


Sabtu baruni, jiran aku yang berketurunan India kahwinkan anak... sebagai jiran yang betul-betul duk sebelah rumah, aku pun pergilah... seminggu sebelum tu dia memang dah inform kata nak buat majlis.. itu pun sebab aku tegur dia nape kemas rumah beria.. Hari Jumaat, awal-awal pagi diorang dah keluar untuk nikah - kata orang kita. Bahasa diorang tak tahulah panggil apa.. makan2 hari Sabtu malam... kemah dah pasang dari hari Rabu.. dengan hiasan daun kelapa, pokok pisang dan dekorasi lampu lip-lap.. Hari Khamis malam, ada rewang-rewang kat rumah, dah ada sedara-mara yang sampai untuk attend nikah pagi esoknya...
Jumaat petang aku tengok dah ada pelamin depan rumah... macam pelik jek.. tapi oh ya, lupa pula aku, yang Melayu punya adat bersanding kan amik dari Hindu. Pelamin pun cam pelamin orang Melayu.. warna pun ok tak striking sangat.
Sabtu malam.. majlis start pukul 7.00 malam tapi kitorang datang dalam kul 8.45. Punyalah ramai orang.. muzik high volume... aku salam ngan mak pengantin sambil mata cari tempat mana nak letak hadiah.. tapi tak jumpa... mak dia suruh aku terus jumpa pengantin... rupa-rupanya, nak bagi hadiah kena kasi direct kat pengantin... ooh.. begitu...
Orang kahwin sekarang kan suka buat slide show kan, India pun sama jugak le.. kalau Melayu suka letak gambar dari kecik sampai besarkan, tapi kalau perkahwinan India yang aku attend ni dia letak slide show dari gambar pre-wedding, yang kreatifnya, part yg aku nak cerita ni, bole pulak slide show tu jadi macam satu cerita... adalah buat super-imposed ke apa kot...
Makanan yang disediakan ada untuk vegetarian... ada cop halal JAKIM pun, so aku dan Wari amik makanan dan cari port tp penuh sebab jemputan memag ramai dan tak putus-putus.. rupanya jiran Melayu aku dah bukak table dan bentang tikar depan rumah so kitorang pun melepak sesama sambil bercerita.. dalam 950 minta diri dan terpiki nak amik gambar.. leh masuk blog kan.
p/s: jiran sebelah kanan Cina, belah kiri India.. 1Malaysia betollah.


2 comments:
kihkihkih. aku ade jiran hindu gak dlu. best part mase makan nasik ngan lauk kari ikan n ayam atas daun pisang tau.(jiran melayu kitorang yg masak gotong royong). kat penang la tapi. best gilak. time nak makan tu. kite baru makan setengah, dtg penanggah topup nasik tu balik. kuah ngan kari ayam pun sama. air pun aku baru teguk seinci, dier topup balik. setiap kali makanan aku luak, dier buat lagik. terus aku nangis.... aku cakap saye takmo daaaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!! kalo letak lagi saye nak balik rumah skang jugak. baru dier gelek2 kepala tanda setuju. mmg adat diorang mcm tu kan. hahaha. tapi sgt meriah suasana tu kan beb...
betollah.. sekali dia letak lauk dlm pinggan aku..mak ui yai.. 2 kali ganda nasi aku.
Post a Comment