Thursday, June 7, 2012

PCOS.. That is What Doc Called.

Ya Allah ya Tuhanku... seronoknya bile tender tak jadi hantar... haha.. apalagi saya terus mengorak langkah untuk update blog... kebetulan... bile tengok schedule... minggu depan pun cam free sket.. alhamdulillah....

Sebenarnya banyak sangat yang saya nak update lebih-lebih lagi cerita dalam "I Want to Be a Mom". Kalau kawan-kawan ingat, saya pernah cerita pasal temujanji pertama saya dengan doktor pakar di entry no 2. (kliklah kat atas tu kalau nak cari). Ni pulak cerita seterusnya... Temujanji kedua saya masih bersama Wari, macam biasa selepas pendaftaran (saya kena bayar RM5 kali ni), kami menunggu giliran sambil menonton tv cerita senetron dari Indonesia.

Waktu giliran saya, doktor pun meneliti ujian darah saya.. tak tahulah apa isi kandungannya sebab pesakit tak boleh tengok. Stabil ke tidak? Teringin juga nak tau. Ujian darah untuk infertility study yang pertama saya buat memang menunjukkan hormon tak stabil. Kalau anda ingat, saya ada terlupa nama hormon yang terlebih sangat kat saya dan janji nak bagi tahu (dalam entry no. 2)... saya dah cari.. rupanya prolaktin. Hormon yang terkurang pula progestron.

Doktor suruh saya menyalin kain untuk membuat ujian imbasan - vaginal untrasound (masuk dari bawah). Sebelumtu saya dah buat ultrasound yang normal (scan kat perut) tapi carani susah nak nampak apa yang ada kat dalam. Rule of thumb, kalau puan-puan sekalian nak buat ultrasound yang kat perut, minum air banyak-banyak. Kalau nak buat vaginal ultrasound pula, kena kencing dulu sebab kalau pundi kencing penuh, susah nak tengok ovari. Kalau scan kat perut pula, pundi kencing penuh baru senang nak tengok ovari.

Oh ya, kalini Doktor Maheran yang buat imbasantu. Hasilnya, kat ovari saya penuh dengan cyst-cyst kecil dikedua-dua belah kilang. Cyst kecil ni macam belon-belon udara. Ianya bukan cyst yang merbahaya atau ketumbuhan yang perlu dibuang. Macam saya kata tadi cuma belon-belon udara. Tapi saya masih risau. Oh ya.. Wari tunggu diluar sebab memang suami tak boleh temankan isteri buat pemeriksaan.

Doktor kata, belon-belon tu sebenarnya adalah telur-telur yang tak matang. Dalam kes saya (mengikut kefahaman saya), telur saya tak matang ke saiz yang sepatutnya, jadi telur tu tak menetas dan keluar ke tiub follopio. Cuba tengok gambar kat atas antara normal ovari dengan policistik ovari kalau nak buat perbandingan. Subhanallah... inilah kuasa Allah yang kita tak boleh nak lawan... saya anggap saya insan terpilih untuk melalui ujian ini. Dan saya tau ujian yang saya lalui ini adalah mengikut kemampuan diri saya.. Insyallah.. saya akan bersabar.

Doktor kelaskan keadaan saya sebagai PCOS. Tanda-tanda yang kebiasaannya kita boleh lihat seperti :
- Cik P yang tak teratur
- Selalunya orang yang PCOS terlebih hormon androgen (yang terdapat pada lelaki) jadi ada bulu-bulu berlebihan yang tumbuh (seperti misai atau janggut)
- Jerawat
- Masalah berat badan
- Masalah kesuburan
- Pre-diabetes / diabetes

Walaupun tak semestinya orang yang menghidap PCOS mempunyai kesemua tanda-tanda di atas, ianya boleh disahkan dengan hasil ujian darah dan ultrasound. Macam saya ni :) Berhati-hati ye PCOSian semua, risiko anda untuk mendapat kecing manis amat tinggi, jadi jagalah kesihatan dari sekarang.

Macam mana pula rawatannya? Rawatannya... terpulang pada diri kita.. apa yang kita nak? Macam saya nakkan zuriat, jadi rawatan yang diberi semuanya untuk mendapatkan zuriat. Kalau PCOS tu menyebabkan kencing manis, rawatan yang diberi adalah untuk kencing manis.

FOQ about PCOS

Boleh pulih? Kata doktor, tak boleh.... cuma boleh dikawal.

Boleh diwarisi? Tak taulah..

Merbahaya? Tidak. Tapi kalau tak dikawal boleh merbahaya. Hmm, yelah, kalau menjadi obes boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain juga. Kalau terlebih bulu yang tumbuh, dah kacau penampilan pula.

Macammana PCOS terjadi? Sebab hormon tak stabil di kelenjar pituitari yang menyebabkan ovari kacau-bilau. Hormon yang tak stabil ini juga menyebabkan pankreas mengeluarkan lebih insulin dan dapatlah masalah pre-diabetes / diabetes pula.

Oklah... sekian. Nanti sambung lagi...

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Next Aniversary Ticker