Monday, April 8, 2013

Easy ETA ; Dapatkan VISA Pelawat ke Australia Dengan Mudah, Cepat dan MURAH!!

Ya... MURAH tu yang paling penting.... sebab tulah saya nak share dengan kawan-kawan semua.. mungkin ada yang dah tau, dan mungkin ramai lagi yang tak tau...

Kalau nak memasuki Australia untuk tujuan melawat, belajar, bekerja haruslah ada VISA kan. Saya punya entry ni khas untuk VISA pelawat sahaja. Yang lain tu, kenalah tanya ke kaunter lain ye.. hik hik.

Untuk pelawat seperti saya, haruslah ada ETA. Apa ETA tu? ETA ialah Electronic Travel Authority i.e. Australia VISA. Istimewanya kalau kita yang dari Malaysia, tak perlulah ke kedutaan Australia untuk memohon, cukup dengan permohonon online ke Imigresen Australia (klik DISINI). Bayaran yang dikenakan ialah AUD115 seorang (harga selepas 23 March 2013), sebelum ni saya check dalam AUD30. Info harga lebih lanjut klik DISINI. Mahalkan?? terkejut jugak saya sebab harga dah naik. Masa beli tiket dalam awal bulan March baru AUD30 (dalam RM90++), naik hampir 4x ganda. Pengsan!

Disebabkan saya ni memang pesen percutian budget, puaslah saya survey secara online macam mana nak memurahkan lagi kos percutian. Pengalaman kawan-kawan yang pernah ke Ausie, majoriti memohon ETA terus dari Imigresen Australia. Nak dijadikan cerita, saya terjumpa website Easy ETA yang menawarkan VISA pelawat dengan harga sangat MURAH. Cuma AUD9.95!! Klik DISINI untuk ke webpage Easy ETA.

Boleh percayakah? Tawakkal sajelah. Saya bukan buat lawak, memang betul sebab saya dah bayar pun. VISA pun dah approved. Nanti kita tengok, ada problem tak masa nak naik flight.

Sebelum saya pilih untuk mengundi parti... eh, salah topik :D. Sebelum saya pilih untuk menggunakan khidmat Easy ETA, saya dah baca detail kenapa Easy ETA boleh menawarkan harga murah, malaslah saya nak cerita, sebab sampai esok pun tak habis. Dari sini, saya rasa kira boleh percayalah. Pastu bukak pula link di FB, klik DISINI. Banyak komen dari pengguna Easy ETA. Semuanya memuji saje, servis pun cepat kalau kita komen, terus jek dapat reply. Pastu ada gak orang Malaysia yang dah pernah guna... semua kata ok. So why not? Tawakkal sajelah.

Dan... tak payah pening-pening.. Australia ni kira maju sikit lah.. VISA ni check through online jek, masa nak naik flight nanti, dah link pun no. VISA dengan passport. So asalkan recognize, should be no problem.

Worst case, saya kena beli VISA tu kat airport nanti... cuma mahallah. Ya Allah, permudahkan urusan kami ini.... Semoga semuanya murah-murah sahaja. Amin.

p/s: InsyaAllah, saya akan ke Perth dalam hujung bulan April ni, saya akan ziarah Mirda, kawan saya yang sekarang berkerja disana. Sambil-sambil tu mestilah ambil angin dan tengok suasana di sana. Sekarang tengah musim luruh katanya.. tinggalkan cerita ini kerana insyaAllah saya akan update kemudian selepas saya pulang.

26 April 2013
> Saya dah selamat pulang ke Malaysia... alhamdulillah... semuanya lancar jadi terbukti Easy ETA ni memang boleh dipercayai. Dalam kes saya, visa disahkan dalam masa tak sampai 24jam pun setelah bayaran dibuat. Servis boleh beri 5 markah dari 5.


17 comments:

Dimasdali said...

Sayang jauh banget, bagus nih artikelnya, salam kenal

~ujicham~ said...

Salam kenal Mas Dali.. Moga Ukhwah Berpanjangan.

ranshinichi said...

assalam
sy pun apply easyETA tu jgk,wlupn takut ni,tpi bila dgar awk crita ok je kn,sy hrap ok la.so nk tnya sikit,kena bwk ape2 ke utk pngesahan visa kt airport nti?

~ujicham~ said...

sori ranshinichi... saya kdg2 memang lama tak buka blog ni. dan kdg2 tak check komen2 yg ada.

takde apa yg perlu dibawa, hanya passport saje. yg penting masa awak buat esy ETA tu, no passport awak key in dengan betol. kat airport, dia dah link ETA awak dengan no passport.

harap dpt membantu, walaupun dah terlewat.

faudzisurf said...

sy baru apply easy eta. saya dan isteri akan ke sydney pd 13-9-2013 dan stay kat malaysia hall sydney.sy ingin tahu macamana nak tahu samada eta say dah approve ke atau belum?

~ujicham~ said...

faudzisurf,

Awak akan dpt notification email. dengan subjek "Australian Visa Approval Confirmation". Dalam kes saya, tempoh masa untuk terima notification dalam 24 jam.

norhamiza ismail said...

Assalamualaikum..

nak tanya, jika da beli skrg , n flight pd 29 september, nti kat airport ade kene byrn ape2 lgi ke?

~ujicham~ said...

Sorry Norhamiza, lambat saya reply.

tak ada bayaran yang dikenakan di airport jika semuanya dah approve.

farahida hanim said...

salam saya nak tya kalau kita apply ETA visa ni kna tunjuk tiket balik x? mksud saya sebelum nk apply ETA visa kita kena beli tiket balik ke malaysia siap2 ke?

~ujicham~ said...

farah.. tak perlu.

~ujicham~ said...

traveller & azura,

Thanks for the info.

Anais Ismail said...

thanks for the info......it is very very helpful

Anonymous said...

Asamualaikum , saya akan ke Melbourne pada 23 - 29 Nov. 2014 . Firstime gunakan EasyETA dan dah dapat Approval email . Sya cuba gunakan VEVO untuk check online visa tapi ref no. tidak dinyatakan. Apalagi saya baca mengenai scam visa , sya x nak problem kat airport sbb travel sefamily . Apa nasihat anda , tq atas bantuan , harap tiada masalah Insha Allah

Syah Phanter said...

Boleh di guna pakai lagi kah ini, sudah may 2015

didik dwi said...

Hi.,,,sye org indonesia yg lama tinggal dimalaysia...bisakah sye buat visa ETA ini di m'sia...
Tolong sarannya....
Tq

Arif Afifi said...

Mcm mne nk print visa tu kat passport ?

Visa Australia Murah said...

Urusan VISA ONLINE memang susah dan mahal biar kami urusakan. Saya bekerja di Travel Agent (Kay Anista Holidays Sdn Bhd) Urusan visa biar kami yang uruskan. Paling cepat 1 hari paling lambat 24jam. Dokumen yang diperlukan hanya muka hadapan passport bagi clear. Whats app di no +60173349218 atau email di haniff.hk@gmail.com. Harga Visa hanya RM20.00 sekiranya lebih 10 orang harga adik beradik RM10.00 free sorang hanya bayar 9 orang sahaja. PROMO CODE "VISARM20"

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker