Thursday, November 27, 2008

Binatang Yang Comel Ini

Sejak pertama kali berjumpa ketika jalan-jalan dalam yard, aku sudah kelaskan dia sebagai cute. begitu juga kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kali ke berapa aku terjumpa... aku terlihat empat ekor spesis mereka berkejar-kejaran.. oh 'dem' cute!

Mungkin betul kata sesorang yang mengatakan aku clumsy, dengan kelajuan kurang 25km/j larian si comel itu, aku masih tak dapat peluang mengambil gambarnya. Nasib baik ada si Mamat dan KEBETULAN sebelum itu, aku ada bercerita tentang keterujaan aku terhadap makhluk ini. Mamat yang simpati mungkin, berjaya mengambil gambar ini. Syabazzzz!

Aku tetap berazam, aku akan cuba mengambil gambar mereka ketika sedang bermain kejar-kejar. Chai yok Uji!

Gambar sumbangan Mamat.

Saturday, November 22, 2008

Blogger Gathering

Malam tadi, seperti yang dijanjikan kami bertemu di Jusco Tebrau. Acara makan-makan diadakan di Gardening (tempat menjual landscape yang tak berapa laku ~ kesimpulan mengikut kisah yang diceritakan oleh Mamat)



Muka miang-miang keladi Mamat yang dibayangi imej teddy bear. Jangan marah bro.


Mogen parttime reporter dari Bahrain (fulltime pengeksport unta).. buat liputan. Tangan Galuh (partner bisnes Mogen) tengah catit order unta.

Ucapan dasar majlis:
"Unta kalau kita pegang, dia tak marah. Sebab dia paham makna keamanan.. tak suka gado2. Apa paedah?? Eh Boy ko phening ke? Citer unta ni simple je. Senang citer.. unta ni simbol keamanan sejagat (sambil buat peace). Sebab tu aku jual unta. Nis.. belilah.. beli sekor free keldai. Amacam?

Camne Nis, ucapan dasar aku? "Oh.. so nice.. bravo." (Dasar syok sendiri ~ dalam hati Hanis.)

"Uji, cuba tgk.. cutelah gamba ko macam Superstar Siti Norhalija."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ini Hanis & Mamat. Dah banyak kali jumpa. Hanis senyum manja-manja ubi. Mamat tension, sebab dia nak buat miang-miang keladi.. tapi tak jadi. Isk isk isk.

Sparky cam biasalah.. buat muka buaya. Mangsa terbaru khabarnya orang istana... hmmm..

Mogen & Galuh. First time jumpa diorang. Mogen tinggal unta dalam kereta, urusan jual beli tergendala. Galuh kerja gomen kat tempat Ning Baizura kawen. Eh, bukan.. Ning Baizura kawen kat tempat Galuh kerja.

Mamat Mnyanmar menyamar mat salleh. Ini cuma pelakon tambahan.

Tauke eksport unta yang taja makanan kitaorang. Pastu gi testing suara kat RedBox. Confirm, pernafasan aku teratur. Tak perlu bantuan pernafasan. Hahaha.

Thursday, November 20, 2008

2 Edensor

15 November 2008, lebih kurang jam 900a.m.

Aku sedang menguis-nguis barang suamiku di sebelah katil kami dan tiba-tiba....

"Abang... Edensor!" Aku seperti tak percaya dengan apa yang ada ditanganku. Aku memandangnya sambil menunjukkan buku tersebut.

"Abang beli?"
"A'ah," Wari mengiyakan. Aku hampir tak percaya dengan apa yang aku dengar.
"Kenapa?" Ya.. kenapa Wari beli? Wari dah minat baca novelkah? Aku mula memikirkan sebab-musabab yang boleh diterima akal.
"Abang kena baca dari Laskar Pelangi, baru best nak baca Edensor. Edensor dah buku nombor 3," aku menyambung tanpa sempat Wari menjawab. Kemudian aku memandang Wari sambil mengangkat kening. "Curious," jawabnya yang memahami bahasa badanku itu.

Wari meninggalkan tanda-tanya sekali lagi dalam diri aku. Curious? Pasal apa? Sebab aku minat kat si Andreakah? Maksud aku.. hasil karyanyalah... jadi dia ingin tahu apa produk yang Andrea hasilkan. Aku tak bertanya lanjut... biarkan berteka-teki dulu.

"Abang tahu... Uji pun dah beli Edensor ni. Tapi belum dapat."
"Oh.. iya? Beli online?" Wari bertanya.
"A'ah... alamak.. nanti kita ada dua buku yang sama."
"Boleh cancel, kalau belum bungkus lagi. Ganti dengan buku lain. Tapi kalau ada 2 pun apa salahnya."
"Sempatke nak cancel? Takpelah... ada 2 pun ok." Malas seperti biasa. Malas nak online, malas nak cancel.
"Tapi sayang pula.... duit tu dah boleh dapat buku lain. Tiga puluh ringgit lebih...," aku mengomel-ngomel....

19 November 2008, lebih kurang jam 900a.m.

"Untuk Uji," Adam menyerahkan satu bungkusan.
"Mekacih... Adam jemputlah makan cucur tu. Hanis buat. Sambal dia aku yang buat." Aku sempat mempromote. Hehehe.

Aku belek-belek sebentar bungkusan tersebut. Edensor ke 2 telah tiba.....

Friday, November 14, 2008

Sang Pemimpi & Pulau Belitung

Aku sudah menghabiskan pembacaan Sang Pemimpi karya Andrea Hirata yang merupakan sambungan kepada Laskar Pelangi. Pada aku, mutunya masih setanding dengan Laskar Pelangi.

Agak susah juga untuk mencari buku ini. Ketika berjalan-jalan di Sunway Piramid minggu lepas, aku singgah di MPH dan memulakan pencarian aku di rak-rak novel Melayu namun kelibatnya tidak ku jumpa. Aku meminta bantuan dari pekerja MPH untuk menggunakan enjin carian. Ya.. masih ada satu buku yang tinggal dan aku berasa sungguh bernasib baik sekali. Tapi apakan daya, buku itu seperti hilang jejak. Setelah agak lama mencari, akhirnya aku beralah.

Pencarian diteruskan di kedai buku POPULAR. Situasinya masih sama, aku tidak berjumpa dengan Sang Pemimpi di rak-rak yang penuh dengan hasil karya berbahasa nasional itu. Lantas aku meminta bantuan pekerja POPULAR, hasilnya masih ada 2 buku yang tinggal tapi persoalannya di mana? Mungkin rezeki aku, rupanya ia terselit-selit di antara sekian banyak buku yang ada. Ternyata apa yang ku lihat jauh dari apa yang ada difikiranku. Di tanganku ada senaskah buku yang nipis dan lebih kecil berbanding dengan Laskar Pelangi.

Oh.. berbalik pada tajuk entry ini 'Pulau Belitong', sehabis saja aku membaca Sang Pemimpi keinginan aku untuk mengetahui lokasi kejadian cerita sangat membuak-buak. Pagi ini, setelah 'on' PC aku terus menggoogle Pulau Belitong dan alangkah terkejutnya aku.. rupanya Pulau Belitong adalah sebuah pulau yang sangat cantik. Terletak agak jauh ke selatan dari Malaysia, aku tidak langsung menduga yang kecantikannya setanding Bali (aku belum pernah melancong ke Bali, lihat gambar sahaja). Hmm.. kalau ada rezeki aku ingin menjejakkan kaki ke sana. Tapi aku rasa tempat itu bukanlah syurga membeli belah seperti Bandung, Bukit Tinggi atau Jakarta.
Hmm.. kalau tak percaya klik kat sini.

Tentang cerita Sang Pemimpi pula, baca sendirilah. Ha ha ha. Bukan apa, nanti cerita lebih-lebih, dah tak seronok pula nak membaca. Kalau sesiapa yang suka pada Laskar Pelangi, insyaAllah akan suka juga pada Sang Pemimpi.

Ok, selamat membaca!!

Saturday, October 11, 2008

Diari Syawal 5: Open House MMHE

Gambar sumbangan Hanis.

"Fuh." Harini masuk kerja semula setelah dua hari merewang sebagai committee sambutan hari raya yang diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang. Ini adalah kali pertama aku mengambil bahagian dalam majlis yang dianjurkan kompani tempat aku bekerja. Seronok juga bergaul-mesra dan menambahkan kenalan. Yelah, siapa sangat yang aku selalu berjumpa. Ini baru dapat tengok kepelbagaian rupa-paras pekerja MMHE. Macam-macam ragam. Macam-macam gaya.

Macam-macam makanan yang dihidangkan. Aku cuma rasa kambing golek, sate, kuih-muih yang berasakan talam (talam suji, talam keladi, seri muka, kole kacang dan lain-lain lagi), beriani ayam Batu Pahat & buah duku. Yang aku tak rasa, lemang, ketupat, roti jala, beriani kambing, vegetarian food, teh tarik dan apa lagi ek.. tak ingat. Paling sedap aku berikan pada kambing golek.. dan aku rasa semua orang pun setuju. Kalau tak, takkanlah 17 ekor kambing pun tak cukup.

Kerja wajib aku cuma hias stall yang telah diberikan mengikut suasana hari raya. Kerja tambahan yang banyak, dari tolong mengangkat barang yang ringan-ringan sahaja(almaklum.. perempuan) sehingga ke... ke... ke... oh.. tu je kerja aku. Hihihi.

Wednesday, August 27, 2008

Kenangan Musim Durian 2008













Dalam bulan lepas aku berkesempatan ikut Kong & Mirda balik Segamat.. mmg sempena musim durian. Turut serta Alin & U'um. Kalau org yg minat mkn durian, dapat pelawa nk rasa yg fresh.. mmg tak patut ditolak.
Sampai aje kat umah Kong di Gemencah, kitorang mmg dah disajikan ngan sebakul durian. pas tido jab, startlah majlis mkn durian.. mmg best.. bukak2 aje kucing tidor.. bukak2 aje kucing tidor. ada juga durian yg baru dikutip.. isinya mmg panas, fresh sungguh. sambil makan tu secara tak langsung sebenarnya, aku dah pandai mengenali rupa durian kg atau durian cina (gelaran org kat situ utk durian yg dah mix). tp kalau masih melekat kat pokok aku still lg tak reti....
Petangtu, kitorang kekenyangan mkn durian.. serius.. bercakap pun bau durian.. tak semegah.. dlm keter sendawa.. lg lah... mmg takde sapa yg ngaku.. haha (itu belum kentut)
Esoknya.. belah pagi kitorg dah gi ke kaki Gunung Ledang nak mandi manda kat situ. bila sampai.. kitorg pun mendaki sbb tak maulah mandi kat belah bawah.. sampai ke Kolam Puteri lebih kurang 940ft tinggi, alahai... ramainya org.. kecewa. mg penatlah.. tp tak larat nak naik lg.. lg pun adik2 kong dah tak sabar sgt nak terjun tiruk. kitorg cari port baik, letak barang & gedebush sorang sorang... (kat sinilah hs aku berenang sekali ngan aku.. huhu)
3 4 jam mandi.. kitorg pun siap2, gerak nak balik... dlm perjalanan balik terjumpa Pak Abu (org keja kat yard juga)... apelagi.. mmg rezeki.. kitorg dijemput gi ke dusun durian dia yg mmg best tu... sekali lg makan durian..
balik umah.. mkn nasi & disajikan sekali lagi ngan durian.. durian.. durian.. mmg best... tahun depan, kalau diajak lg... on je. hehe.






Tuesday, August 26, 2008

Zoo Johor



























































Ramai (model2 part time tu) yg asik tanya aku dr smlm mananye gamba gi zoooo.. so aku plak.. mmglah dah niat nak post semalam, tapi apakan daya tersangkut kat blog sana-sini, almaklum, skrg tgh hangat citer kat PP.
Walaupun hari hujan, still enjoy menghayati makhluk2 ciptaan tuhan. & suasana rintik2 tu mmg mencipta mood yg org kata ada feel la.. speechless!!

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker