Kali ni saya nak kongsi masalah yang dihadapi khas pada kucing-kucing saya... memang banyak seperti masalah kesihatan, pemakanan, percintaan, pembuangan najis, pergaduhan, ancaman dan sebagainya. Sebagai penjaga yang telah diamanahkan Allah untuk menjaga kucing-kucingni, saya cuba yang termampu dan terbaik untuk mereka, sebab kadang-kadang memang hilang sabar juga dengan karenah 7 ekor kucing yang macam-macam ragam especially kalau bergaduh di kala larut malam.
1) Kutu
Sebab apa saya letak no. 1... sebab masalah ni datang dan pergi. Macam 'never ending story' pulak.
Macam-macam ubat boleh digunakan misalnya, ubat spray, ubat titis, shampoo dan ubat makan. Pemilihan ubat kena ikut keserasian dan cara hidup kucing tu jugak, barulah berkesan insyaAllah. Pada saya, kalau anda gunakan ubat spray, titis dan shampoo, sebaiknya selepas itu jangan benarkan kucing anda keluar. Sebab, nanti dia akan bercampur gaul dengan kucing lain, akan berjangkitlah semula. Sebabtulah pi mai pi mai tang tu..
Saya selalu menggunakan spray sebab agak murah berbanding ubat titis. Tapi sebenarnya shampoo paling murah, dalam RM18++ sebotol untuk 300ml (lebih kurang). Spray pula dalam RM40-47 sebotol untuk 100ml. Ubat titis pula, RM 40-50 untuk 4 titis (1 titis untuk seekor kucing - letak kat tengkuk). Ada jual dalam bentuk tiub, satu tiub dalam RM10-15. Dos pula ikut berat kucing tu. Sekali pakai, alhamdulillah kutu pupus sama sekali. Hihihi.
Kalau ikut budget, memanglah shampoo yang paling berbaloi, masalahnya, saya tak larat nak mandikan kucing-kucing saya yang penakut air. Tak pasal-pasal bercalar balar tangan saya nanti.
Saya pernah terbaca, kalau nak hindarkan kutu secara natural boleh beri pil Brewers Yeast with Garlic kepada kucing (ini adalah supplement untuk kucing). Di kabarkan yang kutu-kutu ni tak suka dengan rasa yis dan bawang putih, jadi mereka akan berpindah dan menjauhi si comel anda. Cari ini, saya tak pernah cuba sebab tak pernah lagi jumpa supplement ni. Bila ubat spray saya dah habis nanti, saya nak cuba cara ni dan maklumkan hasilnya bagaimana.
So ikut pengalaman, ubat kutu yang paling mujarab ialah yang jenis titis kat tengkuk. Kalau kucing banyak, memang mahal sikitlah sebab nak kena beli untuk setiap seekor. Kena titis ke semua kucing dalam masa yang sama sebab tak nak berjangkit. Ye lah, kalau sekor jek yang dapat, kutu melompat ke kucing lain. Jadi tak settle masalah.
Di sebelah kanan; ubat cacing jenis cecair untuk di makan. Brand: Troy. Harga RM 27 (50ml)
Di sebelah kiri, ubat kutu jenis spray. Brand: Frontline. Harga RM40 (100ml)
2) Cacing
Eiiii... memang geli. Tapi inipun masalah serius. Kucing-kucing yang mengalami masalah ini selalunya hilang selera makan, tumbesaran terbantut (bagi yang masih kecil), dan kekurangan zat. Kalau lihat kucing anda berperut buncit tapi badan kurus, tak bersemangat i.e. letih dan lesu, kurang bermain, bibir pucat seperti kurang darah... baiklah anda beri ubat cacing. Untuk info, anak kucing boleh mendapat cacing melalui susu ibunya... sebab tu 'Baby' pun ada cacing dalam perut. Setelah saya beri ubat cacing, 4 ekor cacing berjaya di tarik keluar dari b*****nya. Harap lepas ni Baby terus sihat ek.
Baby lemah... takde mood nak main.
Baby tak bermaya kerana cacing dah curi zat dan tenaga yang di perlukan.
Tak bersemangat nak buat aktiviti nakal.. cuma rasa asyik lapar aje.
Saya gunakan ubat cecair yang dimasukkan dalam mulut. Harga dalam RM27 sebotol (50 ml) Sebelumni, saya pernah gunakan pil. RM10 sebiji untuk seekor. Saya pilih cecair sebab lebih mudah diberikan kepada si comel sebab berperasa daging. Kalau pil, alamatnya saya kena berperang dahululah dengan mereka, itupun belum tentu saya berjaya masukkan pil tu kat dalam mulut.
2 comments:
hmm byk cekadak juga eh jaga kucing :-) tapi comellah kucing yg kelemahan tu.. bukan cacing tu kuar ikut najis ke? adakah terlalu besar sampai kena tarik dari buntutnya? hehe
bukan terlalu besar.. tp panjang. tinja dah habis keluar, cacing tak habis lg. berjuntai gitu... kenalah tarik.
Post a Comment