Thursday, January 29, 2009

Novel Pertama Suri

Cuti CNY tempoh hari, aku sempat singgah Jusco Cheras Selatan. Adalah beli barang sikit. Sebelum pergi tu, aku dah siapkan list… ye lah, nanti ade je benda yang terlupa kan. Salah satu item yang aku memang dah ‘aim’ lama nak beli ialah novel Virus L karya Suri Mawarne Kaidar.

Aku memang dah lama mengidam nak baca buku tulisan Suri ni.. tapi bila aku cari je, mesti takde lagi kat kedai. Buku ni agak baru lah juga, mungkin sebabtu ambil sedikit masa untuk berada di pasaran. Suri ni penulis baru, Virus L produk yang pertama. Walaupun begitu, aku rasa dia dah selalu praktis menulis dalam blog dan juga apabila mengarang komik “a researcher’s life” . So, aku nak taulah macammana style Suri apabila menulis novel.

Sebenarnya yang buat aku tertarik pada Virus L ialah penulisnya.. Suri. Suri adalah kenalan aku waktu sekolah. Semasa waktu persekolahan.. aku rasa Suri tak “show off” pun bakat dia. Apabila membaca blog Suri, kadang-kadang aku boleh diserang pening-pening lalat sebab tak dapat nak bayangkan kehidupan Suri yang pada aku teramatlah sibuk. Suri bekerja dalam bidang IT. Pejabat adalah rumah utama, Baitul Oren (nama rumah bujang Suri) pula dah ala-ala istana hinggap. Pagi-pagi pergi kerja, keesokkan paginya baru pulang…erk.. macam hari-hari pula tu.

Di celah-celah kesibukan itulah Suri menghasilkan Virus L. Hebat tak hebatnya kawan aku Suri ni. Suri belum berkahwin lagi.. dah berpunya atau belum tu aku tak tahu. Tapi kalau nak kahwin dah boleh sangat, duit banyak beb. Sambil lepak-lepak baca blog Suri, aku siap kira sekali income si Suri. (Hahaha.. jangan marah.) Duit gaji + duit OT + royalti buku Virus L + bisnes jual buku online + hidden income yang aku tak tau = gadis berduit beb.

(Ok, kapten jangan cuba nak kenen-kenen ya)

Aku nak jadikan Suri sumber inspirasiku. Yang baik kita ambil jadi contoh ya.

12 comments:

CikYana(",) said...

cikyana suka baca novel
cikyana de koleksi novel melayu n inggeris..
free je..cmfirm baca:)
latest cikyana beli twilight saga

Nasha Ajis said...

ape ke name nye blog si suri nih??

CikYana(",) said...

ye cik yana akn ingat la:)
thx pn uji atas pesanan itu

Galuh Cendra Kirana said...

wahh..uji, kirim salam dgn suri yek... aku nak mula mengumpul karya dia lah. (selama ni dlm simpanan aku ni banyak yg 'rojak'- dari semua penulis)..aku akan support kawan ko Suri... yeahh

~ujicham~ said...

baguslah cik yana, banyak membaca menambah pengetahuan.

nacha.. aku dah buat link kat entry aku. leh klik kat 'blog suri'

galuh, bersama kita menyokong produk tempatan :P hehehe.

Galuh said...

yalah...aku nak yg tempatan jer..tempe...tempe...tempe..nguahahha

Monkey D Luffy said...

yalah... sapa lah aku nak kacau... (sedih nak terjun gaung)

xara said...

uji, thankiu promote buku. tapi, promote buku jela.. tak payah promote orangnya..huhu.

manade kaya dan ber-uang. huhu. royalti buku pun dapat lambat lagi la.

xara said...

oh ye.. opis saya xde OT. biasanya bidang IT memang xde OT. cuma by hook or by crook kena siap kerja. tu yg pulun gak tu.

Erin Rashid said...

apa nama company buku yg diceburi oleh suri
alaf 21 ka..?

~ujicham~ said...

galuh.. tempe tu cinta baru ko ek.

kapten.. kot ya pun jgn la terjung gaung... cedih hantu tindih yg minat ko tu.

xara.. pergh.. tabah betol. dulu aku keja macam tu la.. hasilnya aku lari ke pasir gudang. hahaha.

erin.. nama company tu PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

hanis said...

kalau best kabarkan kat aku k

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker