Friday, March 25, 2016

Menu Atkins Fasa 1 - Telur Dadar dengan Bawang Putih dan Daun Sup

Hari ke 5 berAtkins.... alhamdulillah... hampir 3kg berat sudah turun. Yup... diet Atkins memang senang dan cepat nak turun berat lebih-lebih lagi dalam tempoh fasa 1. Memang susuai dengan badan saya. Cuma nak control hawa nafsu tu yang payah sebab dah biasa makan makanan berkarbo. 

Ikut pengalaman dulu, lepas 2 minggu dah susah nak susutkan berat. Kalau mental tak kuat, tu yang kecundang. Harapnya, kali ni saya lebih kuat lagi. InsyaAllah.  

Kalau berAtkins, memang akan berkawan baik dengan telur. Pada saya, resepi menggunakan telur paling senang nak disediakan, dan kalau kena cara, memang sedap. Resepi paling senang, telur 3 suku ataupun telur rebus dimakan untuk sarapan. 

Telur dadar dan teh hijau
Kali ini saya nak kongsikan resepi telur dadar, resepi yang mudah dan boleh dipelbagaikan. Boleh nak letak apa-apa yang dirasakan sesuai atau pun kosong sahaja (kalau yang kosong, sekadar letakkan secubit garam).

Bahan-bahannya:
Sebiji telur
Secubit garam
Sedikit daun sup, dihiris
Seulas bawang putih, dihiris

Pukul semua bahan sehingga sebati. Panaskan kuali, dan letakkan minyak. Masukkan telur dan ratakan. Balikkan telur dadar apabila sudah kekuningan. Apabila kedua-dua belah permukaan telur dadar dah kuning, bolehlah matikan api dan sedia untuk dihidangkan.  


No comments:

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker