Saya mula bertemu doktor pada tahun 2010 setelah 2 tahun perkahwinan kami. Tahun pertama kami hidup berjauhan iaitu Selangor-Pasir Gudang, jadi mungkin kerana itu saya pun tak kisah kalau lambat sedikit mendapatkan zuriat.
Selepas setahun duduk berasingan, saya dapat tawaran kerja di Kajang, pucuk di cita ulam mendatang. Tak berfikir panjang saya terus menerima tawaran tersebut, lagipun office baru hanya 5 minit dari rumah yang kami baru beli masatu cuma masih lagi dalam pembinaan.
Saya dan Wari ada berbincang yang jika setahun kami duduk bersama, masih lagi tiada rezeki, kami akan berjumpa doktor. Nampaknya itulah yang terjadi…
Saya mula mencari klinik-klinik gynekologi yang ada berhampiran rumah.. bukan apa, senang nak pergi… adalah 2 klinik di Bangi iaitu Az-Zahrah Islamic Medical Centre dan An-Nur Specialist Hospital. Mula-mula saya terfikir yang saya nak mendapatkan rawatan di klinik-klinik swastani sebab senang nak uruskan masa. Paham-pahamlah nature kerja saya yang sangat sibuk. Saya mula berhubung untuk temujanji. Rupa-rupanya urusniaga specialist pun sama macam waktu pejabat, maknanya saya kena ambil cuti. Sebab kedua.. doktor-doktor specialist ni memang perempuan, nanti kurang sikit malu sebab dah pasti saya akan diperiksa luar dan dalam. Apabila appointment dah tak jadi saya pun diam ajelah.
Kebetulan ada satu bulan, Pn. P saya tak kunjung tiba… rasanya dah masuk D45 (hari ke-45), PTK saya pun negatif. Saya pergi ke Klinik Aziani di Bandar Tun Hussin Onn untuk buat scan sebab saya dah tak sabar sangat nak tau saya ni mengandung ke tak. Saya ingat lagi, masatu waktu malam sebab lepas habis kerja.. sebenarnya Dr. Aziani tu kakak ipar saya, saya panggil Kak Long ajelah kat sini.. Wari selalu ‘recommend’ jumpa dia kerana Kak Long pun dah selalu ‘attend’ pesakit yang nak dapatkan anak. Tapi saya rasa malu pula kalau orang yang saya kenal ‘bega-bega’ saya.. hehe.. saya tak taulah orang lain macam mana…
Ultrasound menunjukkan saya memang tak mengandung.. takpelah. Tapi Kak Long cakap rahim saya terbalik.. haa.. apatu? Istilahnya ‘retroverted uterus’. Kalau masa dulu, ada pendapat yang mengatakan rahim jenis ni susah nak dapatkan anak tapi dah terbukti penyataa ni salah pada zaman sekarang. Saya jadi senang hati semula bila Kak Long terangkan macamtu. Kak Long beri ubat untuk seru Pn. P saya.
Selalu ke Pn. P saya ni merajuk? Kak Long tanya. Saya kata sejak saya kahwin. Sebenarnya tambah lagi dengan masalah jerawat dan emosi tak stabil. Cuma yang bagusnya Pn. P saya cuma merajuk sebulan sahaja dan ia akan kembali semula pada saya selepas itu. Kalau berbulan-bulan merajuk lagilah saya susah hati agaknya. Secara kasarnya macam hormon tak stabil tapi pastikah?
Tapi kenapa selepas saya kahwin barulah saya nak alami semuani? Mungkin sebab lepas kahwin, asyik stress pasal kerja, pasal duduk jauh, pasal nak anak, pasal apa-apalah…. Tapi sumber stress utama saya mestilah pasal kerja. Bermula dari situ, saya dah pasang niat nak cari kerja lain.
Syukurlah, zaman sekarang info. di hujung cari… balik rumah saya terus mencari info-info berkaitan. Namun saki-baki susah hati apabila mengetahui tentang bentuk uterus saya masih ada dan melarut-larut ke mungkinkah saya ada kancer pangkal rahim? tiub follopio tersumbat? dan apa-apa sahajalah yang berkaitan dan menakutkan. Nauzibillah. Saya terus bulatkan nekad untuk jumpa specialist dalam masa terdekat.
p/s: Ini cerita hampir 2 tahun dahulu.. kejab je masa berlalu.
4 comments:
insylh aku doakan ko dapat kembar lepas ni :-)
Amin Amin ya Rabbal Alamiin
sabar ya dear. mungkin rezeki xada lagi. my auntie, da kwen almost 20years pun xdek anak lagi
Assalam Uji..usaha, doa dan tawakal ye Uji...aku faham sbb aku pun pernah laluinya dulu..insyaallah zaman skrg ni teknologi dah canggih..yg penting ada kemahuan utk berusaha..pergi ke specialist hosp gomen pun ok...aku dulu buat treatment di HUKM..
Post a Comment