Pagi ini aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.. kawanku Suraya telah pergi menyambut panggilan Ilahi pagi ini. Dia kemalangan.
Suraya adalah kawan serumah malah kawan sebilik aku ketika di Pasir Gudang. Kebetulan rumahnya di Subang Permai, tidak jauh dari rumah aku... jadi kami sering pulang ke Shah Alam bersama-sama. Suraya suka mendaki gunung, kebanyakan hujung minggu akan dihabiskan dengan mendaki. Aku rasa kebanyakkan gunung di Malaysia ini sudah habis diterokainya. Aku kerap menemankannya berjogging waktu petang selepas habis bekerja.. satu latihan untuk meningkatkan staminanya.
Bulan September 2008 lebih kurang, dia kembali ke Shah Alam kerana mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada hari pernikahan aku, dia menggalas beg besar ketika itu.. mungkin akan terus mendaki selepas itu.
Memori aku terhadap Suraya.. dia seorang yang sangat baik... aku sukakan dirinya. Aku tak ingat apa-apa yang tak baik tentangnya... apa yang terhampar dalam ingatan aku.. hanya kenangan manis bersamanya..... Aku sedih. Masih ada yang belum tertunai buatmu Suraya. Aku minta maaf...
Perjalanan Suraya di dunia dah berakhir... perjalanan aku?
Alfatihah untuk Suraya Binti Yahya..