Wednesday, June 17, 2020

1st Step… Jangan Terlalu Memikirkannya (I want to be a Mom)

Ini adalah langkah pertama saya

Saya mulakan dengan berkongsi cerita mengenai keinginan saya menjadi seorang ibu disini… banyak kali saya berfikir, wajarkah tindakan saya ini? Saya berfikir panjang kerana ‘Perjalanan-Untuk-Menjadi-Seorang-Ibu’ saya melibatkan pengalaman-pengalaman yang sangat personal, namun apabila memikirkan yang ianya tentu bagus untuk memberi panduan dan gambaran kepada mereka-mereka yang senasib dengan saya… apa salahnya. Yang penting, saya akan cuba sedaya upaya menapis cerita yang keluar agar sesuai dibaca oleh semua orang.

Ramai orang yang menasihati saya, jangan fikir sangat… kalau ada rezeki insyaAllah ada… betul.. saya setuju. Tapi sangat sukar untuk menghindar diri dari berfikir saban hari… ini adalah keinginan saya (dan suami saya). Saya tak bertujuan menbuktikan apa-apa seperti saya adalah wanita sempurna dan ideal, ia cuma keinginan dengan level ‘sangat ingin’.. itu sahaja.

Saya ingin mengurangkan berfikir tentang ini…. Kenapa? Ramai yang dah tau, stress boleh menyebabkan horman tak stabil (yang mana menjadi asbab saya masih tak hamil) tapi petikan dari satu websiteni memang menarik- linknya saya tak save pula:

“Stress is known to negatively impact the hypothalamus functions. The hypothalamus is a brain gland responsible in regulating your emotions and appetite. Hypothalamus also affects the hormones telling your body to release eggs. So if you are stressed out, the hormones won`t be normal in telling your body to finally release egg cells.”

Di rumah saya, sentiasa ada Pregnancy Test Kit (PTK), saya tak tahulah sama ada sayani ‘addicted’ untuk mengambil PTK. Saya tak tau. Tapi kalau kawan baik saya Pn. P terlewat walau satu hari saje, saya terus berangan yang Pn. P saya akan ‘missing in action for the next 9 months’. Melucukan.. tapi itu adalah harapan saya setiap bulan. Saya jadi tak sabar untuk mengambil PTK tetapi selalunya hasilnya menyedihkan.

Itu tidak begitu menyedihkan, sebab saya selalu berharap ujian itu terlalu awal dibuat dan menyebabkan hanya satu jalur sahaja yang muncul – atau apa yang dikatakan orang ‘false negative result’.

Yang begitu menyedihkan saya apabila Pn. P benar-benar menunjukkan diri beberapa jam atau keesokan harinya (selalunya).. dan saya tahu PTK saya is absolutely negative.

Dah ramai orang manasihati saya… orang-orang yang menasihati saya pun ada pengalaman sukar untuk mendapatkan anak.. selalunya bila kita tak fikir, tiba-tiba aje rezeki tu datang.. tup tap.. mengandung.

Jadi, mulai saat saya menulis ini, saya akan (pura-pura) buat tak tahu saje.. saya tak nak beli PTK dan buat stok dalam laci di rumah. Saya tak mahu stress yang tidah diperlukan.

p/s; 2 langkah pertama yang saya ambil– kongsi cerita & tiada PTK

6 comments:

Suliana said...

sabar ye ji. insylh ada rezeki ko nanti :-)

Myramerry said...

baca blog ni membuatkan mira rs bersyukur kerana sebulan lebih lps berkahwin trus dpt 2 bar...PTK mira beli dulu satu paket ade 2...satu da guna..1 lg maseh ade dlm laci simpanan tgu ms nk buang...rs insaf juga sbb skg ni dok planning2..tp mmg terpaksa planning sbb terpaksa tumpu pd pelbagai komitmen...insyaallah kak...satu hari nanti...Tuhan akan kabulkan doa akak dan suami...dan semoga hari itu cepat tiba...amin

hurul said...

jie... i was in the same boat... hanya kita yang tahu how it feels... yang penting jangan putus asa dan sentiasa redha dengan ujian yang Allah sediakan untuk kita.. banyakkan baca doa nabi Zakaria..

Siti Mas Hidayu said...

InsyaAllah Allah perkenankan Doa akak..Bersabarla..Mungkin bukan sekarang mungkin nanti :)

Anonymous said...

Salam.. kadang-kadang ada satu perkara yang buat kita sedih (ujian Allah) hingga kita terlepas pandang sebenarnya banyak lagi perkara (nikmat Allah beri) yang kita ada yang boleh membuatkan kita sangat gembira... redhakan ujian sebagai kasih Illahi.. dan nikmati anugerah yang ada sebagai tanda kesyukuran.. enjoy ur life.. semg gembira selalu.. Hidup sememangnya satu ujian kerana Allah berfirman maksudnya tidak benar2 beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji.. don't wory. luv u uji..

~ujicham~ said...

betul betu betul...

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker