Saturday, January 31, 2009

PD

Ahad & Isnin yang lepas, family Wari, nenek dan Mak Lang menghabiskan masa di PD. Kami menginap di Ocean View Resort. Kak Long (kakak ipar) yang mencadangkan idea bercuti bersama-sama. Bagus juga untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan memberi kesempatan untuk aku menjadi lebih mesra dengan mereka.

Ahad petang, aku mengambil kesempatan mandi di pantai… huh, lama betul tak berendam dalam air masin. Menangis kuman-kuman kat badan aku ni agaknya. Hahaha. Malamnya ada acara sambutan hari jadi untuk Kak Long. Tengok kat kek, dah 37 umurnya. Selamat Hari Jadi ye Kak Long. Aku pulak.. nak masuk 27 tahun… ei.. 3 tahun lagi mencecah 30 tahun. Tua dah rupanya.. tapi muka maintain muda & ayu dalam apa jua keadaan (ni tagline kita Cik Galuh kan)& makin dekat dengan mati ek… jangan lupa diri pula.

Keesokkan harinya, aku ajak Wari ke pantai.. nak ambil-ambil gambar je. Aku rasa cam malas je nak mandi-mandi hari tu. Dah puas hati, balik semula ke apartment… dalam perjalanan singgah ke kolam renang. Ahli famili semua ada disitu. Mana tahan tengok orang berenang dalam air yang tenang, hati aku pun terkinja-kinja nak melompat masuk dalam air. Ajak Wari, dia ok je. So apalagi.. bedebush.. haha.. pakai je apa yang tersarung kat badan. Nasib baik tak de pak guard yang jaga.. kalau tak berenang dalam hati je la.

Hari itu, aku dapat 2 kesimpulan yang diberikan Rasyiq (adik Wari).. 1. Dia kata aku berenang macam nak cari gamat. Hahaha. 2. Aksi Wari-aku dalam air macam belangkas. Hahaha (gelak lagi) Aku saje je bubuh fakta ni.. kasi kauorang buat spekulasi sikit. Fakta no 1 tu, aku anggap  sebagai satu pujian. Fakta no 2 pula, itu adalah lakonan semula watak-watak dalam animasi Jepun.. suka betul diaorang bertenggek-tenggekkan.. so aku dah taulah apa rasanya..

Kalau ada masa lapang pula… main ‘indoor game’.. hmm.. berinteraksi dengan anak-anak buah Wari, banyak kali tersasul.. kena praktis lagi.. Mama Lang, Mama Lang….. Mama Lang (panggilan untuk aku) ~ bukan Ma Malang okay!

Kami bertolak pulang pada sebelah petangnya…. Tamat. (Hmm.. ayat ending tak bestlah pulak)  

Kami bertolak pulang pada sebelah petangnya…. Satu pengalaman yang menyeronokkan. Tamat. (baru okey sikit)

 

 

9 comments:

hanis said...

macam2 lah ko nih uji.
ayat penamat pun jadi isu.
hehe~

CikYana(",) said...

best nye g holiday

~ujicham~ said...

nis.. biasalah.. sebagai bakal pengarang novel yg tip top.. kenalah jadikan amalan.

Cik yana.. yang tak best selalunya gi keja je. hehehe.

Kapten Luffy said...

ada citer dua kali tamat rupanya... hahahah

Galuh Cendra Kirana said...

Hihi...Ya butul Mama Lang! Huhuhuahua..usah ko sebot umo 30 tuh..nanti haku terlebih excited..tak sabor nak tua ni weyh...sbb haku tayu kiter samer2 tetap akan jadi wanita ayu dan anggun walo ape keadaan (ingat...ingat slogan)nguahahha...manyak2kan ketawe walopon wari wat lawak sikit jer..pasti terserlah lagik keayuan ko...hihih

~ujicham~ said...

amacam kapten.. kreatif tak?

ok galuh.. nasihat yang tip top. tq tq.

MK said...

aku tau tempat ko gi pantai ni.. tempat feveret aku.. pantai sri purnama... ahaha.. best sini...

~ujicham~ said...

oo sang mamat.. mesti ko suka kat tempat batu2 tu.. ko buat ape ek? hehehe.

MK said...

apa aku buat kat situ? yang tu adalah rahsia bg yang da kahwin xleh tau.. ahaha

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker