Sambung lagi cerita jalan-jalan di Perth City pada hari pertama kami sampai. Kami mengambil CAT bas yang "free", dan boleh bawa jalan-jalan satu bandar. Sila rujuk
di sini untuk melihat jadual dan "Routes & Stop Information". Ada jalan-jalan yang ditandakan dengan warna merah, biru dan kuning berserta lokasi perhentian. Jadi anda boleh rancang perjalanan anda dengan jayanya. Bandar Perth ni tak besar sangat kalau nak banding dengan Kuala Lumpur, jadi saya ambil ketiga-tiga jalan untuk melihat sisi Bandar Perth dengan lebih hampir. Cewah....
Lokasi seterusnya selepas muzium ialah Barrack St. Jetty. yang terletak di Sungai Swan. Kat sini terletak juga Bell Tower yang menjadi mercu tanda City Perth. Ramailah orang buat kerja kawen kat sini, majlis karporat ke, atau apa-apa saja majlis, janji ko mampu bayar. Nak masuk untuk melawat pun kena bayar jadi kami tak masuklah, setakat tengok dari luar je. Bell Tower ni tak tinggi sangat pun, besar pun tak.. ala-ala comel gitu jek. Info lanjut, klik
di sini. Sebab katanya kalau gi Perth, kena gi Bell Tower, so kami pun pergilah jenguk-jenguk.
|
Barrack Jetty... cam biasalah rupa jeti. |
Dekat Barrack Jetty pula, kalau kamu, kamu, kamu dan kamu punyai wang, bolehlah ambil pakej untuk melihat ikan lumba-lumba atau ke zoo di seberang sungai. Ada juga pakej 'cruise' kat Sungai Swan tu. Inipun tidak termasuk dalam budget kami, jadi kami cuma mengambil gambar dan menghayati keindahan ciptaan Allah.
|
Bell Tower. Namapun "Bell" mestilah sikit-sikit, bunyi loceng. Tapi kami sangat tenteram tidur di hadapannya :) |
|
Puncak Bell Tower, ambil gambar asing. Tak muat dalam camera kami yang kecil. |
Angin sepoi-sepoi bahasa dan dingin terasa pabila menyentuh kulit. Haaaa... mata pun terasa berat. Sebenarnya nak cerita, kami ni tertidur semasa lepak-lepak depan Bell Tower. Hehehe. Mengantuk sangat. Apa taknya, turun flight saje, dah start ronda-ronda. Pastu makan spegeti pulak yang dibekalkan oleh Puan Mirda, memang mantap. Saya pun pasrah dan tidur saje. Tak boleh nak buat apa...
|
Binatang liar kat sini memang jinak lebih-lebih lagi yang jenis unggas. Ni tengah ngecek bekalan makanan kami. Ke sebab kami ada makanan??? Lupa nak ambik gambar spegeti, kalau tak mesti kamu, kamu dan kamu terliur sama. |
|
Ni jubin-jubin sekitar Bell Tower. Penuh ngan signature budak-budak dengan nama sekolah. Agaknya diorang sponsor duit atau tenaga kot. Menarik!! |
|
Gambar kenangan. |
|
Dalam bas, di hadapan Swan River. |
|
Keadaan dalam bas. Sangat selesa. Berbaloi-baloi sebab free. Hehehe. |
|
Ngan skuter dan bangunan lama... On the way nak cari Masjid Perth. | |
|
Masjid Perth terletak di Jalan William, No. 427-429. Jalan William ni ala-ala Petaling Street kat KL
sebab penuh dengan kedai-kedai orang Asia. Yang paling banyak Cina, kemudian Korea, Arab, dan lain-lain tu kira minoriti. Sebenarnya senang nak dapat makanan halal di Perth sebab banyak makanan Arab, Labenon dan Turki. Menurut tuan rumah, En. Kong asal usul orang Arab kat Australia bermula.....
Begini ceritanya....
Pada zaman dahulu, ketika mat saleh baru sampai ke Australia, mereka menghadapi masalah logistik untuk beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ye lah, Ausie ni terkenal dengan kepelbagaian rupa bentuk muka buminya. Kejab-kejab jek jumpa gurun. Jalan-jalan sikit lagi jumpa gurun, tanah gersang, panas, nak jalan kaki penatlah sangat, nak mintak tolong keldai, keldai pun tak mampu. Jadi mereka-mereka pun mengimport unta-unta dari Arab untuk tujuan logistik. Nak handle unta sendiri tak reti, jadi angkutlah sekali dengan tuan-tuan untanya sekali. Secara tak langsung, begitulah caranya agama Islam tersebar di sana.
|
Pintu hadapan masjid. |
|
Beginilah rupanya belah dalam masjid. |
|
Di hujung lorong itu, terletaknya tempat mengambil wudu' dan tandas. |
|
Di atas pintu masjid... Kalimah Syahadah. Allahuakbar. |
|
Yeah... alhamdulillah, jejak kaki kami di sini. |
Alhamdulillah.... luasnya ajaran Islam melangkaui budaya, bahasa dan benua, sampai ke mana-mana pun kita akan berjumpa dengan saudara-saudara Islam kita. Inilah saksi yang Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W telah menjalaskan tugasnya dalam berdakwah, menyampaikan risalah yang benar dan diteruskan oleh para sahabat, tabiin, ulama'. Semoga Allah merahmati mereka semua.
No comments:
Post a Comment