Tuesday, September 9, 2014

Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak

Dari tepi jalan, inilah tandanya.

Pintu masuk. Sebelahnya ada kaunter bayar tiket.

Pandu masuk ke area orang utan.

Add caption

Lepas park keter, kena jalan sikit.


2 beranak dah sampai.... elok sama je bergayut, macam kawad sudah.

Main-main dulu.




Eh.. ??

Kena jalan sikit untuk masuk ke main feeding area.


Ramai pelawat


Haaa.. puas dah scroll gambar kat atas?? ni nak citer plak. Salah satu tempat wajib lawat kalau gi Sarawak, kalau masa mengizinkan la.... Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. Kat sini bagi sesapa yang nak feeeeel natural + tengok orang utan yang liar, boleh lah lawat. Waktu lawat cam besalah, pagi sampai petang... tp kalau nk bersuai kenal ngan orang utan ni, kena pegi time bg makan. sbb time lain, tak jamin orang utan keluar tunjukkan diri. (Korang ingat korang je ke nak kena ada appointment bagai... orang utan pun sama jugak. Hihi). Tapi time makan ni pun, orang utan boleh reject appointment korang lagi-lagi time musim buah. so ikut rejeki la, kalau dah jodoh, orang kata tak kemana. Feeding time adalah pukul 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang. Pandai-pandai lah arrange...

Nak masuk kena bayar tiket. Tak ingat dah bape... sbb ni tahun lepas punya citer. Hihi. Baik cek sendiri ya tuan-puan, manalah tau harga dah naik. Harga minyak gula pun dah lama naik. hihi.

Sesapa yang cintakan keindahan alami macam saya ni, memang teruja melawat tempat-tempat camni walaupun kena berjalan kaki sikit. Oh ya, dari pintu masuk nak ke parking tempat orang utan, boleh bawa keter. Siapa ada stamina bagus, yang jogging tetiap minggu, leh la try jalan kaki. Saya takdela... hihi. Sementara nak tunggu tu, ada briefing sket pasal keselamatan. penting tau sbb masa berhadapan dengan orang utan yang semi-liar atau liar ni, macam-macam boleh terjadi. Point paling penting, jangan buat bising, budak-budak tak leh nangis, tak bole flashes on cameras, jangan hulur makanan, jangan buat orang utan terkejut. Maklumla, orang utan ni dah le saiz besar, kalau dah liar tu... jangan la expect dia nak belai-belai korang kan. Sebagai orang 'minyak & gas' saya memang take note sangat pasal safety ni. heee... tapi kan, masa tengah tengok orang utan tu, ade jek yang buat bising. Isk isk... tak tahulah... tak kesian ke kat baby-baby yang ada sekali time tu, buatnya orang utan tu terkejut dan sambar, pastu bawa lari masuk hutan camne? tapi alhamdulillah, takde kejadian yang tak diingini berlaku.

Bukan apa ya tuan puan, kawasan tu mmg tak ada pagar yg memisahkan kamu dengan orang utan. pendek kata, kamu dan alam semulajadi menjadi satu... cewah ayat. Tp pangkin untuk letak pisang sebagai umpan orang utan tu jauh jugalah... sempat lah nak lari kalau dewasa, tp kalau budak-budak? Isk... tak dapat bayangkan. Masa kami melawat tu, tak kuar pun si dominan jantan... bernama Ritchi, hee kalau tak... ngeri.

Secara amnya.. orang utan ni nampak lemah lembut... sekali bergayut kat pokok tu, alahai.... macam terbuai-buai sebab tangan diorang panjang. Comel jugalah... lagi-lagi anak orang utan, pandai juga buat aksi mencuit hati.

Terletak lebih kurang 40km dari Kuching, tak lah jauh sangat kan kalau nak pegi. Bukan senang nk ada jodoh ngan orang utan kan.. :) 


No comments:

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker