Hanya Kerana Nama

'Tujuan daku menulis cerita ini adalah kerana ingin bereksesais dalam berkata-kata agar ayat yang keluar disini semuanya sihat-sihat belaka dan menepati standard A1 SPM kertas Bahasa Melayu" dipetik dari peti komen entry HKN 1 - Sameon.

Terimalah nukilan sulung ku yang tak seberapa... hik hik hik.

(1) (2) (3) (4) (5)

I Want To Be A Mom

Catatan pengalaman untuk menjadi seorang mak, ibu, ummi, mama, mommi.. walau apapun nama panggilan, gelaran ini amat istimewa. Mudah-mudahan aku pun punya peluang untuk dipanggil dengan gelaran ini.


Monday, November 17, 2008

Kena Tag Dengan Hanis

Aku suka membaca tag-tag orang lain.. tapi kalau kena kat diri sendiri.. hai.. malasnya nak fikir. Seb baik masa lapang tu memang terbuang-buang, so aku pun menggunakan sedikit kalori untuk befikir tentang diri aku ni. Fikir punya fikir, banyak juga fakta pasal diri aku ni.. so tapis-tapis sikit sebab nak tujuh je kan.. tinggallah ini sahaja yang aku rasa boleh dikongsi dengan semua orang :

1) Semasa zaman persekolahan form 4 & 5, aku tak pernah terfikir yang budak kelas sebelah tu akan menjadi suami aku kini. Hahaha.

2) Aku cukup segan dengan lipas. Kalau lipas melintas, aku akan lari sembunyi dalam bilik. Aku tak kan sebilik, sedapur, seruang tamu, sebilik air dengan lipas.. aku akan pastikan lipas itu nyah dahulu. Aku tak pernah pukul lipas, kerana aku tak boleh lihat lipas itu penyek keluar taik, putus kaki atau kepala, jalan terseret-seret separuh hancur... tak boleh... aku boleh hesteria!! Kalau lipas tu bersentuhan dengan aku, aku boleh pengsan. Dulu aku pernah demam tau sebab kaki lipas terkena kat tangan. Sob sob sob :( Tindakan paling keras pernah aku buat dekat lipas ialah menyapunya sehingga keluar dari rumah.

3) Aku teramat fanatik pada kucing. Tapi aku tak bela kucing pun sekarang.

4) Masa aku kecil-kecil dahulu.. adik beradik aku menggelar aku 'chiwek' sebab kuat menangis. Bahasa jawa kot ni. Ya.. aku berdarah Jawa.

5) Aku peramah pada waktu-waktu tertentu. Kebanyakkan masa aku pendiam sahaja.

6) Aku jenis pemburu. Kalau aku dah suka.. siaplah aku kejar sampai dapat. Aku jenis tak suka diburu, jadi rimas.

7) Sikap pemalas aku... fuh.... agak sejati dengan diri aku. Suka pilih yang paling mudah & simple.. Benda yang susah & banyak sangat kerenah.. jangan tinggi harapan sangat nak suruh aku buat dengan sempurna. Kecuali benda yang aku minat sangat.. lautan api pun I tak kesah. Hehe..... poyo.

Aku tak nak tag sesapa.. ada gak terfikirkan beberapa orang.. tapi seperti point no 7 tu.. aku ni pemalas.. malas nak tag... nak salin soalan pun malas. So tak yah lah.. tapi sesapa rajin nak buat.. silakan.. jangan malu-malu. Boleh je kata aku yang tag.

5 comments:

hanis said...

pemaleh naw ko nih...

Monkey D Luffy said...

cinta zaman persekolahan rupanyer

~ujicham~ said...

Hanis.. hehehe...

Kapten, aku tak bercinta masa tu. Zaman sekolah aku tak bertegur sapa pun ngan Wari.. masing-masing buat hal & ada life sendiri.

xara said...

kalau tau lama, mesti dari dulu uji dah ngorat wari ye tak? hehe

~ujicham~ said...

kalau dari sekolah dah tau.. pas SPM dah kawen. penat tau bercinta tanpa kawen lama2 ni.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker