Salam bertemu kembali dalam sesi luahan perasaan kat “I
Want to Be A Mom”..
Lama tak bercerita jadi saya nak terus pendekkan… Lepas
buat X-ray rahim (HSG) yang saya ceritakan, tibalah masanya untuk saya mencuba
kaedah IUI - Intrauterine Insemination ataupun disebut pemanian berhadas.
Banyaklah liku-liku hidup yang kena dihadapi sehinggalah
akhirnya pada bulan December 2012, barulah saya dapat menjalani IUI. Kalau tak,
plan asal bulan April 2012. Persedian untuk IUI seperti biasa, clomid untuk
D2-D6 ketika menstrual diikuti TVS pada hari D10, D12, D14 seperti yang
dinasihat doktor. Jadi, kita cuma datang dan ukur pembesaran telur. Kalau
saiznya ok i.e. 20mm dia. ke atas barulah proceed untuk IUI.
Oh ya… just nak berkongsi hukum sedikit kalau ada yang
tak tau… kalau TVS tak perlu mandi wajib ye… selepas proses IUI WAJIB mandi hadas besar.
36 jam sebelum procedure IUI, iaitu 2 hari sebelum IUI
pada waktu malam lebih kurang pukul 10.00, kena ambil suntikan pubergen
10000ml. Ubat ni untuk menetaskan telur dalam 36 jam seterusnya i.e. pada waktu
IUI dilakukan. Di Hospital Kajang, selalunya waktu petang selepas buat TVS,
doktor akan terus suruh saya amik pubergen di farmasi dan hantar terus ke wad
bersalin. Jadi saya terus ke wad bersalin malamnya untuk disuntik. Ada yang
saya baca di blog lain, kena inject sendiri. So terpulanglah sama ada pergi ke
klinik dan minta tolong doktor suntikkan (bayaran dlm RM15) atau kalau berani
inject sendiri.
Sehari selepas injection, saya mula rasa sengal-sengal di
kaki, pinggang dan rahim saya terasa sakit… apabila balik kerja, sakitnya
semakin teruk dan saya terus demam. Badan saya memang tak larat dan mulalah
rasa risau sebab esoknya IUI akan dilakukan. Macam mana kalau saya masih tak
sihat. Doa sahaja yang dapat saya panjatkan agar semuanya ok esok paginya.
So.. harinya ialah 5 December 2012… Bangun sahaja pagi,
badan saya terasa ringan. Alhamdulillah, saya dah sihat. IUI pertama buat diri
saya. 8.30 pagi kami dah ada di hospital… procedure dimulakan dengan mengambil
semen suami untuk di proses, dibersihkan dan dipilih yang berkualiti sahaja.
Proses ini ambil masa dalam satu jam lebih. Lepas tu TVS untuk lihat telur
saya, Alhamdulillah dah ada tanda-tanda telur menetas. Tup tap tup tap dalam
pukul 12, baru ready untuk IUI. Proses IUI ni tak lama, dalam 15 minit dah siap
dan kena baring setengah jam selepas itu. Dapat MC 3 hari untuk berehat. Pada
saya tak sakit, tapi selepas itu ketika berjalan baru terasa pedih dan ada sedikit
bleeding.
IUI pertama tak berjaya… Cik P mendatangi saya 3 minggu
selepas itu. Dan doktor rancang untuk buat IUI kali ke 2, February 2013.
Berdasarkan pengalaman kali pertama, saya merancang untuk mengambil cuti sehari
sebelum IUI memandangkan kesan pubergen ke atas diri saya. Tapi kekangan kerja
membantutkan hasrat saya. Alhamdulillah, kali ni saya tak kena pun kesan
sampingan pubergen tu.
6 February 2013, IUI kali ke 2. Procedure yang sama cuma
kali ni agak menyakitkan. Oho… ok! Saya ingatkan sama sahaja dengan yang
mula-mula. Dan ada bleeding ketika IUI… rupanya normal. Namun hasrat kami suami
isteri masih tak kesampaian. Ketika saya menulis ni, Cik P dah pun menjadi
teman saya. Takpelah, belum rezeki kami. Sedih memang sedih, tapi kenalah reda
dengan ujian dari Allah.
4 comments:
sabar ye ji.. ada rezeki cuma lmbt sikit. dah try homeopathy kat pkns bangi tak? cer try, ramai org dah cuba.. klu ada rezeki, melekat..
thanks su... insyaAllah.
salam sis,saya dah berkawin 3 tahun dan saya pun tak berjaya masa iui pertama pada 9/10/2013...dan kali ini tengah tunggu untuk iui kedua...esok perlu tvs untuk hari ke 12....sepatutnya kena tvs hari ke 10,tp saya tak bole cuti.so saya datang esok je...kebetulan esok saya cuti...em sedih bila fikirkan,tapi apakan daya,belum rezeki...sedih sebab kawan2 semua dah anak sampai 3,saya masih belum merasa pengalaman sebagai ibu....em....harap2 iui kedua nnti berjaya la...aminn...
Ladies Babe..
Sabarlah.. setiap yg hidup pasti ada ujian yang Allah sediakan. Cuma setiap individu mesti tak sama ujiannya. Ujian ini tanda Allah kasihkan kita.. peluang untuk kita semakin rapat dengan-Nya, dengan sentiasa berdoa dan mengingatinya. InsyaAllah.. Sampai masanya, adalah rezeki kita. Yang penting sangka baik dengan Allah, sebab dia maha mengetahui, yg mengatur hidup kita dengan sempurna. :)
Post a Comment