Saturday, October 11, 2008

Diari Syawal 5: Open House MMHE

Gambar sumbangan Hanis.

"Fuh." Harini masuk kerja semula setelah dua hari merewang sebagai committee sambutan hari raya yang diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang. Ini adalah kali pertama aku mengambil bahagian dalam majlis yang dianjurkan kompani tempat aku bekerja. Seronok juga bergaul-mesra dan menambahkan kenalan. Yelah, siapa sangat yang aku selalu berjumpa. Ini baru dapat tengok kepelbagaian rupa-paras pekerja MMHE. Macam-macam ragam. Macam-macam gaya.

Macam-macam makanan yang dihidangkan. Aku cuma rasa kambing golek, sate, kuih-muih yang berasakan talam (talam suji, talam keladi, seri muka, kole kacang dan lain-lain lagi), beriani ayam Batu Pahat & buah duku. Yang aku tak rasa, lemang, ketupat, roti jala, beriani kambing, vegetarian food, teh tarik dan apa lagi ek.. tak ingat. Paling sedap aku berikan pada kambing golek.. dan aku rasa semua orang pun setuju. Kalau tak, takkanlah 17 ekor kambing pun tak cukup.

Kerja wajib aku cuma hias stall yang telah diberikan mengikut suasana hari raya. Kerja tambahan yang banyak, dari tolong mengangkat barang yang ringan-ringan sahaja(almaklum.. perempuan) sehingga ke... ke... ke... oh.. tu je kerja aku. Hihihi.

7 comments:

Anonymous said...

aku ader gambo ko semalam? ko nak aku masukkan dak? perkhidmatan percuma dari aku.... :P

~ujicham~ said...

time kasih nis.. tumpang PC ko.

Anonymous said...

sama2 (",)

hurul said...

nasib baik uji jadik committee.. dapat jugak merasa nasi beriani sekali lagi pagi tadi..sedap tu..

Mogen Ali Rico said...

uji rashid..
hoyeee..sudah lama talak blogging kah..mana piigie..manyak sibuk kah..itu makan2 tiada lebih kah..kah kah kah..( aku dah jadi sewel)

Budak Kampung said...

hai!

~ujicham~ said...

Banyak lebih Kak Hurul. Order lebih sangat. Lain kali nak amik banyak lagi, pastu nak sambung wat open house kat kondo kita lak. Hihi.

Ko ni Mogen.. tak makan lemang sampai jadi sewel. Aku doakan ko cepat sembuh :P

Hai Budak Kampung. Jalan-jalan sampai kat sini ek?

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker