Monday, March 2, 2009

Seram? Kelakar? Sweet?

Ini pula cerita hujung minggu aku. Kali ini turn Wari yang turun ke Pasir Gudang.

Key Point
Sebenarnya hari Sabtu yang lepas, ada family gathering.. dan seperti biasa Wari kenalah hadir pada majlis yang bermula pukul 4 petang. Jadi, mengikut perkiraan, Wari hanya boleh sampai ke Pasir Gudang jam 4 pagi hari Ahad jika dia menaiki bas pukul 11malam hari Sabtu. Alamak, sehari je boleh lepak-lepak dengan aku, pastu dah kena balik KL. Takpe lah, aku redho... janji jumpa, ye tak.

Jumaat Malam
"Abang, dah beli tiket?" Tanya aku yang kerisauan.. Hish.. esok je ni, mana tau tiket habis. Ngeri seh.
"Sudah, pergi-balik." Jawab Wari. Lega aku. Tengok checklist;
sapu bilik - sudah.
susun kotak barang-barang - sudah
basuh baju - sudah.
susun rak - belum. Ok, ini boleh buat lepas kerja esok.
lipat kain - belum. Inipun sama, esok juga kasi jalan.
Ok, semua undercontrol.

Sabtu (1040am)
Nama aku bagai diseru-seru oleh Wari. Dah berapa lama aku renung skrin, tapi hati & minda aku pada Wari sahaja. Hish apa kena ni? Stress bekerja? Aku cuba alihkan pada blog... hasilnya.. hanya entry Transformers yang keluar. Hampeh... Tak boleh jadi. Aku dial nombor Wari. Suara Wari tenggelam dengan bunyi krukk.. krukkk... dussshhhhh... berrrrk....
"Tak dengar Uji cakap apa. Sihat?" Kami bertukar ke mode sms.
"Sihat... sayapun tak dengar. " Dan bla bla bla bla bla..

Sabtu (100pm)
Sampai rumah, aku terus bakar roti. Kemudian makan depan tv. Sunyi. Aku seorang sahaja.. Ezy selalunya OT sampai petang. Tak tahu nak buat apa, aku masuk bilik. Aku berkira-kira nak melipat baju. Tak naklah, rasa malas. Susun rak? hmm.. malam karang pun sempat. Warikan sampai esok pagi. Tidur? Ya.... memang solid idea ni. Cuaca pun mendung-mendung gitu, memang terbaik dari ladanglah.

Sabtu (320pm)

Tidurku tak nyenyak. Sekejab-sekejab aku terbangun. Masa rasanya berjalan terlalu lambat. Lambat nak menanti malam.

Trut trut trut tuuut (bunyi hs aku - mode sms)

"Dah makan?" tanya Wari.
"Tadi makan roti. Abang tak gerak lagi gi umah Mak Long? Abang dah makan?" Rumah Mak Long adalah tempat acara gathering diadakan.
"Dah makan keropok. Sorang ke?"
"Aah, abang buat apa?" Aku terfikir yang Wari masih ada dirumahnya ketika itu.
"Abang ketuk pintu." Jawapan ini menyebabkan aku bertukar fikiran kepada dia sedang berada didepan pintu rumah Mak Long. Ok, dia dah sampai.. kataku dalam hati.
Pada waktu yang sama, samar-samar aku terdengar bunyi ketukan di pintu. Dalam cahaya suram-suram aku mengintai dari bilik ke pintu luar. Sunyi kembali. Mungkin hayalan aku agaknya. Aku pun menyambung kembali sms kami.

"Ooo, dah sampai ek. Abang bawa apa?" Aku ingin tahu makanan apa yang dibawa Wari ke perjumpaan itu. Biasalah.. pot luck.
"Bawa baki keropok." Ish.. tak senonoh.. kataku dalam hati. Di luar, ketukan pintu kedengaran kembali dan makin bertalu-talu. Suasana mendung cuma mengundang mood seram dalam diri aku. Ntah kenapa, aku berdebar-debar. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Kalau penjaja, mesti dia tak ketuk sebab rumah aku sunyi macam takde orang. Kalau ketuk pun, patutnya dia dah pergi, sebab takde respon.

Pada waktu itu, aku mulai rasa takut.

Tiba-tiba telefon berdering. Syukurlah Wari yang telefon. Aku segera angkat..

"Hai abang... nasib baik abang telefon ni.. Saya ada benda nak cakap ni." Dengan cepatnya aku nak mengadu.
"Apadia?"
"Kebetulan, tadi masa abang kata tengah ketuk pintu.. kat rumahni pun ada orang ketuk pintu. Takutlah... macam tiba-tiba je." Kataku dengan sungguh-sunguh.
"Pergilah tengok," Wari memberikan idea.
"Eii.. tak nak.. ." Kemudian bunyi ketukan pintu kedengaran kembali.
"Haa bang, tu dah bunyi balik.. eeiiiii," aku menyambung.
"Tak nak tengok ke?" Soalan Wari membuatkan perasaan ingin tahu begitu menggelojak.

Tingggggg! Jangan kata yang Wari.....

Darah menyerbu ke muka dan spontan aku terasa bahangnya. Aku bangun dan terus meluru ke pintu. Aku buka pintu... Wari tersandar di dinding luar.

"Abang jahat.." Wari tersenyum di luar. Hanya grill yang memisahkan kami.

"Abang bukan amik bas pukul 11malam ke?"
"Abang tak katapun nak amik bas kul 11malam."
"Habistu semalam?"
"Semalam abang cuma kata abang dah beli tiket kan.." Aku cuba ingat kembali. Ya.. pukul 11malam itu, aku yang assume sendiri. Aku yang andaikan Wari akan bertolak selepas majlis tamat.
"Tak nak kasi abang masuk?" Aku membuka grill pintu sambil tersenyum-senyum.

"Rumah Mak Long?" tanyaku.
"Sesekali ponteng." Wari kenyit mata. (ni aku yang tambah, kasi sedap)

Selepas itu apalagi, Wari kena 'belasah'lah.. Hehehe.

Kesimpulan
Aku rasa ada ketiga-tiganya sekali. Seram+kelakar+sweet.


Note:
1) bunyi krukk.. krukkk... dussshhhhh... berrrrk.... ketika Wari dalam bas.
2) nampaknya signal aku-wari makin kuat. makin dia dekat, makin aku teringat. Korang boleh cuba ni.. kalau korang tengah terfikirkan seseorang tu, dalam masa yang sama, dia pun terfikirkan kauorang.. tu maknanya signal korang kuat. Kalau tak, boleh cuba lagi.

14 comments:

hanis said...

uji jiwang
uji jiwang
uji jiwang...
haish... macam org bercinta!
hehehe

Galuh Cendra Kirana said...

lomentikkk!! sweetnyeeee!!! haku tgk wari mmg dah agak mmg kuat ngusik ko pun...membelasah-belasah manje la nei selepas ittew..kahkahkah (anak daro apo den neih golak kokuat mcm nih. gatei. hewhuhu)

Mogen Ali Rico said...

"Selepas itu apalagi, Wari kena 'belasah'lah"

aku suka part nie..aku baca ulang2 sampai aku tersenyum bahagia..( nape lak aku yang feeling lebih niehh..dah dah..kang aku takleh buat kerja kang..)

MK said...

haha.. mogen oh mogen.. kalo wari ke jb br beberapa jam je.. kalo hang nak wat suprise kena wat sebulan awal la.. ahaks.. peace..

Kapten Luffy said...

bagus ni... akan ku amalkan selalu... lalala

Erin Rashid said...

amboi...
wari kene 'belasah' ekk!
baik punye ayat ok..
btw, erin pon ada signal yg sama
kalo suami ke uni
dlm fikiran "cpt la abg blk ptg nnt"
tup tap tup tap
mmg ptg tuh dia blk cpt
atau pon dlm fikiran "nih sure abg tgh on da way blk"
dan singal tu pon mmg betol dan tepat
so, kesimpulannye
mmg suami isteri nih saling lengkap melengkapi
dan ada instinct yg kuat

suezen said...

wah..signal g2....hehe

hurul said...

jie.. bukan signal.. instinct and chemistry. once kita dah hidup dengan seseorang tu beberapa lama, kita akan dapat benda ni. at times, we can even read his mind on what's next. weird, but it's true. it's agift from Allah actually. so, for husband.. dare to cheat ?!?!

~ujicham~ said...

hish dak hanis ni.. ni lah senario2 org bercinta.. haa.. amacam, bestkan. hehehe.

galuh.. nape ko gelak kuat2 tu... 'belasah' kang.. baru tauuu.

mogen.. haish.. ya ampun.. ape aje yg ko pikir tu. mesti telebih2 dr apa yg terjadi. aku cubit2 manje je gitu haaa.

haa mamat.. kenala simpati kat mogen tu ya. utk ko mamat, boleh gak main cak cak baa ngan GF ko tu. mesti dia suka. tak pun pok amai2.

kapten, ambillah mana yg patut. buat rencah gurau senda ko bersama isteri2 bernombor ko tu yer.

erin.. macam 'hot' plak ayat 'belasah' tu ye... hehehe. sebenarnya nak gantikan perkataan cubit.
haa.. betollah.. instinct tu dtg sendiri. belom kawen dulu, haram takde benda camni.

suzen.. ala2 bluetooth gitu.

kak hurul, kita takder lg power yg bole read wari's mind. almaklum, beginner. ngeh ngeh ngeh.

CikYana(",) said...

hati dn mata tertumpu pd tin tu la..
tmpu pnye tmpu..sekali tgk da kne jri
lgpun kejadian ni kt oFis..
lunch time..hiKhiK..

Anonymous said...

alahai.. romantik nye la..
hihihi.. mmg nak tergelak giler je..
dah agak dah pun.. hihihi

tp best tgk korg dua2..
bahagia je..

~ujicham~ said...

haa dayat.. dayat pun nanti macam ni juga. papepun, doakan kami kekal bahgia ya.

fiezabaiduri said...

hehe..sweet je bila baca ending dia.
macam diri bai plak yg ade dlm citer tu.hehe..

~ujicham~ said...

bai.. blog ni dibuat mmg nak suruh org tumpang syok pun :P sila silakan.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker