Monday, June 13, 2016

Hamper Raya 2016 (Murah dan best!!!)

Assalamualaikum kawan-kawan blogger

Selamat berpuasa..... selamat beramal ibadat :)

Hey, nak tau tak? Sekarang saya buat bisnes kecil-kecilan... baru je start... to be exact, bulan puasa nilah.

Kalau anda pening-pening tak tau nak beri buah tangan apa untuk family, apa kata anda cuba hamper saya. Hamper saya menggunakan 100% barangan Beryl's. Sesiapa yang dah pernah rasa, mesti tau kesedapannya. Kalau ada sesiapa yang pernah menerima hamper raya sebelumni, mesti kadang-kadang hampa kan sebab barangnya kadang-kadang pelik dan rasanya pun biasa-biasa saje.

Betul!!! insyaAllah, dijamin sedap 100%. Sebab tu saya pilih Beryl's sedangkan ada banyak lagi brand kat pasaran kan. Sebab saya pun nak pastikan yang bakal pelanggan-pelanggan saya berpuas hati dan tersenyum.

 



So tak payah pening-pening kepala fikir, kuih sebalang pun RM28.. baru sejenis, nak bawa pulang ke  kampung, ke rumah mentua, simpan stock kat rumah sendiri lagi... berapa tu budget nak sediakan?? Hai... phening... phening mokcik.

Kalau ada budget berlebihan memang tak salah nak beli kuih raya berbalang-balang, saya pun galakkan juga sebab saya pun ada feberet kuih raya (kuih tart), cuma kalau untuk orang yang mempunyai budget-budget tertentu... apa kata gantikan dengan hamper. Dapat biskut sket, coklat sket.... dan dpt juga bakul yang dah siap dekorasi tuh. Boleh lah si penerima nk letak stationary ke, alatan shower ke... apa-apa saje. Yang penting, hamper ini akan menjadi tanda ingatan tulus ikhlas dari anda di hari lebaran. So.. macam mana? Anda tak rasa ke yang idea hamper ni sedikit berlainan... moden dan exclusive.... dan sweeeeeeet :). Dekorasi tu saya buat sendiri tawwww!!! Memang takde kat pasaran lagi design macam ni.

Untuk pekerja kat Sales Department yang pening kepala, mana nk handle sales lah, nk kasi hamper kat client lg, hamper saya juga sesuai untuk corporate gifts. Harga memang sangat-sangat economic, kalau menggunakan khidmat gift shop company , agak-agak dapat tak harga yang sama untuk brand yang sama saya tawarkan? Saya boleh offer harga yang murah sebab banyak overhead cost yang saya dah potong demi nak menawarkan barang terbaik dengan harga yang paling competitive. So... pi mai pi mai tang tu, company anda juga yang untung... insyaAllah.

Kalau nak beli dan berminat nak tengok-tengok, sila lawati blog online shop saya:




Jangan malu dan segan-segan untuk bertanya.... Saya sedia untuk membantu anda. Kalau nak response yang cepat dan pantas insyaAllah, emel ke ujicharm.sg@gmail.com

Bolehlah share dengan kawan-kawan yang lain entry saya ni.. saya percaya ada yang buntu xtau nak beli apa untuk Raya 2016 ni :)

Sekian... terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, March 21, 2016

Rupanya..Inilah Harinya

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pagi-pagi lagi dah buka laptop... tak kerja ke? Tak... Saya dah berhenti kerja... secara rasminya 18 March 2016 hari terakhir saya berkhidmat di SKPB. Sebab apa? Sebab nak fokus kat diri sendiri pula. Nak 'rehat' dari memikirkan deadlines yang tak berhenti-henti.

17 March baru ni kebetulan birthday saya.. so celebration together dengan farewell. Meriah rasanya... terima kasih sahabat-sahabat sekalian. Happy birthday to Lina juga... sebab birthday Lina 18 March so kita celebrate sama-sama.  

Ada 2 celebrations, satu dgn bff, satu lg dengan team.
Kenangan-kenangan yang ada insyaAllah akan sentiasa tersemat dihati. Semuanya manis-manis, Yang pahit saya dah tinggalkan kat meja saya. 
Meja yg sempat duduk tak sampai 2 bulan... dekat office baru.
Niat dihati nak sampai pencen, tapi Allah plan lain untuk saya. Takpe, doakan yang terbaik k. Saya tak risau apa, sebab saya percaya dengan yakin Allah dan rancang yang terbaik untuk diri saya dan famili.   

SO.....

Inilah harinya saya akan mula sekali lagi sebagai full time blogger. Hari baru buat saya, nk start new chapter of my life. Kat kepala macam-macam nak buat... ye lah duk rumah sudah. Pagi tadi seriously, xtau nak start dari apa. Sebab dalam kepala banyak sangat nak buat + nak cover kerja-kerja housewife yang banyak skip dulu.

So saya dah keluarkan bread maker dan mixer..kasi power-up dulu. Ganti balik cas-cas yang dah guna. Tukar topik jab, just nak share tips pasal benda-benda electrical (digital type), jangan biarkan u all punya digital tools xhidup lama sangat. Nanti UPS (internal power) habis, terus tak boleh hidup. Kan biasa dengarkan, kalau kereta dibiarkan lama tak hidup enjin, nanti susah nak hidupkan. Lebih kurang macamtulah teorinya. Benda-benda digitalni memang ada built-in power dalam tu supaya litar menjadi sihat dan kuat untuk berfikir walaupun mesin tu tak jalan. Kalau jenis analog, takpe. So kita kena power-up, macam mana tu? Just switch-on tool tersebut, dan biarkan. Pastu switch-off, dan boleh cabut plug. 

Ok, bila dah keluarkan bread maker, maknanya saya nak buat rotilah tu ye. Gitulah plannya untuk Wari punya dinner malam ni. Saya punya meals, lain plak... sebab ni hari baru buat saya, secara tak langsung, saya pun pasang azam nak start berdiet. Saya nak try diet Atkins, sebab pernah try 2 minggu, memang menjadi... cuma susah nak maintained jek sebelum ni. Ni sebab dah duduk rumah, harapnya lebih senang nak control napsu-napsi makan. InsyaAllah.
Dah start study resepi semula sebab dah lama tinggal bidang memasak secara amatur.
So, cukuplah untuk hari ini. Moga esok saya berkesempatan untuk update lagi. InsyaAllah....   






Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker