Macam-macam makanan yang dihidangkan. Aku cuma rasa kambing golek, sate, kuih-muih yang berasakan talam (talam suji, talam keladi, seri muka, kole kacang dan lain-lain lagi), beriani ayam Batu Pahat & buah duku. Yang aku tak rasa, lemang, ketupat, roti jala, beriani kambing, vegetarian food, teh tarik dan apa lagi ek.. tak ingat. Paling sedap aku berikan pada kambing golek.. dan aku rasa semua orang pun setuju. Kalau tak, takkanlah 17 ekor kambing pun tak cukup.
Kerja wajib aku cuma hias stall yang telah diberikan mengikut suasana hari raya. Kerja tambahan yang banyak, dari tolong mengangkat barang yang ringan-ringan sahaja(almaklum.. perempuan) sehingga ke... ke... ke... oh.. tu je kerja aku. Hihihi.