Monday, February 23, 2009

Kuih Penjaram

Semasa aku jalan-jalan di KK baru-baru ini, aku berkesempatan merasa sejenis kuih tradisional Sabah.. pergh.. memang buat aku teringat-ingat. Nama kuih ini kuih penjaram.

Untuk menghilangkan 'mandrem' kuihni, semalam aku pun melayari internet dan mencari resepinya. Sebenarnya, kuih ni ada dua perisa, satu perasa gula merah (rasanya.. sebab warna coklat) dan satu lagi perasa pandan.. tentunya yang warna hijau.

Aku pun mencuba resepi tersebut.. senang je, 1 cawan tepung gandum, 2 cawan tepung beras, 1 cawan gula, dan air secukupnya. Yang tak suka manis, boleh kurangkan gula. Kalau nak buat perasa pandan, perahkan sahaja daun pandan yang dikisar dan ditapis. Adun sampai sebati.. macam yang aku buat kat atas tu.

Ini yang sudah disiap digoreng. Pengalaman aku dalam menghasilkan kuih ni; kuih ni memerlukan kepekatan yang tepat dan minyak yang cukup. Kalau tak.... samaada jadi leper atau jadi cengkodok. Ikut sukatan dengan betul (jangan pandai-pandai ubah cam... hmm... aku :P), kalau tak, tak jadilah seperti rupa bentuk yang sepatutnya. Dalam kes aku, cubaan ke dua sahaja yang lawa.. yang lain.. uhuk uhuk.. paham-paham ajelah ya. Walaubagaimanapun, rasanya sangat tidak mengecewakan. Sebiji cam yang orang Sabah buat. Yay.. berjaya juga!


13 comments:

CikYana(",) said...

nmpk cm besh je..
cmne rse kuih ni ek?

~ujicham~ said...

rasa kuih ni manis. mengikut kata tukang rasa yang dikenali (sape lagi, warilah).. rasanya seperti kuih bingka yang digoreng. adui!

CikYana(",) said...

wah sedapnye..
agak2 kt tganu ni de jual x??
nk p cari la kt pasar payang:)

hanis said...

ko masak untuk wari je?
aku punye takde ke?(sambil membawa sepanduk--- ura2 hendak mogok)

CikYana(",) said...

insyaALLAH kalo diizinkn Tuhan..hihi..2la kazen cik yana..kenal x??huhu

CikYana(",) said...

meleleh ke??smpai arini kek x abis mkn lg..nk ke??

~ujicham~ said...

cik yana.. tak pernah lagi jumpa kuih ni kat semenanjung. btw, tak kenallah sepupu cik yana tu.

hanis.. sabar ye yang.. utk ko, aku dah tinggalkan resepinye tu. hehe.

suezen said...

yeah..punjaram....ke penjaram...hehe...lupe dh name dia...kalo blk kk..slalu mkn kuih nih...nyum nyum....tahniah sebab dh pandai wat kuih nih

Galuh Cendra Kirana said...

Huwaaaaa!!! Aku nak jugak!! Tedapnyee!!

MK said...

eden nak p tganu.. makan akok, dgn satar.. huhu rindu..

Kapten Luffy said...

aku makan jer... tatau nama pun... hahaha

Mogen Ali Rico said...

aku rasa aku ade komen sblm nie..tapi takder lakk..ko delete aku nyer komen yer timah..geramnyeerr aku..hamek nie..bankaiiiiiiiiiiiiii

~ujicham~ said...

suzen & kapten, ni apa kes org sabah tak tahu nama ni? buang negeri buang negeri nih.

galuh.. ala ala ciannya... bucuk2.. nanti kita main pondok2, kita buat ye.

mamat.. ya.. feberet aku tu satar.. cuba kat kuala kemaman, mmg terbaeeek!

heeeppp, apa ni husin lempoyang, ntah kat blog mana la ko komen tu.. aku yg jd mangsa bankaiii.. (aduiii... abg, tgk dia ni.. uwaaaaa uwaaa)

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker