propa.. sebab kuih ni saya buat time hari raya aidilfitri haritu, tp baru nak post skrg.. mmg melampau. propa jek lebih. itulah alkisahnya. he he he.

Gambar di Perth

Memang hebat tahap menangguh-nangguhkan kerja saya dari aspek apa pun, ini salah satu contohnya... cerita yang dah terperam lama, baru nak keluarkan semula. Sebenarnya, bukan cerita pun, cuma nak kongsi gambar hari terakhir saya di Perth (hmm.. mood blogging ON).. yezza... jalan-jalan di Fremantle.
Dari bandar Perth ke Fremantle, kena amik train. Bayaran $11 untuk 2 orang.

Cam biasa, guna CAT bas.. pengangkutan awam. FREE.

Jalan-jalan sekitar Fremantle. Banyak bangunan lama.

Fremantle Markets.. tempat anda mendapatkan barang-barang tempatan dan cenderamata. Tp bukak weekend jek.

Bandar pelabuhan....

Kedai bot.. rasa nak beli jek, seb baik takde tempat nak parking.

South Beach... serius panas... kejab jek kat sini. Just ambil gambar.

The Esplanade Reserve

Lunch kat Kailis..

Lunch apa? Ini jek lah...

Muzium

Try angkat...

E-Shed Market.. tempat borong cenderahati.. serius banyak pilihan ngn harga paling murah. Tp bukak weekend jek ok.

Harbour Town.. ala2 JPO kata org (Maaf, saya tak sampai JPO lg) tp harga mmg best.. sedia jek duit..

Ada tempat solat.. tak amik plak gambar dlm Harbour Town tu sebab rasa sama jek cam shopping complex kat Malaysia.

Penggemar kopi. Haruslah try kopi kat sana kan.

Labanese Pizza... tuan rumah belanja untuk dinner. Thanks.
Di sinilah kami tinggal, 418.. Murray Street. Dengan tuan rumah.

Thanks Kong.. jemput dan hantar kami.

Hasil tangkapan dan kiriman...


Kembali ke Sekolah

24 Ogos 2013
Salah seorang dari yang ramai-ramaitu, terselitlah diriku.

Tarikh keramat... Saya kembali menjadi pelajar. Ntah mimpi apa... Tak terniat nak sambung belajar, tapi Allah punya kuasa, sedetik je hati saya boleh tergerak untuk memohon. Memang rezeki saya, saya diterima.
Pada tarikh tersebut, mendaftarlah saya ke sekolah lama saya dulu, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM. Walaupun dengan hati bebelah bahagi.. Bolehkah? Mampukah? Soalan yang masih tak terjawab ketika itu. Namun berkat sokongan dari keluarga, kawan-kawan dan kata-kata nasihat dari pensyarah, saya tekadkan azam dan kuatkan semangat. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah separuh semester berlalu.
Ujian? Memang tak boleh lari dari ujian..selagi hidup, ujian datang dan pergi.
Cuma saya berharap Allah akan mudahkan urusan saya, ada 4 komitmen penting dalam hidup saya kini..
1- rumah tangga saya; suami saya dan famili.
2- treatment untuk mendapatkan anak
3- kerja
4- belajar (terbaru)

Sebelum ini, dengan 3 komitmen utama pun saya dah rasa sungguh payah sebab seringkali yang no. 3 diutamakan.. didahulukan. Nak buat macam mana ek, tak boleh nak elak. Mujurlah Wari sangat supportive, tak pernah marah kalau saya balik lambat, tak memasak atau minta tolong cuci/sidai/angkat baju. Ini antara sebab saya berat hati nak tambah komitmen yang ke 4 sebab masa yang ada akan semakin terhad. Namun... Ceritanya tetap berlainan, dah tertulis sejak azali yang saya akan pilih untuk belajar juga. Cuma saya berharap, kalau saya sudah mulakan, tinggi harapan saya kalau dapat saya habiskan. 2 tahun... 2 tahun saje. insyaAllah.

Alhamdulillah... mungkin ada hikmahnya. Mungkin ini turning point untuk.. (saya pun tak tahu lagi di ketika ini). Mudah-mudahan Allah mudahkan segalanya. Amin....

Friday, June 21, 2013

Kings Park and Botanic Garden


Hari kedua bermula seawal pagi...bagun dan membantu tuan rumah sediakan sarapan dan makan tengah hari untuk bekalan hari tersebut. Perjalanan jauh sikit hari ini.

Puan Mirda & Encik Kong.. Tuan Rumah yang sudi menumpangkan kami di rumahnya sekali ngan pakej makan minum. Terima kasih tak terhingga.

Spegeti kari, sarapan kami di hari ke 2... confirm terliur kan?? kan ??
Hari ke 2, Encik Kong meminjamkan keretanya kepada kami. Tak jadi masalah kerana lesen memandu Malaysia boleh digunakan di sana. Cuma hati-hati, penguatkuasaan undang-undang ketat, jadi jangan sampai anda dapat "surat cinta", tak pasal-pasal 'merit' empunya kereta jadi corot + bayar saman. Pengsan!


Yeay... pilih pilih... mana mau pergi... sangat besar ini taman, 1 hari pun tak cukup.
Lokasi pertama di hari ke 2... Kings Park dan Taman Botanik. Klik disini untuk info lanjut. Taman ini sangat cantik, setandinglah dengan Taman Tasik Perdana (pada padangan mata saya waktu kecil dulu, sekarang dah tak pergi lagi), cuma luasnya memang luas... macam-macam ada. Kalau tak memilih, 3 hari 3 malam pun tak habis. Haaa.. tamanni malam-malam pun buka tapi bukan semua tempat.



Ada macam-macam tugu. Ni tugu peringatan semasa perang dunia ke 2. Tugu ni pasal ke mana Australia hantar askar-askarnya.. salah satunya, tanah kita. Malaysia. (Ooo....). Ada berderet-deret lagi nama negara lain, tapi saya tak tunjuklah.

Boleh tengok pemandangan bandar Perth.
Yeay... mengabadikan kenangan.

Menggunakan Aps Panorama... boleh ambil gambar dengan lebih luas. Promote Nokia Lumia jab. Hehe. 


Tak silap ni kat Kokoda Track.. sejarahnya, jalan ni digunakan askar sebagai jalan pintas untuk ke markas diaorang kat bukit mana ntah. Sambil-sambil tu bersuai kenal dengan semak-samun kat Australia. Sebab jalan-jalan ni pun dikenali sebagai "Bushland Track".
Semak-samun kalau dibiarkan asli pun cantik juga. Kalau kat Malaysia, semak-samun di jadikan tempat buang sampah. Kesiankan? Salah siapa ek kalau suka buang sampah merata-rata? Jom sama-sama muhasabah diri, kot-kot ada terbuat, lain kali jangan buat ok.


Di Lotterywest Federation Walkway... bersambung dengan steel-glass bridge... Jalan-jalan sama ketinggian dengan pokok. Ala-ala filem "Twilight". Hehehe.

Pasangan dalam "Twilight 2013", Belly Swan & Eddy Cullen. Kih Kih Kih.
Kat jambatan kaca... rasa macam Puteri Gunung Ledang pulak.


Water Garden Pavilion... buatan manusia.

Lepak-lepak sambil tengok air pancut...

Gija Jumulu... pokok boabab. Antara spesis pokok berumur panjang sampai beribu tahun. Pokok ni dah berusia lebih 750 tahun.. masyaAllah.
Lunch.... nasi lemak.
Banyaknya gambar, rasa nak kongsi semuanya tapi manalah cukup ruang. Nanti saya sambung lagi cerita hari ke 2 di destinasi seterusnya.

Thursday, June 20, 2013

Bell Tower, Barrack Jetty & Perth Mosque

Sambung lagi cerita jalan-jalan di Perth City pada hari pertama kami sampai. Kami mengambil CAT bas yang "free", dan boleh bawa jalan-jalan satu bandar. Sila rujuk di sini untuk melihat jadual dan "Routes & Stop Information". Ada jalan-jalan yang ditandakan dengan warna merah, biru dan kuning berserta lokasi perhentian. Jadi anda boleh rancang perjalanan anda dengan jayanya. Bandar Perth ni tak besar sangat kalau nak banding dengan Kuala Lumpur, jadi saya ambil ketiga-tiga jalan untuk melihat sisi Bandar Perth dengan lebih hampir. Cewah....

Lokasi seterusnya selepas muzium ialah Barrack St. Jetty. yang terletak di Sungai Swan. Kat sini terletak juga Bell Tower yang menjadi mercu tanda City Perth. Ramailah orang buat kerja kawen kat sini, majlis karporat ke, atau apa-apa saja majlis, janji ko mampu bayar. Nak masuk untuk melawat pun kena bayar jadi kami tak masuklah, setakat tengok dari luar je. Bell Tower ni tak tinggi sangat pun, besar pun tak.. ala-ala comel gitu jek. Info lanjut, klik di sini. Sebab katanya kalau gi Perth, kena gi Bell Tower, so kami pun pergilah jenguk-jenguk.

Barrack Jetty... cam biasalah rupa jeti.
Dekat Barrack Jetty pula, kalau kamu, kamu, kamu dan kamu punyai wang, bolehlah ambil pakej untuk melihat ikan lumba-lumba atau ke zoo di seberang sungai. Ada juga pakej 'cruise' kat Sungai Swan tu. Inipun tidak termasuk dalam budget kami, jadi kami cuma mengambil gambar dan menghayati keindahan ciptaan Allah.

Bell Tower. Namapun "Bell" mestilah sikit-sikit, bunyi loceng. Tapi kami sangat tenteram tidur di hadapannya :)
Puncak Bell Tower, ambil gambar asing. Tak muat dalam camera kami yang kecil.
Angin sepoi-sepoi bahasa dan dingin terasa pabila menyentuh kulit. Haaaa... mata pun terasa berat. Sebenarnya nak cerita, kami ni tertidur semasa lepak-lepak depan Bell Tower. Hehehe. Mengantuk sangat. Apa taknya, turun flight saje, dah start ronda-ronda. Pastu makan spegeti pulak yang dibekalkan oleh Puan Mirda, memang mantap. Saya pun pasrah dan tidur saje. Tak boleh nak buat apa...
Binatang liar kat sini memang jinak lebih-lebih lagi yang jenis unggas. Ni tengah ngecek bekalan makanan kami. Ke sebab kami ada makanan??? Lupa nak ambik gambar spegeti, kalau tak mesti kamu, kamu dan kamu terliur sama.

Ni jubin-jubin sekitar Bell Tower. Penuh ngan signature budak-budak dengan nama sekolah. Agaknya diorang sponsor duit atau tenaga kot. Menarik!!

Gambar kenangan.

Dalam bas, di hadapan Swan River.

Keadaan dalam bas. Sangat selesa. Berbaloi-baloi sebab free. Hehehe.

Ngan skuter dan bangunan lama... On the way nak cari Masjid Perth. 




Masjid Perth terletak di Jalan William, No. 427-429. Jalan William ni ala-ala Petaling Street kat KL
sebab penuh dengan kedai-kedai orang Asia. Yang paling banyak Cina, kemudian Korea, Arab, dan lain-lain tu kira minoriti. Sebenarnya senang nak dapat makanan halal di Perth sebab banyak makanan Arab, Labenon dan Turki. Menurut tuan rumah, En. Kong asal usul orang Arab kat Australia bermula.....

Begini ceritanya....

Pada zaman dahulu, ketika mat saleh baru sampai ke Australia, mereka menghadapi masalah logistik untuk beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ye lah, Ausie ni terkenal dengan kepelbagaian rupa bentuk muka buminya. Kejab-kejab jek jumpa gurun. Jalan-jalan sikit lagi jumpa gurun, tanah gersang, panas, nak jalan kaki penatlah sangat, nak mintak tolong keldai, keldai pun tak mampu. Jadi mereka-mereka pun mengimport unta-unta dari Arab untuk tujuan logistik. Nak handle unta sendiri tak reti, jadi angkutlah sekali dengan tuan-tuan untanya sekali. Secara tak langsung, begitulah caranya agama Islam tersebar di sana.

Pintu hadapan masjid.


Beginilah rupanya belah dalam masjid.
Di hujung lorong itu, terletaknya tempat mengambil wudu' dan tandas.


Di atas pintu masjid... Kalimah Syahadah. Allahuakbar.
Yeah... alhamdulillah, jejak kaki kami di sini.
Alhamdulillah.... luasnya ajaran Islam melangkaui budaya, bahasa dan benua, sampai ke mana-mana pun kita akan berjumpa dengan saudara-saudara Islam kita. Inilah saksi yang Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W telah menjalaskan tugasnya dalam berdakwah, menyampaikan risalah yang benar dan diteruskan oleh para sahabat, tabiin, ulama'. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker