Tuesday, July 20, 2010

Cheese Cake (Peach)

Ni bukan gambar hiasan ye... aku ambik 1/2 jam pas aku letak dalam peti sejuk. Kurang kemas... kalau nak beli aku buat lawa punya.

Hai korang... buat apa cuti hujung minggu aritu? Aku try buat cheese cake. Resepi dapat dari kawan office... nyum nyum. Nak cuba? aku tempekkan resepi kat sini.


Bahan-bahan A
Biskut Marrie dalam setengah paket
250g butter
Secawan gula icing (aku guna gula perang)
Biskut marrie tu hancurkan guna tangan kalau rajin.. aku guna blender je. Pastu cairkan butter. Api kecil je ye. dDh siap, gaul 3 bahan-bahan ni sampai sebati.
Lepas sebati tekap atas loyong dan ratakan (Macam dalam gambar). Simpan dalam peti ais dalam 15 minit.





***********

Bahan-bahan B
250g x 2 Cream Chease
1 tin buah peach
Serbuk jelly secukupnya
Susu pekat secukupnya

Biarkan cream cheese dalam suhu bilik dan pukul hingga sebati. Dalam masa yang sama, tapis buah peach dan bahagikan 2 (1 bahagian untuk hiasan, 1 lagi potong dadu). Panaskan air buah peach dalam periuk dan tambah serbuk jelly secukupnya. Kemudian campurkan ngan adunan cream cheese. Tambahkan susu pekat secukup rasa. Kemudian campurkan juga potongan buah peach. Kacau sampai sebati. Pastu tuang atas lapisan biskut tadi dan ratakan. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.


Untuk hiasan, susun buah peach cantik-cantik atas lapisan cheese dan tuang lebihan jeli kat buah tu. Jangan time panas pulak, kang berlubang cheese korang. Pastu korang simpan lah dalam peti ais semalaman. (aku tak nyempat, malam tu jugak cheese kek aku dah terkorban)Selamat mencuba :)

6 comments:

xara said...

wah.. macam menarik je. boleh cuba ni :)

Galuh Cendra Kirana said...

uik. manarik gak nieh. aku nak try bulan poser nieh. tapi aa... "Lepas sebati tekap atas loyong dan ratakan"... loyong tu nak beli katner ji? kedai ah kau ckp dier tadek jual...lalalalawikkkkkkk

~ujicham~ said...

xara... mesti tak nyesal mencuba.

galuh.. dah nak kawen tu... cuba serius sket belajar masak. jgn larik!

p/s: boleh tekap kat muka :P

Suliana said...

best nye.. dah la cheese cake ni kegemaran ku..hehe.. tak de tepung lansung? muak tak? loyang tak de nih.. pinjam leh?? haha

nak try buat la, cam senang jek. tapi aku ingat dulu ko ajar karamel, habis tenggelam loyang aku masuk air.. double boil la katakan.. hehe

Liza said...

G... tunggu aku punya... Malas nak gaduh2... kekkekke

nisa_dahri said...

walla..rajinnye ko uji..sedap nampaknye...blhla pos sikit kt aku..hehehe

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker