Wednesday, November 21, 2012

HSG - Kaedah X-ray Rahim

Sambung semula kisah dalam I Want To Be A Mom....

3 bulan selepas cubaan kali ke 2 menggunakan clomid... belum ada tanda-tanda saya menjadi bakal ibu. Saya sekali lagi dibekalkan dengan clomid. Kalau tak salah, saya mencuba sehingga 5 kali kitaran haid dalam jarak masa yang tertentu. Masih belum ada apa-apa hasil.

Doktor meminta saya melakukan HSG - Hysterosalpingography iaitu x-ray rahim. Tujuannya untuk melihat keadaan uterus dan tiub follopio samaada berada dalam keadaan baik, abnormal atau tersumbat yang mana boleh menghalang persenyawaan dari berlaku.

Saya diterangkan procedure dan langkah berjaga-jaga jika berlaku masalah (alergik dengan dye) yang mana sangat jarang berlaku. Oleh kerana Hospital Kajang tidak mempunyai fasiliti untuk melakukan HSG, saya dirujuk ke Hospital Serdang. Namun seperti biasa, kenalah tunggu turn dan tak tahulah bila nama saya akan naik.

HSG pula perlu dilakukan terbaiknya sebelum hari ke 12 dalam kitaran haid. Jadi nak dapat appointment yang ngam dengan masa kita memang susah. Tak payah pening-pening, banyak hospital swasta yang boleh melakukan HSG. Saya survey beberapa hospital seperti KPJ Kajang - ada tapi doktor lelaki. Hospital Az-zahrah dan An-nur - tiada. Tak taulah kalau sekarang dah ada. dan beberapa lagi yang saya tak ingat namanya.

Akhirnya, saya memilih Hospital Tawakkal kerana ada doktor wanita dan harga yang paling murah. Maaf, memang saya tak ingat harganya tapi itulah hospital swasta yang paling murah untuk servis tersebut.

Pada hari yang ditetapkan, tentulah selepas membuat temujanji terlebih dahulu, saya berjumpa doktor. Seperti x-ray biasa, saya kena menyalin baju dan baring di tempat yang disediakan. Dye akan diinject ke bahagian dalaman wanita. Dye sebenarnya berwarna jernih tetapi apabila  x-ray, kita akan nampak cecair ni berwarna putih yang akan mengisi uterus dan tiub follopio. Jadi doktor boleh kesan sebarang keganjilan pada bentuk uterus ataupun tiub follopio yang tersumbat. Semasa saya membuat HSG, adalah rasa sakit yang boleh ditahan dan pendarahan. Itu normal, janganlah takut. Nak jadi ibu kenalah beranikan.

Dalam setengah jam, HSG pun selesai. Saya pun dapat keputusan. Rahim ok. Tiub follopio belah kiri ok, belah kanan tersumbat sikit. Oh.. sedihnya... tapi alhamdulillah, untuk mengandung 1 tiub follopio sahaja dah mencukupi. Jadi saya kuatkan semangat dan memotivasi diri dengan cerita kawan saya bernama May (x-misi office) yang ada cuma sebelah tiub follopio dan mendapat anak kembar.

Lagipun dye boleh mencuci dan mengeluarkan kotoran di dalam uterus dan tiub. Manalah tau time saya tulis ni dah tak tersumbat lagi ke kan.... manalah kita tau. Semuanya Allah punya kuasa. 

Oklah, nanti saya sambung lagi. Jangan risau-risau.... insyaAllah ada jalan.



Friday, November 16, 2012

Cerita Ayam Penyet dan Resepinya

Alkisah, saya berpindah kerja dari MMHE ke Selangor (Misi Setia) dalam tahun 2009, bulan Ogos. Pindahnya saya membawa titik perubahan dalam selera makan saya. Hehe. Jangan tak tahu, banyak makanan yang saya tak makan sebelum ni, saya mula belajar makan di Johor seperti kambing, yong tau fu dengan sup, goreng pisang cicah kicap, bakso dan kuih karipap.

[Masa saya kecil, saya makan kuih karipap sebab mak saya yang buat, bila saya dah besar sikit, mak saya beli je kat kedai kalau nak makan kuih karipap. Kuih karipap kat kedai tak sedap mengikut selera saya.... dan bertahun-tahunlah saya tak makan kuih karipap kerana persepsi saya tu]

[Yong tau kat KL/Selangor dimakan dengan Sos]

Berbalik pada tajuk, satu makanan yang menjadi kegemaran saya ketika di Johor ialah ayam penyet. Masatu ayam penyet ni tak commercial macam sekarang. Siap ada francais restoran. Mula-mula saya cuba pecal lele (sama macam ayam penyet cuma ayam diganti dengan ikan keli). Masatu makan di kebayan di Masai. Kali ke 2, kawan bawa ke kedai makan di Kg. Pasir Putih. Pergh... sejak tu macam ketagih pulak. Setiap minggu kalau tak pekena ayam penyet macam tak sah. Sambal yang meletop + ayam goreng rangup sampai ke tulang + sup + ulaman + kicap ABC yang kental dan surih + lagu melodi Indon... memang licin pinggan.

[Kebayan maknanya foodcourt]

[Tiap kali makan ayam penyet, mesti belek botol kicap ABC dan baca slogan kental dan surih.. pastu duk berdiskas, surih tu apa? tapi pi mai pi mai tang tu, sampai sekarang pun tak tau]

Bila dah pindah ke sini, tahap kerinduan menjadi-jadi. Mana ada Ayam Penyet AP atau Wong Solo yang boleh manjadi pelepas kerinduan, takde tau... saya kena survive sendiri. Cari resepi kat internet dan cuba sendiri sampai jadi... la ni... saya nak sharelah dengan kawan-kawan resepi ayam penyet saya :)

Bahan-bahan sambal:
[takde sukatan kuantiti.. semua ikut selera sebab mula-mula saya cuba, saya ikut sukatan tapi tak jadi seperti rasa yang saya nak]

Belacan, cili besar dan kecil, tomato, ikan bilis goreng, gula melaka, gula dan garam.

Cara menbuatnya:
Sangai belacan, cili, dan bawang secara berasingan. [Sangai = goreng tanpa minyak].. tapi saya suka letak minyak... tengoklah badan I macam mana kan. Sangai sampai keluar bau dan layu. Pastu asingkan. Kemudian barulah sangai tomato sampai hancur. Kalau setakat 2 biji, kejab jek, tapi kalau sampai 10 biji, boleh tahan jugaklah macam dalam gambar-gambar kat bawah ni. Ni sebab saya nak jamu famili saya dengan ayam penyet. Kuantitnya agak banyak.

Kalau guna 2 biji tomoto, boleh lah amik 6 biji cili api + 2 biji cili besar, bawang putih seulas, bawang merah 5 ulas, sepotong belacan 1cmx1cm, sesudu ikan bilis goreng. Tapi sekali lagi, follow your taste je lah... suka-suka je masuk ikut banyak mana. 
  
Sementara nak tunggu tomoto tu hancur, sediakan lesung dan tumbuk belacan, ikan bilis, bawang dan cili. Sukahatilah nak tumbuk sekali arung atau asing, kalau memlompat-lompat terkeluar lesung pun sendiri yang kutipkan. Ikut keselesaan. Yang penting kasi hancur. Kalau orang makan, biar orang tak tau secret ingredientnya apa... hahaha.

Ngam-ngam siap menumbuk, tomato dikuali pun dah hancur. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan gaul kasi sebati. Masak lah dalam lima minit lagi ke. Ah, ah, ah... belum siap lagi. Jangan lupa perasakan dengan gula melaka yang disagat halus, tak cukup manis tambah gula biasa dan akhir sekali garam. Kasi semua rasanya ngam-ngam, orang kata takde titik pertemuan kat semua rasa tu [tak masin sangat, tak manis sangat, tak masam sangat]. Itulah rasa yang hebat :) subhanallah. 



Perapan ayam:

Ayam, bawang, halia, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, kunyit, garam.
[tak nak susah-susah, ayam goreng biasa pun sedap]


Perapkan ayam dengan bahan-bahan tersebut selama 1-2 jam dan goreng.Pastu bolehlah ketuk-ketuk ayam tu untuk penyetkannya. Tak yah pun takpe.

Siap sambal, siap ayam goreng kira dah boleh makanlahni. Jangan lupa nasi putih panas, sediakan sup ayam, dan ulam seperti timun, kobis dan kacang panjang. Nak extra, boleh goreng tempe dan tauhu... Ummm..... insyaallah sedap. Selamat mencuba :)

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker