Friday, November 14, 2008

Sang Pemimpi & Pulau Belitung

Aku sudah menghabiskan pembacaan Sang Pemimpi karya Andrea Hirata yang merupakan sambungan kepada Laskar Pelangi. Pada aku, mutunya masih setanding dengan Laskar Pelangi.

Agak susah juga untuk mencari buku ini. Ketika berjalan-jalan di Sunway Piramid minggu lepas, aku singgah di MPH dan memulakan pencarian aku di rak-rak novel Melayu namun kelibatnya tidak ku jumpa. Aku meminta bantuan dari pekerja MPH untuk menggunakan enjin carian. Ya.. masih ada satu buku yang tinggal dan aku berasa sungguh bernasib baik sekali. Tapi apakan daya, buku itu seperti hilang jejak. Setelah agak lama mencari, akhirnya aku beralah.

Pencarian diteruskan di kedai buku POPULAR. Situasinya masih sama, aku tidak berjumpa dengan Sang Pemimpi di rak-rak yang penuh dengan hasil karya berbahasa nasional itu. Lantas aku meminta bantuan pekerja POPULAR, hasilnya masih ada 2 buku yang tinggal tapi persoalannya di mana? Mungkin rezeki aku, rupanya ia terselit-selit di antara sekian banyak buku yang ada. Ternyata apa yang ku lihat jauh dari apa yang ada difikiranku. Di tanganku ada senaskah buku yang nipis dan lebih kecil berbanding dengan Laskar Pelangi.

Oh.. berbalik pada tajuk entry ini 'Pulau Belitong', sehabis saja aku membaca Sang Pemimpi keinginan aku untuk mengetahui lokasi kejadian cerita sangat membuak-buak. Pagi ini, setelah 'on' PC aku terus menggoogle Pulau Belitong dan alangkah terkejutnya aku.. rupanya Pulau Belitong adalah sebuah pulau yang sangat cantik. Terletak agak jauh ke selatan dari Malaysia, aku tidak langsung menduga yang kecantikannya setanding Bali (aku belum pernah melancong ke Bali, lihat gambar sahaja). Hmm.. kalau ada rezeki aku ingin menjejakkan kaki ke sana. Tapi aku rasa tempat itu bukanlah syurga membeli belah seperti Bandung, Bukit Tinggi atau Jakarta.
Hmm.. kalau tak percaya klik kat sini.

Tentang cerita Sang Pemimpi pula, baca sendirilah. Ha ha ha. Bukan apa, nanti cerita lebih-lebih, dah tak seronok pula nak membaca. Kalau sesiapa yang suka pada Laskar Pelangi, insyaAllah akan suka juga pada Sang Pemimpi.

Ok, selamat membaca!!

1 comment:

HASYIMAH SIDEK said...

baca buku dulu k atau tengok movie dulu?pepun laskar pelangi dan sang pemimpi sangat sangat terbaik.mempunyai nilai dan pengajaran yang amat tinggi.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker