Di petik dari Mingguan Malaysia, Pancasihat, 21 September 2014.
Turunkan berat badan, itulah nasihat yang paling sering diterima oleh penghidap PCOS terutama mereka yang memerlukan zuriat.
Namun, tidak ramai tahu susah-payah seorang penghidap PCOS menurunkan berat badan walaupun mengurangkan makan seperti orang lain kerana gangguan hormon di dalam badannya membuatkan kebanyakkan pesakit PCOS mengalami penentangan terhadap hormon insulin (insulin resistance).
Insulin ialah sejenis hormon di dalam badan kita yang berfungsi untuk membolehkan sel-sel menyerap gula daripada darah untuk kegunaan sel tersebut.
Pesakit PCOS selalunya mengalami "insulin resistance" yang menyebabkan sel-sel di dalam badannya tidak bertindak balas dengan baik dengan hormon insulin lalu mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan hormon testosteron turut meningkat.
Ketidakseimbangan hormon-hormon tersebut akan memberi kesan buruk kepada ovulasi iaitu folikel-folikel di dalam ovari wanita tidak membesar dan matang dan mengakibatkan pesakit PCOS sukar hamil.
Selain itu, hormon insulin yang tinggi boleh meninggikan risiko untuk keguguran berlaku dalam kalangan pesakit PCOS. Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras hormon insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
Diet rendah lemak dan tinggi karbohidrat boleh menyebabkan paras insulin semakin meningkat, maka diet ideal bagi penghidap PCOS menurut Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan dari Pusat Kesuburan Kuala Lumpur ialah diet rendah indeks glycaemic (GI).
Menurutnya makanan yang mempunyai GI rendah akan dihadam dan diserap dengan kadar lebih perlahan berbanding GI tinggi.
Oleh itu, paras gula dah hormon insulin akan naik perlahan-lahan.
Kajian membuktikan yang diet rendah GI berupaya mengawal paras gula dan kolestrol bagi kalangan pesakit yang menghidap kencing manis dan berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan serta pesakit merasa kenyang lebih lama.
Selain itu, ia boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawat masalah rintangan insulin (insulin resistance).
Salah satu cara ialah dengan melebihkan pemakanan GI rendah dan sederhana ataupun mengkombinasikan makanan rendah GI dan tinggi GI.
Contoh makanan yang mempunya GI rendah ialah muesli yang tidak bergula, roti pitta, buah epal, pear, plum, oren, makaroni, pasta, brokoli, lobak merah dan kekacang.
Memakan lima kali sehari dan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap juga bagus bagi memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti 'yo-yo' tetapi stabil sepanjang hari selain mengelakkan kita kelaparan.
Satu kajian juga menunjukkan pesakit PCOS yang memakan sarapan pagi yang besar diikuti dengan kuantiti yang semakin berkurangan untuk waktu makan yang seterusnya terutamanya waktu makan malam dapat mengawal paras insulin dalam darah mereka dengan lebih berkesan.
Di samping itu, pesakit PCOS digalakkan mengambil makanan berserat tinggi, makanan organik dan pengambilan makanan tambahan seperti mutivitamin dan minyak ikan Omega 3.
Khas Untuk Aku Rasa Syok Terhadap Apa-apa Jua Nukilan Yang Aku Hasilkan Sendiri.. Tetapi Sesiapa Yang Nak Tumpang Syok Pun Dialu-alukan.
Thursday, September 25, 2014
Dilema si wanita PCOS
Hmm... lamanya saya tak cerita perjalanan TTC saya kan... bukan sebab tak ada cerita tapi cerita dan prosesnya sama je kan.. kalau saya cerita juga, dah macam Astro.. asik ulang-ulang. Tapi untuk update dan catatan diri sendiri, saya baru je buat IUI kali 2 di HKL (tapi yg ke 4 dalam hidup saya). Result negative... it is ok. Belum rezeki lagi, dan jangan putus asa. Saya memang tak suka nak FOKUS cerita perasaan frust tu, sebab tujuan saya share cerita TTC kat sini adalah untuk berkongsi pengalaman... mana tau boleh membantu dan memberi inspirasi kapada wanita TTC di luar sana.. jangan sesekali berasa kecewa dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada kita. So insyaAllah memang tak kan ada cerita pengalaman diperli, sentap dan seangkatan dengannya. Kalau ada... sila tegur saya. Hihi.
Nak berkongsi ilmu pun, saya bukan ahlinya... tapi kalau ada info yang saya rasa menarik dan berguna... saya akan kongsikan di sini untuk dipanjang-panjangkan lagi. Sebenarnya inilah tujuan saya untuk entry ni. 21 September yang lalu, ada artikel mengenai dilema wanita PCOS di Mingguan Malaysia, selitan di Pancasihat yang di kongsi oleh Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur. Saya rasa info. yang diberikan sangat detail dan ada juga ilmu baru yang saya dapat pelajari iaitu... Diet Rendah Indeks Glycaemic (GI). Kena buka topik khas untuk diet rendah GI ni sebab saya pun masih tak familiar.
Sebagai ulangkaji... (hehe..), tanda klasik wanita PCOS adalah period yang tak teratur, tumbuhnya bulu-bulu di badan seperti lelaki dan ovari polisistik. Individu mungkin tak mengalami semua simptom ni, mungkin hanya satu atau dua saje simpton yang terdapat pada diri anda. Anda lebih tahu yang mana satu.
Rupa-rupanya PCOS ni ada nama lain juga. Dikenali juga sebagai sindrom Stein-Levanthal, penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, yang mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan pesakit.
Perenggan seterusnya... saya copy paste sahaja...
Selain mengganggu masalah kesuburan, PCOS juga boleh menjadi sebab pelbagai masalah kesihatan lain yang serius seperti obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolestrol. Kira-kira 10%-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis, terutama kepada sesiapa yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
Dalam keaadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi dan malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.
Dianggarkan 5%-10% wanita berada dalam umur reproduktif mengalami PCOS. PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya dari menjadi lebih parah serta rawatan untuk mereka yang mahu hamil.
Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
Nak berkongsi ilmu pun, saya bukan ahlinya... tapi kalau ada info yang saya rasa menarik dan berguna... saya akan kongsikan di sini untuk dipanjang-panjangkan lagi. Sebenarnya inilah tujuan saya untuk entry ni. 21 September yang lalu, ada artikel mengenai dilema wanita PCOS di Mingguan Malaysia, selitan di Pancasihat yang di kongsi oleh Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur. Saya rasa info. yang diberikan sangat detail dan ada juga ilmu baru yang saya dapat pelajari iaitu... Diet Rendah Indeks Glycaemic (GI). Kena buka topik khas untuk diet rendah GI ni sebab saya pun masih tak familiar.
Keratan akhbar 21 September 2014 |
4 info wanita PCOS... tapi saya tahu 2 je sebelum ni. |
- Saya tahu pesakit PCOS mempunyai hormon lelaki yang tinggi dan cenderung untuk tumbuh bulu pada badan seperti lelaki.
- Saya tahu DIET perlu disertakan dengan senaman bagi pesakit PCOS melawan kegemukan.
- Tapi saya TAK tahu yang rambut gugur merupakan antara simptom PCOS
- dan saya TAK tahu yang wanita PCOS yang mengandung perlu sentiasa menjaga makanan dan bertemu doktor kerana kemungkinan keguguran tinggi.
Sebagai ulangkaji... (hehe..), tanda klasik wanita PCOS adalah period yang tak teratur, tumbuhnya bulu-bulu di badan seperti lelaki dan ovari polisistik. Individu mungkin tak mengalami semua simptom ni, mungkin hanya satu atau dua saje simpton yang terdapat pada diri anda. Anda lebih tahu yang mana satu.
Rupa-rupanya PCOS ni ada nama lain juga. Dikenali juga sebagai sindrom Stein-Levanthal, penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, yang mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan pesakit.
Perenggan seterusnya... saya copy paste sahaja...
Selain mengganggu masalah kesuburan, PCOS juga boleh menjadi sebab pelbagai masalah kesihatan lain yang serius seperti obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolestrol. Kira-kira 10%-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis, terutama kepada sesiapa yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
Dalam keaadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi dan malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.
Dianggarkan 5%-10% wanita berada dalam umur reproduktif mengalami PCOS. PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya dari menjadi lebih parah serta rawatan untuk mereka yang mahu hamil.
Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
Friday, September 12, 2014
Kangaroo dan Koala di Cohunu Park
Di pintu masuk |
Tengok koala... asik tido jek kejanya. |
sejarah asal usul koala kat Perth |
Kangaroo pun tengah lepak2... |
kasawari garang |
ni burung apa ntah... heee... takut nak jalan. |
Impala kot... suara kuat... heee.. takut nak jalan. |
Kambing apa ntah... kambing gurun kot. |
kuda padi |
Cohunu Park ni terletak di kawasan sub-urbun.. ala-ala kampung.... hari tu panas terik juga... so rasa macam kat Malaysia. Cuma kalau kat Malaysia, kita nampak kambing, lembu kat kampung-kampung, kat sini pula saya nampak kuda. Rumah pun sebiji-sebiji... jauh-jauh.
Lebih kurang perjalanan dalam 40minit ke 1 jam dari Bandar Perth, barulah tiba ke area ni. Alhamudillah... tak sesat walaupun tempatnya agak masuk ke dalam juga.
Nak masuk kena bayar tiket. Macam perusahan kampung plak, kat tempat kaunter tu ayang berjalan bebas ke sana-sini. hehehe. Kat sini style macam open zoo. So kita dengan binatang ju tak de halangan. Kecuali koala, burung kasawari dan kuda padi tu. Koala tu sebab binatang tu sensitif katanya... bulunya tak leh di pegang sebarang.. karang gugur. Kalau nk pegang, amik gambar gak.. bayar 30 dolar tak silap... boleh plak. Kasawari tu sebab garang... hish.. macam nak patuk orang plak. Kuda tu plak, rasanya kalau kasi open, mau kena tunggang dek pelawat. Bisa patah pinggang kuda tu nak layan. hehe. (agaknya).
Pastu ada banyak burung-burung dalam sangkar...
Ni antara burung yang di biar bebas... gemuk-gemuk. |
Dalam 2-3 jam kat Cohunu Park ni... pastu terus balik town sebab nak elak hari gelap..., oh ya, kat Perth masatu, pukul 5.00 dh start nak senja. Lagipun sebab tengok binatang jek pun.. saya pun takut-takut. Takut kena kejar...
Arah jalan... ke arah Mandurah |
Kawasan kampung |
Swan River |
Rumah kat area kampung |
Tuesday, September 9, 2014
Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak
Dari tepi jalan, inilah tandanya. |
Pintu masuk. Sebelahnya ada kaunter bayar tiket. |
Pandu masuk ke area orang utan. |
Add caption |
Lepas park keter, kena jalan sikit. |
2 beranak dah sampai.... elok sama je bergayut, macam kawad sudah. |
Main-main dulu. |
Eh.. ?? |
Kena jalan sikit untuk masuk ke main feeding area. |
Ramai pelawat |
Nak masuk kena bayar tiket. Tak ingat dah bape... sbb ni tahun lepas punya citer. Hihi. Baik cek sendiri ya tuan-puan, manalah tau harga dah naik. Harga minyak gula pun dah lama naik. hihi.
Sesapa yang cintakan keindahan alami macam saya ni, memang teruja melawat tempat-tempat camni walaupun kena berjalan kaki sikit. Oh ya, dari pintu masuk nak ke parking tempat orang utan, boleh bawa keter. Siapa ada stamina bagus, yang jogging tetiap minggu, leh la try jalan kaki. Saya takdela... hihi. Sementara nak tunggu tu, ada briefing sket pasal keselamatan. penting tau sbb masa berhadapan dengan orang utan yang semi-liar atau liar ni, macam-macam boleh terjadi. Point paling penting, jangan buat bising, budak-budak tak leh nangis, tak bole flashes on cameras, jangan hulur makanan, jangan buat orang utan terkejut. Maklumla, orang utan ni dah le saiz besar, kalau dah liar tu... jangan la expect dia nak belai-belai korang kan. Sebagai orang 'minyak & gas' saya memang take note sangat pasal safety ni. heee... tapi kan, masa tengah tengok orang utan tu, ade jek yang buat bising. Isk isk... tak tahulah... tak kesian ke kat baby-baby yang ada sekali time tu, buatnya orang utan tu terkejut dan sambar, pastu bawa lari masuk hutan camne? tapi alhamdulillah, takde kejadian yang tak diingini berlaku.
Bukan apa ya tuan puan, kawasan tu mmg tak ada pagar yg memisahkan kamu dengan orang utan. pendek kata, kamu dan alam semulajadi menjadi satu... cewah ayat. Tp pangkin untuk letak pisang sebagai umpan orang utan tu jauh jugalah... sempat lah nak lari kalau dewasa, tp kalau budak-budak? Isk... tak dapat bayangkan. Masa kami melawat tu, tak kuar pun si dominan jantan... bernama Ritchi, hee kalau tak... ngeri.
Secara amnya.. orang utan ni nampak lemah lembut... sekali bergayut kat pokok tu, alahai.... macam terbuai-buai sebab tangan diorang panjang. Comel jugalah... lagi-lagi anak orang utan, pandai juga buat aksi mencuit hati.
Terletak lebih kurang 40km dari Kuching, tak lah jauh sangat kan kalau nak pegi. Bukan senang nk ada jodoh ngan orang utan kan.. :)
Friday, May 16, 2014
Tempat-tempat Menarik Sekitar Kuching - Kampung Budaya Sarawak / Sarawak Cultural Village
Sebelum ni saya dah tunjukkan gambar-gambar sekitar Kuching Waterfront, sekarang saya nak tunjukkan tempat-tempat menarik sekitar Kuching. Hampir satu hari kami habiskan masa di Kampung Budaya Sarawak yang terletak berhampiran dengan Gunung Santubung. Tak susah nak cari sebab kami menggunakan GPS. Perjalanan dari Kuching mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Lagi satu yang best memandu kat Kuching ni sebab jalan tak sesak dan kereta pun tak laju. Jadi kita boleh memandu kereta dengan santai sambil lihat-lihat pemandangan sekeliling. Aduhai... MasyaAllah... cantik-cantik. Percutian kali ni saya yang kena drive sebab lesen Wari dah expired.
Lagi satu yang best memandu kat Kuching ni sebab jalan tak sesak dan kereta pun tak laju. Jadi kita boleh memandu kereta dengan santai sambil lihat-lihat pemandangan sekeliling. Aduhai... MasyaAllah... cantik-cantik. Percutian kali ni saya yang kena drive sebab lesen Wari dah expired.
Dalam perjalanan... tenang je... langit biru, pohon hijau... udara segar... alhamdulillah. |
Masuk-masuk jek... subhanallah. cantik... nampak Gunung Santubong kat belakang tu. |
akibat menulis setelah beberapa bulan berlalu pergi, saya lupa saya ambil gambar apa ni. |
lepas bayar tiket berharga RM(tak ingat), anda akan dapat passport. Kat dalam ni ada tempat-tempat yang boleh dilawati. Bila dah sampai kat tempat tu, kita cop. |
Pintu masuk & tempat jualan tiket. view dari menara kat bawah ni. |
Menara... Kaum Cina punya. |
Naik menara. |
Jom.. kita start berjalan ikut map ni... bagus utk riadah santai... tak panas sangat sebab banyak pokok. Tapi berpeluh jugalah. |
Sepanjang perjalanan, kita akan melalui timber walkway ni. |
Wah... manyak besar abang punya reban... hihi... lawak jek. |
naik titi bambu... gayat juga tau. |
ini gudang simpanan alat muzik kot, tak boleh masuk. setiap tahun ada festival muzik akan diadakan Kampung Budaya Sarawak. |
Ada tempat rehat juga... kalau penat. |
Saya amik gambar kat setiap signboard rumah.. kenangan. |
Adik Arab dengan kucing Sarawak. |
ada juga jual cenderahati kat rumah-rumah ni. atau boleh sewa baju etnik dan ambil gambar. |
apa motif ni ye... berehat kot. |
confirm la tu berehat melepas lelah kat tangga. |
setiap hari ada pertunjukkan budaya kat dewan Panggung Budaya. sehari 2 kali... so kena timing betul-betul. rugi kalau terlepas. tiket dah bayar mahal. |
full house |
pertunjukkan mewakili etnik Sarawak. setiap kaum ada tarian masing-masing. memang professional... malas nak tunjuk kat sini... biar korang rasa sendiri nanti. |
Uiii... berpusing-pusing kat atas tu. |
Habis pertunjukkan... sambung balik jalan-jalan. |
Mesin menenun. |
Bubu. |
signboard jek? mana rumahnya... ya ampun.. makcik dah lupa yang mana. |
Rumah Orang Ulu |
Tinggi nak naik ni... |
Penuh ukiran satu rumah. ko mampu? |
wah cantik gambar! makcik yang amik. guna camera biasa-biasa je. |
Tengah buat alat muzik yang macam gitar. kat rumah Orang Ulu. |
Nak beli boleh... buat cenderamata. |
bengkel buat parang. |
Rumah Melanau. |
hiasan rumah kot. kena tiup angin sepoi-sepoi... layan perasaan... |
ni rumah orang melayu. |
kat dapur tengah buat kuih kapit... nk buat kudap-kudapan boleh beli. |
Rasa cam balik kampung jek.... |
apa kes makcik ni... budget cam model kalender tu. |
haih... tak tahan... jumpa budak-budak ni terus teringat anak-anak kat rumah. |
alo lo lo... comel. |
dah kawen kot budak ni sekarang... |
kita giling lada hitam. |
Kampung Budaya terletak dekat dengan Damai Laut... so sebelum balik... jalan-jalan dalam panas terik. |
Tumpang berteduh kat buntut burung ni. Hai.. baguslah pelepah ko panjang. |
Tak lama sangat pun sebab panas yang amat. |
Menyelit kat mana-mana yang boleh berteduh. |
Subscribe to:
Posts (Atom)