Monday, March 16, 2009

Al-Fatihah Untuk Suraya


Pagi ini aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.. kawanku Suraya telah pergi menyambut panggilan Ilahi pagi ini. Dia kemalangan.

Suraya adalah kawan serumah malah kawan sebilik aku ketika di Pasir Gudang. Kebetulan rumahnya di Subang Permai, tidak jauh dari rumah aku... jadi kami sering pulang ke Shah Alam bersama-sama. Suraya suka mendaki gunung, kebanyakan hujung minggu akan dihabiskan dengan mendaki. Aku rasa kebanyakkan gunung di Malaysia ini sudah habis diterokainya. Aku kerap menemankannya berjogging waktu petang selepas habis bekerja.. satu latihan untuk meningkatkan staminanya.

Bulan September 2008 lebih kurang, dia kembali ke Shah Alam kerana mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada hari pernikahan aku, dia menggalas beg besar ketika itu.. mungkin akan terus mendaki selepas itu.

Memori aku terhadap Suraya.. dia seorang yang sangat baik... aku sukakan dirinya. Aku tak ingat apa-apa yang tak baik tentangnya... apa yang terhampar dalam ingatan aku.. hanya kenangan manis bersamanya..... Aku sedih. Masih ada yang belum tertunai buatmu Suraya. Aku minta maaf...

Perjalanan Suraya di dunia dah berakhir... perjalanan aku?

Alfatihah untuk Suraya Binti Yahya..

8 comments:

Anonymous said...

al fatihah.
mati itu pasti. hidup insya allah..
xcukup lagi amalan aku nih
ya Allah ampuni dosa2 ku.

Mogen Ali Rico said...

uji..
aku tiba2 rasa sedih
aku rasa aku nak sambung tido balik

tata

sparkystar said...

takziah wat kluarganye..smga rohnya dcucuri rhmat n dtmpatkan dlm glongan yg beriman hndaknya

Kapten Luffy said...

alfatihah... huhuhu... sedih di pagi isnin ni..

♥ Chacha said...

al fatihah utk keluarga suraya..
smOga rohnya ditemptkan
dikalangan org2 beriman...
yg pergi ttp pergi...
kte yg idOp.. kne trskan perjuangan kan.. life must b gO on...

Erin Rashid said...

al-fatihah..
takziah kerana kehilangan seorg kwn
dlm kemalangan..
kenangkan la dia sbg seorg yg baik2 saja... insyaAllah..

Nani said...

Uji,
betul, aku tak kenal suraya, tapi membaca cerita mengenai arwah buat aku sering menitis air mata.

terasa rugi sebab aku terlambat mengenalinya...

siot, air mata aku meleleh skrg..huhuhu :(

Darab Dua said...

alfatihah utk arwah.
yang lagi 3 orang tuh member gua.

gua ada dpt msg dr kawan, ari ni ada majlis tahlil arwah kt rumah dia shah alam.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker