Monday, November 11, 2013

Prosedur IUI di HKL + cara inject hormon.



Assalamualaikum...
Gambar di atas saya ambil dari pamphlet di Infertility Clinic, HKL. Memang ada perbezaan di antara Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur, dari segi ubat dan prosedurnya. Secara general, anda boleh refer kepada maklumat yang diberikan di atas. Saya cuma akan tambah beberapa perkara yang tak disebutkan.

1) Di HKL, TVS pertama akan dilakukan pada hari ke 2 menstrual. Memang agak tak selesa, sebab masa tu tengah heavy flow. Sediakan pad lebih kalau anda nak tukar selepas TVS. Buang air kecil sebelum TVS di lakukan. Di HKL, TVS start pukul 730 pagi sampai 830 sahaja. So pandai-pandai arrange waktu.

2) Doktor akan beri preskripsi ubat hormon yang akan disuntik bermula pada hari ke 2 juga. Selalunya diambil setiap hari, quantiti berbeza mengikut individu. Ubatni perlu penjagaan yang rapi kerana perlu disimpan dalam keadaan sejuk, bawah 20 darjah celcius. Jadi selalunya, nurse dah pesan untuk bawa "bekas tahan sejuk" mcm brand Coleman dan DI ISI AIS. Kenapa huruf besar? Sebab orang selalu lupa nak bawa ais, terpaksa pula cari ais kat medan selera berdekatan. Lagipun kadang-kadang untuk yang 1st timer, memang tak tahu apa-apa. Selalu bawa bekas kosong. Jadi saya nak ingatkan kat sini...

3) Bab inject-menginject ubat. Haritu saya ada janji nak ajar cam mana nak inject kan.. tapi sorry sesangat, saya lupa nak ambil gambar. Bukanlah tak boleh cerita, tapi takut susah nak paham kalau takde gambar. Kalau dah selalu buat, memang takde masalah. Tapi bagi yang pertama kali nak inject diri sendiri, mesti berdebar-debarkan.

Selalunya hospital akan bekalkan ubat-ubatan dan accessorinya sekali macam jarum, syringe, kapas berstrile... simpan baik-baik. 
Ni bekalan untuk 6 hari, bekalan untuk selepas itu, kena ambil di hospital semasa 2nd TVS.
Saya citer secara general, macam mana nak buat. Jangan risau, nurse akan tunjukkan cara, tapi sekali jek sebab tak kan nak cucuk kita 2 3 kali pulak kan.

  1. Ubat yang di bekalkan ada 2 botol. Satu cecair, satu lagi serbuk. Ubatnya actually yang serbuk, cecair tu digunakan untuk larutkan ubat. Mula-mula, buka penutup botol, tekan dah patahkan kat bahagian bertanda dengan warna.
  2. Guna jarum yang panjang (warna biru) - siap dipasang pada syringe untuk sedut air dan transfer ke botol serbuk. Ubat akan cepat larut. Kemudian sedut larutan ubat ke dalan syringe. (Double handling kalau QS punya terms)
  3. Tukar jarum panjang dengan jarum pendek (warna coklat).
  4. Buang buih-buih udara dengan menjentik hujung syringe.
  5. Tekan syringe sehingga ubat terpancut sedikit. Ini untuk memastikan tiada udara di hujung jarum.
  6. Ubat ini hendaklah dicucuk di bahagian lemak di perut. Cara nak mencari tempat yang sesuai ialah dengan anggaran 2 jari di sebelah pusat, kanan atau kiri selepas 2 jari ini.
  7. Basahkan/strile bahagian yang hendak dicucuk. Picit/cubit besar bahagian perut yang hendak dicucuk. Cucuk jarum ke perut dalam keadaan menegak 90 darjah permukaan perut. Sedut sedikit, jika ada darah, tukar ke bahagian lain. Jika tiada darah, picit syringe perlahan-lahan untuk keluarkan ubat ke dalam lemak perut tadi.
  8. Ikut pengalaman saya, kalau time cucuk tu sakit, selalunya kat situ ada darah. So tukar tempat ye. Cucuk jarum perlahan-lahan... memang tak sakit langsung. Kena cubit lagi sakit. Sakitnya datang bila kita picit syringe tuh, masa ubat masuk dalam perut. Ada rasa sakit sikit.
  9. Pastu, sapu strile kat tempat kena cucuk tu. Dah siap... simple kan? huhu.
  10. Selalunya injection di ambil di waktu pagi, pada masa yang sama setiap hari. Saya ambil dalam kul 730-800 pagi sebelum pergi kerja.
  11. Pastikan anda menjaga kebersihan. Cuci tangan sebelum dan selepas. Tempat untuk anda menjalankan suntikan pun, pastikan bersih.
  12. Buang alatan yang digunakan. Jangan simpan jarum atau syringe yang sudah digunakan.    
4) Datang temujanji TVS yang ke 2. Maybe hari ke 8 atau ke 10, seperti mana yang doktor arahkan. Doktor akan tengok pembesaran telur. Seperti yang saya pernah cerita dlm folicular tracking di Hospital Kajang. Doktor akan tambah stok ubat injection. Dan injectlah setiap hari lagi.

5) TVS hari ke 14... dalam kes saya, saiz telur telah melebihi 20mm. Jadi malamnya dalam pukul 10.00 mlm saya kena ambil suntikan pubergen. Kalau di Hospital Kajang, saya kena ambil di wad bersalin. Di HKL, saya kena cari sendiri. Saya buat di DEMC, bayaran dalam RM35 satu suntikan. Pubergen untuk apa? Saya pernah cerita dahulu, pubergen untuk tetaskan telur 36 jam selepas suntikan. In sya Allah. Tak boleh suntik sendiri, sebab pubergen kena di suntik di bahagian otot.

6) Bersedia untuk IUI lusanya. HKL tak bagi MC pun, setakat time-off separuh hari. Pandai-pandailah awak suma nak amik cuti awal. Saya recommend ambillah cuti, jangan rushing-rushing. Lagipun nak kena mandi wajib kan selepas IUI itu.  

7) Semasa IUI, mungkin ada rasa sakit sakit, atau tak sakit langsung. Selepas IUI, anda akan berehat dalam 1/2jam sebelum boleh bangun dan beredar. Sabar banyak-banyak.. banyakkan berdoa.. tenangkan diri. Pastu tak yah gi keja... lepak jek kat umah jadi mem besar. Hihihi. Tp doktor tak kisah pun kalau awak nak kerja, takde effect pun katanya. So terpulanglah...

8) IUI ke 3 saya tak berjaya... saya tengah peod ni. Nampaknya, rezeki anak belum tiba lagi. Takpe... doa banyak-banyak. Kita bawa ke tahun hadapan pula harapan ini. In sya Allah.



10 comments:

NISA DAHRI said...

insyaallah Uji...usaha tangga kejayaan..

:: anisjazz :: said...

Assalamualaikum Kak :)

Saya jmp blog kak ni masa google pasal IUI.
n sy baca sume entry 'i want to be a mom'.

Terima kasih kak atas perkongsian.
Beneficial to me, n i believe it benefits to others as well.

Sama2 kita doakan eh.

Insya Allah, Allah bagi rezki tu kt kita one fine day. ameen! :)


~ujicham~ said...

Thanks Nisa,

Thanks Dik, Alhamdulillah kalau entri akak bermanfaat utk yang membaca :)

Lady Mira said...

macamana prosedur nak buat rawatan kat infertility clinic HKL? call dulu ke macamana?

~ujicham~ said...

Lady Mira, awak kena pergi klinik kesihatan kat mana2, n minta doc. buat surat reference utk jumpa O&G specialist. masa tu awak boleh decide nk gi mana2 hospital mcm HKL, HUKM, ikut mana yg awak selesa.

bila dah dpt surat tu, baru gi klinik utk wat appointment. 1st appointment kena tgu dlm maybe sebulan atau lebih.

lebih kurang macam tuh. selamat berusaha.

Anonymous said...

sy br wat iui 7/1 hr tu...skrg perut asyik meragam je.....
doakan sy Berjaya ye.......

Anonymous said...

sy br wat iui 7/1 hr tu...skrg perut asyik meragam je.....
doakan sy Berjaya ye.......

~ujicham~ said...

sy doakan ada rezeki untuk cik mastura. srkg mesti tgh berdebar2 kan... nk tgu cik p dtg ke tak... byk berdoa ye waktu ni... apa-apa keputasan pun, redalah yg sebaiknya. Allah maha mengetahui.

Anonymous said...

Salam kak,

Saya antara orang yang ingin cube prosedur yang akak tulis di atas nih, soalan saya kenapa kene mandi wajib selepas prosedur IUI?

Unknown said...

Iui kt hkl sape yg bt.nurse ke?

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker