Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker

Hanya Kerana Nama

'Tujuan daku menulis cerita ini adalah kerana ingin bereksesais dalam berkata-kata agar ayat yang keluar disini semuanya sihat-sihat belaka dan menepati standard A1 SPM kertas Bahasa Melayu" dipetik dari peti komen entry HKN 1 - Sameon.

Terimalah nukilan sulung ku yang tak seberapa... hik hik hik.

(1) (2) (3)

Monday, November 2, 2009

Nurhikmah

Apa ya Nurhikmah ni? Haaa.. bukan nama orang atau nama jalan tetapi sebaliknya adalah rumah anak-anak yatim yang terletak di Taman Mesra, Kajang. Kalau kau orang nak tau, company baru aku akan menganjurkan satu aktiviti kemasyarakatan setiap bulan. Jadi untuk bulan Oktober, satu lawatan dan 'corporate & service responsibility' telah di adakan di Nurhikmah pada Sabtu yang lepas iaitu 31 Oktober 2009.

Persediaan telah bermula sejak sebulan yang lalu di mana derma dari segi wang ringgit dah harta benda telah dilakukan. Alhamdulillah.... hasilnya di luar jangkaan... beras, minyak, tepung, gula, perabot, pc, alatan menulis, sabun dan sebagainya.. dapatlah meringankan beban dari segi nak membeli barang-barang tersebut. Acara bermula dari pukul 9.00 sampailah pukul 12.00 tengah hari. Aktiviti yang menarik ialah ketika suai kenal di mana setiap peserta telah dibahagi mengikut kumpulan tertentu dan mendapat beberapa orang anak yatim sebagai sahabat baru.

Sungguh menginsafkan.. ada pelbagai sebab kanak-kanak tersebut diletak disitu dan tidak terhad untuk anak yatim. Ada yang di dera, OKU, dan ada juga kerana tidak diterima oleh ibu bapa.

(p/s; lately.. penulisan aku dah takde 'sense of humor'.. apsal ek?)

Aku sempat berkenalan dengan Hidayah (13 tahun), Zulhelmi (10 tahun) dan Hakimi (6 tahun). Masing-masing ada cerita tersendiri.. tapi yang pasti.. mereka pandai membawa diri... dan terlalu mengharapkan kasih sayang....Baru sampai. Letak barang-barang yg dibawa di tempat yang disediakan.


Ini group aku. Gelak-gelak juga.. part menangis pun ada...

Ada ceramah memadam kebakaran

Adik ni baru 2 tahun.. tapi dah takde ibu bapa...

Gambar kenangan.

Dulu-dulu.. aku kategori anak yatim juga... aku paham juga apa yang diorang rasa... cuma aku lebih bernasib baik.. taklah sampai terpisah ngan ibu/bapa dan adik beradik... adik-adik di Nurhikmah ni terpaksa berkongsi serba-serbinya... dari tempat tinggal, makanan hatta kasih sayang.... bayangkan yang menjaga tu cuma 4-5 orang tapi ada 50 anak-anak disitu.. sebab itu, bila ada aktiviti macam ni... nampak di wajah mereka kegembiraan dan keseronokkan. Ternyata adik-adik disitu mengharapkan lebih dari apa yang kami bawa seperti wang ringgit dan barang-barang keperluan. Jika tidak, takkanlah wajah Hakimi berubah mendung bila soalan ini ditanyakan padaku;

"Kak, bila dah habis ni, akak nak balik ye?"
"A'ah...."
"Nanti ada datang lagi tak?"
"Hmm... tak taulah."

Wajah Hakimi terus nampak sedih.. "Ok, nanti kalau ada masa akak singgah," kataku memujuk dan pada Hakimi.. ia adalah satu janji. Hmm..

4 comments:

naz ilyn said...

salam... Alhamdulillah sekurang-kurangnya mereka dapat merasai kegembiraan dengan kehadiran orang-orang yang prihatin macam sykt kamu ni..

hanis said...

sedih gak ehh entri ko kali nih..

SiNoMoSa said...

Hai uji..
Best nya opis ada buat kerja2 amal mcm tue..harus di contohi..
Seronokkan dok bsama diorang dan simpati dgn nasib mereka..
Hukhukhuk..touching laa n3 ko kali nie..uwaa..sob sob

Suliana said...

wa..sedihnye..sian bdk2 tu..bila dah jadi ibu ni, naluri keibuan tu begitu menebal..