Tengah buat apa tu? Malam Isnin macam ni mesti ramai yang tengah berehat-santai kat rumah.. ye lah.. esok dah nak keja kan. Aku pun samalah.. Ni haa, nak kongsi ngan semua orang tentang hobi aku sekarang... bercucuk tanam. Masa sekolah rendah dan menengah dulu, rajin juga aku tolong mak aku berkebun keliling rumah. Kadang-kadang tolong cabut rumput tapi makin besar, makin malas pula.. tapi minat sentiasa ada dalam hati.
So sekarang ni macam ala-ala rajin pula... jom kita tengok apa yang ada.
Dekat backyard rumah aku adalah beberapa jenis tanaman dah ada... angan-angan aku, kat kawasan belakang ni nak tanam pokok-pokok boleh yang digunakan dalam masakan macam serai, daun kunyit, cili dan sebagainya. Kat depan rumah pula, tanaman hiasan macam pokok bunga, pokok berdaun, pohon-pohon renek... barulah nampak redup jek. Muda-mudahan biarlah hajat aku ni tercapai.
Pokok no 1 di backyard: Kelapa Pandan
Pernah minum air kelapa pandan? Kalau tak pernah, rasanya macam air kelapa biasa cuma aromanya seperti daun pandan. Aku dapat benih dari kampung kat Kuala Selangor masa raya tahun lepas. Buah kelapa pandan ni tak sesuai untuk masak memasak, sebab takde santan. Pokoknya pun tak tinggi menjulang... aku masih tercari-cari tempat untuk tanam pokok kelapa pandan ni secara permanent.. ye lah... takkan dalam pagar pula ... tak pasal-pasal nanti aku kena menyapu pelepah kelapa dalam rumah. hehehe.
Pokok no. 2 di bakyard: Pokok Bunga Menjalar Kaler Kuning
Actually nama tu aku yang letak sebab aku tak tahu namanya. Pokok bungani menjalar dan memanjat. sebabtu aku letak kat pagar dengan harapan dia menjalar kat pagar tu.. pastu bila berbunga.. pergh! cantiknya. Aku dapat pokok ni dari officemate masa buat open house kat rumah dia tahun lepas.. dia pun tak tahu nama pokok ni. Masa fisrt time aku lihat terus kagum apa lagi terus usha-usha.. pastu dapat ler keratan batang pokok ni dalam 1 meter, aku potong-potong tanam dalam 2 pasu. 1 lagi aku bubuh kat pagar depan. Pokok ni bukan untuk dalam kategori untuk dimakan.
Pokok no. 3 kat backyard: Pokok Puding
Ni pun samalah, tak leh makan. Aritu masa aku cantas-cantas pokok puding depan rumah, aku malas nak gi buang, aku pun cucuk je kat pasu yang terdekat masatu. Di pendekan cerita, satu hari waktu hujan lebat, pokok puding yang aku cucuk ni boleh tercabut sebab air hujan (macam air terjun) terus direct kena kat tanah tu. Aku tengok akar dah banyak tumbuh, cam kesian pula nak buang. Aku pun cucuklah kat tepi pagar belakang.
Pokok no. 4 kat backyard: Pokok Pandan
Ni amik kat rumah mak aku... motip: kot-kot nak buat kuih ke, bubur ke... daun pandan belakang rumah je... hehehe.
Pokok no. 5 kat backyard: Pokok kari.
Ni amik dari rumah mak Wari. Masa memula sampai, semua daun kering dan gugur. Lama-lama gondol pokok kari tu. Aku terus cantas takde tinggal apa, nasiblah... kalau hidup-hiduplah. Pastu tak bape lama bertunas.. sukanya aku. Panjang umur ko pokok kari.... boleh masak kari lagi.
Pokok no. 6 kat backyard: Pokok roselle.
Sekali tengok macam pokok bunga raya... tapi bukan ya puan-puan. Tapi memang ada bau-bau bacang ngan bunga raya. Ni pun mak Wari yang kasi. Wah, ada air kelapa,.. ada air roselle.... sedapnya. cepatlah berbunga yek... hehe.
Pokok no. 7 kat backyard: Pokok limau purut.
Inilah pokok kegemaran aku dalam bab memasak... pokok limau purut. Masakan yang ada daun limau purut mesti aku suka.. mesti aku berselera... masak lemak, tomyam.. rendang.. goreng belada.... kuah pecal..... terangkat. Sebenarnya nasib pokok limau purut ni pun sama macam daun kari tadi.. habis kering dan gugur daun. Wari dah cantas sikit-sikit tapi dia cam lambat pula bereaksi. Aku pun cantas sampai habis. Beberapa hari pastu terus bertunas. Pastu dalam masa seminggu, terus jadi macam gambar kat atas tu.. cepatnya membesar.Pokok no. 8 kat backyard: Pokok bunga....... cuba teka.
Pokok no. 8 kat backyard: Pokok tomato.
Bunga tu, adalah bunga buah tomato. Ni lah rupa pokok tomato. Actually pokok tomato ni pun antara yang tercabut masa hujan lebat (nasib sama macam pokok puding).. biasalah, masatu baru duduk, aku pun tak tahu kalau hujan lebat ada air banyak pula tercampak dari atap. Masa tercabut tu, dia dah start berbunga pastu kira tak jadilah sebab dah ranap ngan batangnya yang patah sebab pokok tomato ni lembik sikit dahannya.... kena ikat macam kat gambar tu. Pasni kalau dia meninggi lagi, macam manalah aku nak sangkut ek. Gambar kat atas tu, kali ke dua pokok tomato ku berbunga.. minta-minta menjadilah. Amin.. leh aku masak pasta yang sedap.
Ok, tu jelah pokok-pokok yang ada kat belakang rumah. Pokok rumput tak kiralah.. Membiak maca makan pil subur je... itupun aku dah tebas.. pastu esok lusa, dah tumbuh balik. sebulan je biar dah semak balik..... hai.. sabojelah. Anggap ajelah dengan berkebun aku dapat bersenam... nak harap aku gi bersenam sekarang.. minta mahap.......
Oklah, tu jelah nak update malam ni.... nanti aku cerita pasal pokok-pokok kat depan rumah pula.. insyaAllah.