Temujanji pertama saya berlaku lebih kurang pada penghujung tahun 2010. Sebenarnya, selepas cerita saya dalam entri ke 2 “I Want To Be A Mom”, saya tak terus pergi jumpa doktor pun. Al-kisahnya, Pn. P saya kembali teratur pula. Saya punya serius memang ikut bulan. Hehehe.
Di hujung tahun 2010 tersebut, Pn. P saya missing in action lagi dan mulalah saya kekwat semula. Seingat saya, tahun 2010 paling kerap sekali Pn. P saya tenggelam – 3 kali rasanya dan macam setiap 4 bulan; dah ada patern disitu. Apabila dah sampai ke D40 dan PTK saya negatif, saya mengambil keputusan untuk pergi ke Poliklinik Az-Zahrah yang terletak dekat dengan rumah saya.
Doktor menasihati saya untuk mengambil ujian darah untuk memastikan saya mengandung atau tidak. Ini lebih tepat dari PTK. Saya pun bersetuju. Dalam masa 2-3 hari, keputusan pun keluar, memang betul saya tak mengandung tapi ada satu hormone yang lebih tinggi dari biasa. Saya tak ingat namanya (kalau saya ingat, saya aku semak semula keputusan ujian darah tersebut).
Doktor bertanya jika saya hendak dirujuk ke hospital. Ya, saya mahu. Setelah berbincang dengan Wari, saya memilih untuk ke hospital kerajaan memandangkan kos untuk rawatan agak tinggi di hospital swasta. Ujian darah saya sahaja sudah +-RM200 (kalau tak silap saya) tak masuk konsultansi.
Satu surat rujukan di buat dan saya diminta ke klinik kesihatan kerajaan untuk diperiksa. Keesokkan harinya, saya pergi ke Klinik Kesihatan Kajang di Jalan Semenyih, seperti prosedur biasa, saya dikehendaki mendaftar dan menunggu sebelum berjumpa doktor. Giliran saya tiba dan seorang doktor perempuan India yang melayan saya. Sekali lagi saya diberi surat rujukan untuk ke hospital dan saya memilih Hospital Kajang memandangkan ianya dekat dengan
rumah saya.
Hari yang sama, saya terus ke Hospital Kajang untuk pendaftaran dan seterusnya membuat temujanji. Saya telah di rujuk ke Infertility Klinik, yang berjiran (sebenarnya sama tempat) dengan Klinik Ibu Mengandung dan Klinik/Wad Bersalin. Saya teringat masatu, cuma saya seorang yang berperut kempis. Oh tak juga, ada juga wanita lain yang berperut kempis
tapi sudah berusia dari saya, rupanya ada Klinik untuk Menopause. Bayaran untuk pertama kali adalah percuma, murahkan? Berbaloi-baloi untuk servis specialist tapi kena tunggu lamalah.
Suasana sangat sibuk dengan ibu-ibu mengandung keluar masuk bilik pemeriksaan. Sementara menunggu giliran, saya hanya berbual-bual kosong dengan Wari. Ya, Wari sentiasa menemani saya.. Thanks Dear J Sebenarnya saya agak takut-takut, sebabtu saya memang berharap Wari dapat teman saya. Saya dipanggil jururawat bertugas yang agak berusia dan bermulut sarkastik yang beberapa kali highlight KES saya ni. Well, abaikanjelah.
Doktor yang merawat saya agak muda… saya tengok identiti kad, ada nombor IC disitu… muda setahun dari saya. Ish, takkan dah jadi specialist. Rupanya dia MO (Medical Officer) dan belum kahwin lagi (saya teka) sebab dia kurang ‘hubungan emosi’ dengan saya. Sebenarnya ada 4 orang specialist (Gyne) di situ. MO yang agak senior ialah Doktor Maheran memandangkan Doktor yang muda ni kerap bertanya dengan Doktor Maheran. Fail dibuka, sejarah saya ditanya. Ujian darah yang saya bawa dari ujian sebelum ini dibelek-belek. Saya dikehendaki untuk mengambil ujian darah lagi keesokkan harinya. Wari pun turut dipanggil. Rupanya Wari kena buat sperm count. Orang lelakini senang, ujian yang perlu dibuat hanyalah sperm count je, kalau ok, oklah. Tapi kalau perempuan… ini baru langkah pertama.
p/s: Fuh.. jauh lagi rupanya perjalanan.
1 comment:
iyer uji...utk perempun ada few stages yg kene lalui..ambil darah, check hormon sblm n slps period, dll..insyaallah, usaha sehabis baik ye kawan...aku doakan smg ada rezeki utk korang timang cahayamata..happy besday Uji!
Post a Comment